Showing posts with label TranungKite. Show all posts
Showing posts with label TranungKite. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Kenapa kita sambut Hari Kemerdekaan kalau tidak dijajah?

Oleh: sripetaling

"Kuala Lumpur, 9hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak Pas Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya menegaskan bahawa rakyat Malaysia hendaklah diberikan kebebasan untuk menilai semula sejarah kemerdekaan negara ini dengan dibekalkan dengan maklumat yang tepat dan betul tanpa ‘saringan’ daripada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan yang menangguk di air yang keruh daripada isu kemerdekaan ini.

Pada hari semalam Malaysiakini melaporkan seorang professor telah mendakwa tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

“Kalau betul kita tidak pernah terjajah selama ini, kenapa pula kita menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun? Adakah rakyat Malaysia tertipu lagi dengan sejarah kita?” kata beliau ketika dihubungi oleh pihak web DUPP.

“Pas InsyaAllah akan terus membongkar kebenaran disebalik sejarah yang berlaku di negara kita, kita percaya perjuangan Islam di Tanah Melayu akan terus menyerlahkan kebenarannya kepada seluruh rakyat Malaysia” Ujar beliau lagi yang juga merangkap ahli jawatankuasa Ulamak Pelapis Pas Pusat.

Friday, September 9, 2011

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !

Oleh: edyesdotcom

"Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh!


Edyes @ edyesdotcom
satira kebangsaan "

Saturday, September 3, 2011

Dah 3 rakyat kita syahid di Somalia, kita lupa sejarah

Oleh: rozmal



"Nampaknya bukan saja peristiwa Bukit Kepong sahaja yang ramai generasi kini terkeliru, terlupa, buat-buat lupa dan sebagainya. Malahan sejarah tahun 1993 pun ramai antara kita yang lupa. Kita lupa bagaimana tentera kita khususnya Askar Melayu menjadi wira dunia, di mana askar Amerika dan Pakistan sendiri tidak seberani Askar Melayu kita dalam pertempuran di Somalia yang mengorbankan, insyaAllah as Syahid Koperal Mat Aznan.



Bukan setakat lupa, malahan pimpinan kita pun tidak bersuara lantang mempertahankan keperwiraan Askar Melayu apabila filem Holywood Blackhawk Down menafikan sama sekali keperwiraan askar kita.



Bukan setakat pemimpin negara, malahan dikatakan pemimpin tertinggi ATM pun tidak berani hendak membetulkan fakta sepertimana dalam ruangan komen dalam blog almarhum ayah saya di http://hjmalakan.blogspot.com/2009/09/sabung-nyawa-di-mogadishu.html

Rakyat Malaysia yang kedua syahid di Somalia insyaAllah, ialah Kolonel Rashid Musa.

Mengikut laporan di bawah jurukamera Bernama as Syahid Noramfaizul insyaAllah, telah ditembak oleh askar pengaman kesatuan Afrika AMIFOR.

Kepada orang kampung saya Khairy Jamaluddin, jangan sibuk nak pertahankan peristiwa Bukit Kepong saja, sila betulkan fakta keberanian Askar Melayu yang banyak dirahsiakan atau tidak dihebohkan seperti peristiwa di Kalabakan , Sabah. Kerana Rejimen Askar Melayu, salah seorang pengasasnya adalah dari Rembau.

Sila saksikan video klip Blackhawk Down versi Askar Melayu di http://waghih.blogspot.com/2011/09/dah-3-rakyat-kita-syahid-di-somalia_03.html

Rozmal bin Malakan Al Rembawi

http://waghih.blogspot.com

Wednesday, August 24, 2011

Master, PhD dan darjat.................

Blog Laptop Lama



Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi.



Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.



Kawan saya ini Allah berikan sedikit kelebihan, dia agak pandai pasal komputer daripada hardware hinggalah solfware. Allah berikan dia 'terang hati' dalam bab ini. Ini perkara biasa, ramai orang tak pernah sekolah pun pandai berniaga, tok iman di tempat saya dulu sekolah SRP aje, pandai kitab agama seperti lulusan Azhar.



Suatu masa kebetulan si graduan yang selalu memperkecilkan kawan saya ini melanjutkan pelajaran mengambil master. Ada kajian dia buat yang memerlukan pengetahuan program SPSS (statistical analysis program in social science). Dia mencari orang untuk membantu dia memahami program SPSS ini dan ramai dikalangan yang ditanya merujuk dan meminta supaya dia mendapat bantuan kawan saya iaitu rakan sekerjanya sendiri.



Akhirnya dia datang ke rumah kawan saya dan hampir 3 malam berturut-turut kawan saya membantu dia menyelesaiakn kajian masternya. Walaupun dihulur wang kawan saya menolak dan hanya meminta belanja makan di warong kecil sahaja untuk 3 malam itu.



Lihat bagaimana Allah menunjukkan darjat seseorang itu boleh jadi tinggi walapun dia tidak graduan dia mampu mengajar graduan master dan PhD.



Kita kadangkala Allah bagi ilmu dan kekayaan. Kita lalai dan leka dengan rakan-rakan sekerja yang dianggap kononnya golongan kelas bawahan. Begitu juga dengan jiran di sebelah rumah, kita kadang kala pandang sebelah mata sahaja, tak kisah apa berlaku kepada mereka seolah-olah mereka tiada pun tak apa.



Ingat bila Allah nak menghina kita, kita terpaksa merangkak meminta bantuan kepada orang yang kita selalu pandang hina. Itu darjat sebenarnya!!





http://laptoplama.blogspot.com/

Perempuan Berpakaian SEKSI

http://w28.indonetwork.co.id/pdimage/82/886382_149314941496.jpg
"WALAUPUN DIBULAN RAMADHAN..... MASIH RAMAI LAGI WANITA ISLAM BERPAKAIAN SEKSI....APA REAKSI ANDA.... "

Thursday, May 26, 2011

Anak Jantan Zahid Hamidi..dah start meroyan dah...!!!

Analisis Isu Oleh: ruhan

"Suatu ketika dahulu, UMNO suruh PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Alasannya ialah PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP. PAS bekerja keras, DAP yang dapat untung. Sandaran yang dijadikan fakta ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung baru-baru ini. PAS dapat zero. UMNO sememangnya nampak kuman di seberang laut.

Mengapa tidak disebut bantuan DAP yang memenangkan PAS di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Permatang Pasir ? Mengapa tidak disebut bantuan PAS yang memenangkan DAP di Sibu?

Yang sebenarnya gandingan PAS-DAP sudah menjadi duri dalam daging yang perlu dicabut oleh UMNO. UMNO dalam bahaya apabila Melayu, Cina, dan India sokong DAP dan PAS. Melayu, Cina, dan India juga sokong PKR. Kalau begitu keadaannya apa yang tinggal untuk UMNO/BN? Jawabnya bungkuslah.

Itu sebabnya PAS disuruh keluar dari Pakatan Rakyat. Ketegasan pemimpin PAS untuk kekal dalam Pakatan menjengkelkan UMNO. Mereka beralih arah. Zahid Hamidi cabar DAP pula. Katanya, "DAP anak jantan kalau berani keluar dari Pakatan dan bertanding dalam PRU Ke-13 secara sendirian." Itu definisi anak jantan Zahid. Kini Pakatan balas balik cabaran itu. Anak jantan sangatkah UMNO dalam BN? UMNO pula dicabar keluar dari BN kalau benar-benar anak jantan. UMNO tidak akan berani keluar dari BN kerana UMNO ialah anak jantan tak ada telur!!!

UMNO mendakwa mempunyai 3 juta orang ahli. Jika benar sekalipun, bolehkah semuanya sokong UMNO dalam pilihan raya? Jangan mimpilah. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Seremban tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong tak boleh sokong UMNO. Mereka mungkin kena sokong MCA atau Gerakan. Bolehkah ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras menaikkan Ketua UMNO Bahagian Cheras atau mana-mana calon UMNO di situ menjadi Ahli Parlimen Cheras? Mati hidup balik pun tak boleh. Kerusi tu bukan UMNO punya.

Banyak bahagian lagi yang ahli-ahli UMNO hanya boleh sokong UMNO di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, di peringkat Dewan Rakyat mereka kena sokong MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, LDP atau UPKO. Oleh sebab itu, UMNO tak payahlah perkononkan dirinya anak jantan!!!

Pakatan Rakyat tidak pernah bercakap tentang anak jantan atau anak betina. Mereka hanya bercakap tentang perpaduan tulen antara semua kaum demi kebajikan dan kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia. Mereka bercakap tentang mengembalikan kekayaan negara kepada rakyat. Mereka bercakap tentang ketelusan sebagai alat untuk memerangi rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, pembaziran, dan seumpamanya.

Pakatan Rakyat tidak pernah menganggap subsidi sebagai candu. Mereka tidak pernah menghina rakyat Malaysia sebagai penagih candu. Perdana Menteri/Presiden UMNO yang mengeluarkan penghinaan itu tetapi dengan angkuhnya tidak mahu memohon maaf. Rakyat Malaysia akan mengajar UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti!!!
http://bilahrotan.blogspot.com

Tuesday, May 17, 2011

Warga UMNO teramat bencikan Anwar kerana tertubuhnya PKR

Oleh anak_muara

"Saya membuat sedikit kaji selidik mengenai mengapa UMNO tidak kira pemimpin atasan atau ahli bawahan amat memusuhi Anwar Ibrahim dan PKR.Kebencian warga UMNO terhadap Anwar dan PKR begitu menebal sekali berbanding PAS dan DAP yang lebih senior menjadi musuh politik UMNO-BN.

Alasan warga tegar UMNO adalah kerana tertubuhnya PKR mengakibatkan orang Melayu dan juga undi Melayu berpecah 3 kelompok.Mereka mendakwa bahawa kesannya menjadikan kuasa politik Melayu menjadi lemah dan berkurangan.Kewujudan PKR bagi mereka membuatkan kuasa politik tidak stabil dan lemah.Dari situlah Anwar dianggap oleh warga UMNO sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu ala UMNO.

Warga tegar UMNO beralasan biarlah UMNO dan PAS sahaja manjadi musuh politik dan jangan ditambahkan dengan kewujudan PKR yang diterajui oleh Anwar membuatkan perpecahan itu wujud lebih kepada 2 kelompok.Itu adalah gambaran politik warga UMNO akibat wujudnya PKR ini.Oleh sebab itu warga tegar UMNO begitu marah dan bencikan PKR dan juga Anwar.

PKR adalah sebuah parti politik yang berlatar belakangkan pelbagai kaum dan agama.Ia dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin UMNO.MCA,Gerakan,MIC dan beberapa bekas ahli parti komponen BN Sabah dan Sarawak.PKR juga dianggotai oleh jenerasi politik baru hasil tragedi krisis pemecatan Anwar dari UMNO dan kerajaan 1998.

Umur PKR telah memasuki 12 tahun dan satu pencapaian yang memuaskan walaupun dilanda pelbagai krisis dalaman.Kepantasan politik PKR dengan usia parti yang begitu muda membuatkan UMNO begitu tidak selesa sekali.Terbukti pada PRU-12 PKR memperolehi kemenangan kerusi parlimen diluarjangkaan iaitu 31 kerusi dengan mendahului PAS dan DAP yang lebih senior dari PKR.Ini yang membuatkan UMNO semakin tertetan dengan kewujudan PKR.Namun PKR dilihat sebagai parti masa depan kerana kesesuai dengan Malaysia yang mempunyai pelabagai kaum dan agama.

Warga UMNO pada mulanya meramalkan Anwar bakal menyertai PAS dan ada sejumlah bekas ahli UMNO yang kuat jiwa Melayu mereka amat teruja dan berharap Anwar akan masuk PAS namun telahan mereka meleset dengan tertubuhnya PKR yang dulunya PKN.Oleh sebab itu ada dikalangan pengikut Anwar untuk terus bersama UMNO dan sebilangannya masuk PAS dan kelompok yang benar-benar setia kepada Anwar menjadi ahli PKR.

Tidak dinafikan sehingga sekarang di dalam UMNO ada sejumlah ahli dan pemimpin yang masih sayangkan Anwar namun mereka agak tidak setuju dengan Anwar apabila wujudnya PKR.Dari situ kebencian dari sudut politik terhadap Anwar timbul namun pada masa yang sama mereka ini tetap percaya dan yakin bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah dan difitnah oleh sebilangan pemimpin atasan UMNO yang amat tidak senang dengan ketegasan Anwar terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa di dalam UMNO ketika itu.

Kini di dalam UMNO wujud 2 kelompok yang memusuhi Anwar iaitu kelompok yang sememangnya sudah lama memusuhi dan cemburu terhadap Anwar sejak awal kemasukan Anwar dalam UMNO.Kumpulan ini juga dikalangan mereka adalah golongan opportunis di dalam UMNO yang hanya mempunyai kepentingan perniagaan dan peribadi dengan kehadiran Anwar ke dalam UMNO mereka berasa begitu tergugat sekali dan dari situlah komplot perancangan menjatuhkan Anwar mula terjadi. Dan satu lagi kelompok adalah mereka yang menyokong Anwar dalam UMNO namun tidak setuju dengan dengan Anwar berikutan tertubuhnya PKR yang dianggap sebagai menambahkan perpecahan politik Melayu.

Kumpulan ini pada hakikatnya tahu bahawa Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan salah laku seks namun demi menjaga dan memperjuangankan survival politik Melayu ala UMNO telah membuatkan segala perancangan jahat untuk mengekang kebangkitan Anwar terpaksa direlakan walaupun tindakan tersebut amat jelas bertentangan dengan Islam dan juga nilai-nilai kemanusiaan.

Monday, May 16, 2011

Guru Besar, Pengetua dan GPK saja yg untung Bukannya guru yang mengajar

Guru Besar Naik Gred: BN Hendak Pegang Kepala2 Sekolah Utk PRU13?
Oleh: mazwandi

"Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi.

Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam.

Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti.

Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya.

Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan.

Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja.

Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini.

Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid.

Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak.

Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm.

Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik.

Betul tidak wahai guru?

Mahu baca cerita lagi, layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Sunday, April 17, 2011

Nilai Fix deposit BN kian merosot di Serawak.

Oleh: senik

"Satu ketika dulu, Serawak dan Sabah didabik sebagai Fix deposit untuk BN yang utuh dan tidak boleh digugat.Tetapi selepas PRK Sibu dan PRN Serawak yang baru berlalu, nilai Fix deposit BN sudah nampak merosot malah di setengah tempat sudah dilupuskan. Bandaraya Kucing sudah lupus nilainya, Sibu dan Miri turut menjadikan bertambah susutnya nilai Fix Deposit BN dan menerusi masa, makin susutlah nilai Fix Deposit apabila kebangkitan rakyat menolak nilai kewangan yang dilebelkan kepada mereka semakin berkembang.Hari ini statistik menunjukkan 44% pengundi Serawak menolak BN dan ada kawasan 'remote' dikuasai oleh PR.

Selain dari itu, janji pembangunan BN dalam PRN mungkin memakan diri.Najib sudah menyatakan bahawa kerajaan BN akan mengotakan semua janji PRN.Perlaksanaan janji janji ini bakal melihat lebih banyak nilai Fix Deposit BN akan merosot.Kucing, Sibu dan Miri sudah menghantar isyarat yang cukup jelas kepada penolakan secara total kepada BN, antara lain disebabkan tekanan kos sara hidup yang tidak tertanggung oleh penduduknya sedangkan ketiga tiga bandar utama ini merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada negeri dan negara.Penduduknya sudah terlalu lama terdedah kepada kemelut kehidupan dan maklumat penting kerakusan BN mengurus negeri.Kerana itu BN sudah ditolak di sana.

Sedangkan masih banyak 'remote area' yang tidak terdedah kepada peningkatan kos sara hidup termasuk di Bakun yang mencacatkan pertambahan undi kepada BN.Namun pembangunan ala BN yang bakal dilaksanakan di kawasan kawasan ini pasti akan mendedahkan penduduknya kepada kesukaran kesukaran yang sudah dirasai oleh penduduk Kucing, Sibu dan Miri.

Adalah lebih baik untuk BN tidak melaksanakan janji janji pembangunan demi menjaga nilai Fix deposit mereka terutama di kawasan majoriti melayu yang masih kukuk dikuasai oleh PBB.Tetapi apakan daya, Najib sudah terlepas cakap, janji terpaksa juga dilaksanakan walaupun masih banyak janji janji PRK di semenanjung seperti janji jambatan di Manik Urai masih tidak terlaksana.

Luah mati mak, telan mati bapak merupakan peribahasa yang paling sesuai untuk BN di Serawak yang melihat nilai Fix deposit mereka semakin merosot di sana.

Habis Pilihanraya apa kata mai kita Muhasabah Sejenak

Oleh: noncent

"PRN Sarawak yang telah berlalu menjadi indikator penting buat PAS khususnya dan PR amnya dalam merangka strategi baru dan terkini dalam menghadapi PRU13 akan datang.

Di masa DAP cemerlang di kawasan majoriti Cina, PKR menambah bilangan kerusi, PAS terus lesu di kawasan majoriti pengundi Melayu. Walaupun PAS memerintah 2 negeri di semenanjung, manakala PKR dan DAP hanya memiliki satu negeri, PAS dilihat masih gagal menarik minat pengundi melayu. Analisa dalam beberapa PRK di semenanjung di mana PAS bertanding dan terbaru PRN Sarawak menunjukkan kaum lain menyokong PAS manakala orang melayu menjauhkan diri dari PAS. Mengapakah orang melayu tidak tertarik kepada PAS yang telah memerintah dengan penuh amanah di kedah dan kelantan?

Orang Melayu masih meletakkan kepercayaan kepada UMNO dalam memperjuangkan nasib mereka dalam keadaan di mana PAS berjaya membuktikan begitu banyak pengkhianatan UMNO kepada bangsa melayu. (Orang Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur sedang menghitung nasib mereka) Mengapakah PAS masih gagal memecahkan khurafat hanya UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu. Mengapa PAS dilihat oleh orang melayu tidak mampu menggantikan legasi UMNO dalam politik Malaysia. Adakah projek PAS ganti UMNO (PGU) akan menjadi realiti?

Sudah tentu ada sebab musabab perkara di atas terjadi. Think tank PAS harus bekerja keras mencari dan seterusnya menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut.

Ada beberapa sebab yang mungkin dapat diberi disini untuk dibahaskan. Antaranya :

1) UMNO dilihat terlalu berjasa kepada orang Melayu. Penubuhan beberapa agensi berkait orang Melayu seperti FELDA, FELCRA,RISDA dsbnya, menyebabkan orang melayu sentiasa berasa terhutang budi kepada UMNO. Berbagai bentuk bantuan sentiasa diberikan dalam bentuk kewangan atau benda. Di sini JKM, Pusat Zakat, Yayasan Tokeh Besar digunakan. Lagi miskin orang melayu, lagi kuat dia menyokong UMNO kerana dia boleh mendapatkan berbagai bantuan menerusi UMNO cawangan atau bahagian. UMNO berjaya menanamkam rasa kebergantungan untungnasib orang melayu kepadanya. Hingga mereka merasakan tanpa UMNO, nasib mereka tidak akan terbela.

PAS berjaya membuktikan UMNO bukan hanya membantu tapi dalam masa yang sama turut menindas. Namun orang melayu tetap redha dengan UMNO. Kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah sejak merdeka, memberi banyak kelebihan dari segi ini. Pemerintahan PAS di kedah dan kelantan masih tidak menonjol dalam bab ini.

Ini tidak berlaku kepada orang cina yang sudah biasa berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Ini dibuktikan dengan bilangan orang cina yang bekerja dengan kerajaan dibandingkan bekerja sendiri. Ini menjadi budaya orang cina. Mereka tidak berasa terhutang budi kepada MCA apatah lagi UMNO. Budaya subsidi bukan budaya mereka.Ini menyebabkan pemikiran mereka lebih bebas berbanding orang melayu.

2) Kemenangan bergaya DAP di kawasan majoriti Cina dalam PRK atau PRN amat menakutkan orang melayu. Mereka merasakan hak ketuanan melayu tercabar dan perlu ada sebuah parti yang dapat mempertahankan ketuanan tersebut bagi mengimbangi kuasa politik orang cina. Sekali lagi UMNO menonjol dan PAS terkeluar dari senarai. Mengapa? Ini kerana UMNO dilihat oleh orang melayu lebih dominan di dalam BN. UMNO dilihat mempunyai kuasa dan kata putus dalam BN. Contohnya dalam isu PPSMI. UMNO yang mencadangkan dasar mee segera ini dan UMNO jugalah yang memansuhkannya.UMNO setakuk lebih tinggi dari parti lain di dalam BN.

Sebaliknya,PAS dilihat oleh orang melayu tidak mempunyai kekuatan seperti itu di dalam PR. PAS tidak dilihat dominan di dalam PR. Kedudukan PAS di dalam PR dilihat oleh orang melayu setaraf dengan DAP dan PKR. Maka mereka sangsi PAS mampu mempertahankan hak ketuanan melayu bila berdepan dengan tuntutan DAP yang dilihat semakin kuat dan berkuasa di kalangan orang cina. (BTN ada jasa besar dalam hal ini)

Pengisytiharan bersama PAS, DAP dan PKR dalam mempertahankan hak-hak orang melayu dan dalam masa yang sama membela nasib orang cina dan india mengesahkan ketidakyakinan orang melayu terhadap kemampuan PAS dalam membela orang melayu. Mereka mahu hanya hak mereka sahaja dibela. Manakala bangsa lain hanya akan mendapat sesuatu dengan ihsan orang melayu sahaja. Inilah definasi ketuanan melayu UMNO.

Kesimpulannya, banyak lagi kerja yang perlu dibuat jika PAS berhasrat untuk menggantikan UMNO. Isu rasuah, skandal, salah laku moral, penyalahgunaan kuasa bukanlah isu terpenting bagi orang melayu. Kadang kala mereka tidak faham angka jutaan ringgit dalam sesuatu isu rasuah. Bagi orang melayu, pemimpin rasuah yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan mereka, lebih disukai berbanding pemimpin yang amanah tetapi tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.Maka PAS perlu mencari jawapan mengapa orang melayu masih tidak menyokong PAS. Apakah sebenarnya keutamaan politik orang melayu?

Perjuangan Saudara Mazlan Aliman dalam membela peneroka (fixed deposit UMNO) yang majoritinya melayu, perlu diberi perhatian dan menjadi antara keutamaan PAS. Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan perlu lebih menonjol terutama berkaitan hal-hal kebajikan rakyat. Peluang sementara yang diberi rakyat dua negeri ini perlu digunakan semaksimum mungkin sebelum UMNO berjaya meracun semula pemikiran orang melayu dengan soalan "Apa yang PAS buat untuk rakyat di Kedah dan Kelantan?" Wallahuaklam."