Showing posts with label edyesdotcom. Show all posts
Showing posts with label edyesdotcom. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

RM10 Punya Pasal, Hidup Melayu Umno Johor!!


Edyes belum rasa nak ulas apa yang berlaku malam tadi di Segamat. Sila ke laman komrad SAMM Johor pulakdah.com untuk melihat gambar lain dan ulasan menarik. Juga di laman sahabat SAMM Pahang di sini.

Terus terang, Edyes fikir ada yang tak kena dengan barisan hadapan Pakatan Rakyat - kita terlalu berlembut! Sampai bila kita nak bersabar dengan puak pengacau? Sampai bila kita nak lepaskan budak-budak upahan yang sebelum ini pernah menyebabkan seorang anggota Unit Amal cedera berdarah di muka dalam ceramah di Labis baru-baru nie? Jangan lupa juga kejadian berdarah melibatkan orang awam di Ampangan sebelum samseng RM10 ini lari melintang pukang di Rembau.

Buat masa nie Edyes tak sempat nak ulas, ada masa nanti Edyes akan ulas dari 'angle' yang penting untuk sama-sama kita rungkai. Sebelum itu, cuba anda yang hadir di Segamat malam tadi ingat semula siapa yang sebenarnya melepaskan budak-budak upahan ini?

Fikir-fikirlah, kita bersabar pun ada batasnya. Air yang menitis ke dalam cawang yang kosong, setitik demi setitik, akan penuh dan melimpah juga akhirnya.


EDYES @ edyesdotcom

Sumber bergambar oleh: dhamamfoto

Friday, September 9, 2011

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !

Oleh: edyesdotcom

"Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh!


Edyes @ edyesdotcom
satira kebangsaan "

Sunday, August 14, 2011

Minit Mesyuarat JK Fatwa P.Pinang Yang Meluluskan Larangan Guna Pembesar Suara!













Saya adalah antara blogger prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.




Seperti yang kita jangkakan, UMNO melalui media putar belitnya pasti akan spin isu ini seolah-olah merekalah yang lebih mengetahui tentang hukum syarak sedangkan apa yang sebenarnya cuba mereka perjuangkan ialah melayu, bukannya Islam. Jadi mereka akan berbuat apa sahaja demi melayu hingga sanggup menjual agama.


Jangan kita lupa bagaimana mereka melebung umat islam 1Malaysia dalam isu judi kuda di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menyembunyikan hukum sebenar mengenai hukum mengurus kewangan negera dalam mengagih bantuan kepada fakir miskin.


Kali ini mereka sekali lagi menyerang kerajaan negeri P.Pinang dengan mengakatan kononnya arahan pengeluaran pekeliling larangan guna pembesar suara itu adalah dari DAP. Sesungguhnya negeri Pulau Pinang cukup sinonim sebagai medan UMNO mendagang agama demi kepentingan survivalnya.


Atas faktor menyampaikan kebenaran, saya tampil bersama minit mesyuarat jawatankuasa fatwa yang membawa kepada keputusan larangan tersebut. Mesyuarat tersebut juga telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Mufti Hj Hassan Hj Ahmad, seorang ulama yang disegani.


Bersama ini dikepilkan sekali senarai kehadiran, dalil dan dokumen berkaitan minit mesyuarat tersebut. (semuanya di awal entry kerana method update dari BB yg serba terhad)


Pujian harus diberikan kepada YB Malik selaku exco agama P.Pinang, termasuklah pegawai kerajaan negeri Chegu Zulkifli Mohamed dan Mohd Fitri Ibrahim dan Zulkifli Hj Ibrahim SAMM yang memainkan peranan besar dalam menangani isu yang cuba di'spin' oleh puak regim yang tidak bertanggungjawab. Tindakkan pantas memberi kefahaman berkaitan larangan tersebut menyelamatkan bukan sahaja JHAIPP dan pejabat mufti, malah martabat Islam juga tidak sempat dicemari dengan cubaan mengelirukan umat Islam.


Diharap dengan pendedahan dokumen penting ini, tidak akan ada masyarakat yang memandang serong terhadap keputusan yang dilakukan oleh JHAIPP, terutamanya apabila membabitkan tuduhan keterlibatan kerajaan negeri dalam melontarkan arahan. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan negeri yang diketuai DAP sangat peka dan prihatin dalam menjaga martabat Islam di P.Pinang dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang melebihi kebanyakkan negeri lain.


Dalam entri ini juga, saya mengambil kesempatan memetik sepenuhnya kenyataan Dr Asri Di Bawah;
Oleh: Dr Asri


Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.


2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.


3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.


4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.


Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:


"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).


Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.


5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:


"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).


Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?


Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.


----------------------------


Semoga artikel maklumat ini dapat disebarkan ke seluruh pelusuk negara agar mereka faham, mengapa Pulau Pinang acapkali dijadikan medan mengelirukan fahaman umat Islam oleh pihak terdesak.


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/08/minit-mesyuarat-jk-fatwa-ppinang-yang.html


Thursday, July 21, 2011

Terbongkar Enakmen Yang Disorok UMNO/BN Kedah selama 14tahun...!!


Rupa-rupanya langkah kerajaan negeri Kedah untuk menghalang aktiviti maksiat di bulan puasa adalah termaktub dalam enakmen undang-undang negeri Kedah sejak 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO ketika mereka memerintah negeri jelapang padi itu.

'Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997' menyatakan terdapat beberapa jenis hiburan (seperti yang dicadang oleh MB Azizan) tidak boleh diadakan pada hari Jumaat dan juga pada sepanjang bulan Ramadhan. Suatu perkara yang harus melegakan setiap umat Islam ialah MB Azizan sebenarnya tidak memandai-mandai dalam tindakkannya malah membuat keputusan bijak apabila membangkitkan isu larangan ke pusat hiburan ketika Ramadhan. Setelah masuk tahun ketiga menguasai Kedah, kali ini PAS Kedah bersedia untuk melaksanakan undang-undang tersebut tanpa mempedulikan tekanan dari mana-mana pihak.

MB Azizan melakukan sesuatu yang dituntut yang juga sememangnya telah wujud dalam enakmen undang-undang negeri. Ia dilihat bijak dan terpuji apabila dalam masa yang sama (ketika mengumumkan larangan tersebut), beliau mengusahakan kolaborasi bersama dengan syarikat hiburan agar bekerjasama supaya tiada umat Islam yang dibenarkan masuk ke dalam premis hiburan pada bulan puasa. Cuma bab persefahaman ini tidak dibangkit ketika pengumuman larangan dibuat kerana ia masih diperingkat perbincangan. Tidak salah membangkitkan larangan tersebut lebih awal untuk mendapat respon yang diharapkan.

Akhirnya Islam menang di kalangan umatnya di Kedah dan juga di kalangan bukan Islam apabila pihak kerajaan negeri dan pihak pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk hanya membenarkan premis hiburan milik mereka dikunjungi oleh bukan Islam sahaja dan bersedia menghadapi hukuman jika gagal dalam MoU Ramadhan ini.

Tahniah kepada PAS kerana berjaya membuka mata rakyat Malaysia dengan terdedahnya enakmen yang selama ini 'disorok' kerajaan UMNO sebelum ini demi mengaut keuntungan dari maksiat yang berlaku di kalangan umat Islam negeri Kedah dan juga dalam masa yang sama, menangguk undi bukan Islam semahunya. Tidak timbul soal PAS Kedah tunduk kepada siapa-siapa, tetapi rupa-rupanya Barisan Nasional dan UMNO Kedah lah yang telah tunduk kepada tokey-tokey kemaksiatan.

Walaupun tindak-tanduk MB Azizan sebelum ini tidak disenangi oleh segelintir pihak, ia tidak bermakna kita menolak usaha murni yang membawa hasil positif ke atas umat Islam khususnya.

Ikuti sebuah laporan yang saya petik dari blog Poji Topeng Perak berkenaan enakmen yang disorok UMNO-BN;

Pusat Hiburan: UMNO Patut Malu

Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011

Artikel ini ditulis oleh : EDYES @ edyesdotcom

Friday, July 15, 2011

Rosmah ada kat Amerika semasa hari beli cincin 24juta tuu...!!

Bukti Rosmah Ke New York Pada Tarikh Urusniaga(Shopping) Berlaku !!

Tarikh dan masa register, approved dan released


Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :
SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.
Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

Kehadiran Imelda Rosmah ke New York pada minggu tersebut menguatkan lagi hujah bahawa ada alibi yang menunjukkan Rosmah singgah membeli belah di New York, di mana terletaknya salah satu cawangan Jacob & co.

Lihat pula printscreen di bawah;

Alamt Jacob & Co di New York

Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira.

Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011.

Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu.


Thursday, June 9, 2011

Akhirnya PAS Diserang Juga !!


Salam to all,

Telanjur tak sehat sepanjang hari ni, telanjur jugalah menonton Buletin Utama TV3 apabila terbaring di depan TV selepas Maghrib. Tak ingat bila last tengok berita TV3, namun berita yang disampaikan malam ini adalah sangat mengejutkan.

Jika sebelum ini, parti PAS telah dilayan dengan baik oleh media arus perdana berbanding dengan PKR dan DAP. PAS digambarkan oleh media arus perdana sebagai sebuah parti yang sebenarnya boleh bergerak sendiri untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP pula dicerca dan dihina hampir setiap hari dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor acap kali menjadi mangsa serangan bertali arus.

Namun seperti yang saya jelaskan tadi, berita di Buletin Utama TV3 malam ini agak berbeza dan cukup mengejutkan. PAS telah diserang habis-habisan dengan seluruh kekuatan TV3 dalam penyediaan maklumat. Lebih 15minit masa perdana telah digunakan untuk menyerang parti PAS. Ini agak pelik kerana sebelum Muktamar ke 57, PAS disanjung tinggi dengan kepimpinan ulama diberi ruang yang cukup baik oleh media arus perdana. Tetapi selepas muktamar, PAS menjadi sasaran terbaru UMNO. Adakah ianya berkait rapat dengan pinangan yang telah ditolak?

Isu yang dimainkan dalam Buletin Utama malam tadi ialah, bagaimana PAS sanggup melepaskan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam apabila mengimbas kembali ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada tahun 2003 dan dibandingkan pula dengan ucapan TGHA pada Muktamar baru-baru ini. Sedarkah TV3 bahawa negara berkebajikan itu adalah satu tuntutan utama sebuah negara Islam? Negara Islam adalah negara berkebajikan. Ini sudah cukup menunjukkan UMNO dan BN begitu dangkal dalam mentafsir sebuah negara Islam.

Layanan baik UMNO terhadap PAS sebelum ini tidaklah seikhlas mana. Rupa-rupanya UMNO telah berdendam dengan PAS kerana bukan sahaja hantaran meminang untuk membentuk perpaduang telah ditolak tanpa bicara lagi, kepimpinan baru PAS juga dilihat tidak mesra terhadap UMNO dalam apa jua keadaan menyebabkan peluang UMNO untuk slowtalk dengan PAS hancur berkecai.

Maka tidak hairanlah mulai hari ini hingga pilihanraya akan datang, PAS akan terus diserang oleh media arus perdana setelah gagalnya usaha pihak terdesak mencari penyambung nyawa. Percayalah bahawa lagi teruk PAS dan Pakatan Rakyat di hentam oleh media arus perdana, lagi banyak sokongan yang bakal diperolehi. Kerana rakyat kian celik, memilih untuk sebuah kerajaan rakyat, negara berkebajikan !


EDYES @ edyesdotcom
Masih demam, sengal satu badan...

Friday, April 15, 2011

Grand Finale from Sarawak... TIME FOR CHANGE!!

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !!

GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING
KUCHING
KUCHING
MIRI BELAKANG STAGE
KUCHING
MIRI
KUCHING
Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !!

edyesdotcom

Menjadi Saksi Taib Tumbang !! Di Pilihanraya Atau Di Jalanraya !!

Puluhan ribu hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim !

Besok Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Hampir sejuta pemilih bumi kenyalang akan membuang undi mereka dan menentukan masa depan anak bangsa mereka di Sarawak.

Lihat gambar di atas. Tidak dinafikan, walaupun punya 'crowd' puluhan ribu belum pasti Taib Mahmud akan tumbang di medan pilihanraya. Tetapi dengan jumlah ini, diyakini Taib boleh tumbang di jalanraya sekiranya demokrasi sedia ada tidak dihormati oleh kerajaan pemerintah.

Mereka yang menguasai SPR dinasihatkan agar menipu jangan sampai dikesan, menipu jangan sampai kami nampak walaupun tuhan nampak. Kerana kalau kelahapan penipuan demi penipuan itu berjaya dikesan oleh para pendesak perubahan, nescaya jalanraya akan menjadi satu-satunya pilihan.

Oleh demikian, SPR harus lebih halus dalam penipuan dan jangan sampai terkesan. Kerana Mubarak dan Zainal Bin Ali itu juga menang besar dalam pilihanraya mereka - dengan penipuan.

Teringat pula nasihat seorang warden ketika bersekolah asrama dulu di Kuala Pilah. Warden saya yang bernama cikgu Norhashim pernah menasihatkan kepada semua penghuni asrama yang merokok di asrama. Pesannya mudah dan berbunyi "Kalau sesiapa nak merokok dalam asrama ini adalah dipersilakan, saya tak marah. Tetapi syaratnya ialah, sila merokok di tempat yang tuhan tak nampak"

Justeru itu, kepada mereka yang terdesak sehingga berjaya menterbalikkan kenyataan Raja Petra (yang juga sebelum ini berjaya menterbalikkan kenyataan bersumpah Bala), berhati-hatilah untuk menipu dalam pilihanraya. Kami di Pakatan Rakyat mempunyai PACA yang amat terlatih dalam mengesan penipuan. Secara praktikalnya, pengalaman 12 pilihanraya umum untuk tempoh selepas merdeka dan 15 pilihanraya kecil sepanjang penggal PRU12 menjadi pedoman dan kecekapan juga terbukti dalam pemilihan di peringkat parti.

Sebentar tadi, satu kenyataan media oleh Anwar Ibrahim bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Raja Petra Kamaruddin beberapa hari sebelum Pilihanraya Sarawak. Boleh lihat sedutan dalam kenyataan media tersebut dalam tajuk "PC Anwar Terhadap Kenyataan Raja Petra - Timing yang Tepat !!"

Dalam kenyataan itu, Anwar memberi satu jawapan yang sangat mudah iaitu beliau menyeru kepada semua jentera dan para penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang sedang berusaha di Sarawak supaya tidak hilang fokus terhadap Pilihanraya Negeri Sarawak.

Kehadiran RPK yang dikatakan menikam Anwar dari belakang menjelaskan lagi betapa Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak dan juga tertekan seraya berkata - ia adalah 'timing' yang sangat tepat untuk mengalih perhatian PRN Sarawak. DSAI juga menyeru agar semua fokus kepada Sarawak dan akan hanya menjawab segala persoalan selepas PRN Sarawak.

Tindakkan Anwar yang tidak melayani provokasi berbentuk diversi dari pihak terdesak adalah satu tindakan yang tepat. Rakyat Sarawak akan tetap menunjukkan kebangkitan dan membuktikan bahawa mereka sudah celik dan tidak lagi mudah digula-gulakan oleh barisan Peh Mo. Tiga puluh tahun menjadi Rajah Sarawak sudah cukup membentuk sejuta kebencian. Sejuta pengundi akan melafaz kebencian itu melalui buangan undi lalu membebaskan Sarawak dari genggaman seorang 'rajah'.

Tanggal 16 April 2011 menjadi satu tarikh sejarah di mana Sarawakian bangkit mengubah lanskap politik negara apabila tidak menjadi kubu kuat Barisan Nasional apatah lagi menjadi deposit penting BN pada PRU akan datang!!

Dengan keputusan Taib Mahmud yang dengan angkuh ingin mengekalkan kuasa, Barisan Nasional Sarawak pimpinan Taib Mahmud akan tumbang di bumi kenyalang !!

Ubah Sarawak !! Sarawak For Change!!

edyesdotcom

Sunday, April 10, 2011

Khairy Emosi Dan Mengelupur Di Sebalik VCD Lucahnya?


Tanpa membaca kenyataan penuh Chegubard yang dipublish pada 7 April lalu, Khairy mungkin saja panik dan mungkin juga dengan gelabah puyuh mengarahkan budak-budak suruhannya membuat laporan polis ke atas Chegubard.

Kenyataan Chegubard menyentuh perihal video seks yang dikatakan milik khairy. Namun chegubard menegaskan sekerasnya betapa politik lucah harus dihentikan segera, merujuk kepada tindakan chegubard memusnahkan seberapa banyak vcd yang ada ketika kempen PRU2008.

Jika hari ini politik UMNO membenarkan penayangan video seks di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu negara walaupun video itu fitnah kepada DSAI, Chegubard pernah memilih untuk tidak menggunakan bahan serupa untuk kempennya menentang khairy. Tindakan chegubard pada tahun 2008 adalah hujah penting beliau bagi menyeru politik selak kain dihentikan. Beliau juga dilihat konsisten dalam isu ini termasuk ketika berdepan dengan kes video Chua Soi Lek yang boleh ke blog beliau dan rujuk kenyataan beliau ketika itu yang tersiar dalam blognya.

Tetapi malangnya kenyataan Chegubard telah disalah tafsir oleh seorang Yang Berhormat lepasan Oxford. Secara terus Khairy menuduh Chegubard mengedar video seks tersebut ketika kempen PRU2008 dalam laman twitter miliknya.

Di bawah adalah twitter KhairyKJ yang menuduh Chegubard mengedar Video lucah miliknya pada tahun 2008 di Paroi;
@chegubard Kamu yang edar video palsu tu di Paroi masa PRU2008 hari ni pula nak tolak politik lucah. Tolong la Barrrd... Hipokrit betul.

Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Khairy tidak membuat sebarang laporan polis ke atas Chegubard apabila mengetahui 'kononnya' Chegubard mengedarkan video seks yang pelakonnya iras-iras Khairy.

Sedangkan ketika PRU lepas jentera Bn telah membuat beberapa laporan polis ke atas cheGuBard khususnya apabila ada mahasiswa turut menyertai jentera menentang Khairy di Rembau.

Telah ditegaskan, video seks tersebut asalnya adalah dari kumpulan UMNO yang amat membenci Khairy. Jangan kita lupa bagaimana Khairy di 'boo' beberapa kali ketika diangkat sebagai ketua pemuda suatu masa dulu. Kumpulan ini sanggup membekalkan beberapa bahan untuk kempen chegubard termasuklah video yang dimaksudkan. Tetapi di atas prinsip menolak politik selak kain, Chegubard mengarahkan jenteranya memusnahkan bahan tersebut.

Sememangnya puak-puak UMNO memang gemar mengedar bahan-bahan lucah bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin yang dirasakan mengancam kepentingan mereka waima pemimpin di dalam parti sendiri.

Beberapa jam selepas chegubard keluar kenyataan di blognya yang bertajuk "SAMM : Hentikan Politik Lucah Segera!!", satu laporan polis telah dibuat oleh pemuda UMNO umpama ketua pemudanya seperti cacing kepanasan.

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, mengapa tidak buat laporan polis pada tahun 2008 jika benar chegubard mengedar video tersebut sebagai bahan kempen? Laporan polis hanya dibuat di atas kenyataan chegubard yang tajuknya menggesa politik lucah dihentikan!

Seraya itu juga, dengan pantas setiausaha PKR Rembau iaitu Norazizi telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat polis yang bernama Omar. Difahamkan pihak penyiasat sebenarnya belum lagi membaca kenyataan penuh Chegubard, tetapi oleh kerana pihak pemuda UMNO yang membuat report maka pihak polis begitu melulu dalam menjalankan tugasnya. Gelagat pihak polis tidak ubah seperti telah diperkudakan untuk kepentingan seseorang.

Beberapa tweet yang mempersoal 'mengapa KJ tidak membuat laporan polis pada 2008' tidak dijawab oleh Khairy. Apakah maknanya diam membisu walaupun sebelumnya beberapa kali mengicau tweet dalam isu yang sama?

Perlu diingat, melalui twitter Khairy yang tertera di atas, ia menunjukkan Khairy juga sedar video itu wujud apabila membuat tuduhan terhadap Chegubard bahawa pengedaran video itu kononnya berlaku.

Khairy dinasihatkan jangan terlalu angkuh dalam isu video lucah ini dan jangan tersalah langkah dalam mengatur gerak. Chegubard mungkin saja telah memusnahkan semua kepingan vcd tersebut pada tahun 2008, namun tidak mustahil 'jika' masih ada satu salinan buat kenang-kenangan.

Apa yang salahnya menyimpan video lucah apatahlagi menayangkan di dalam bilik hotel untuk tontonan wartawan terpilih. Asalkan ia tidak bertujuan mengaut keuntungan, ia boleh sahaja berlaku dalam negara Islam Malaysia kita ini. Terima kasih kepada Nazri!

Buat Khairy, gambar kamu 'bergembira' di Kelab Malam disebar oleh kawan-kawan kamu, gambar kamu beraksi 'maknyah' juga disebar oleh kawan-kawan kamu... Apa lagi yang kawan-kawan kamu miliki yang akan disebarkan... Cuma ketika gambar-gambar tersebut tersebar tiada pemimpin PR yang ambil jadi modal politik.

EDYES @ edyesdotcom
http://edyesdotcom.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya Injil Versi BM Menjadi Kenyataan!

Akhirnya Injil Versi BM Menjadi Kenyataan! Apalah Nasib Melayu Selepas Ini?? (WAJIB BACA!!)



Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal. -mkini


Jika dipandang dengan mata hati yang kasar tanpa berbelah bahagi, pastinya kita melihat berita di atas adalah satu mala petaka buat penganut agama Islam di serata Malaysia. Anak-anak kita serta saudara mara telah terdedah kepada senaskah kitab agama kristian yang ditulis dalam bahasa melayu yang kita tahu rata-ratanya orang melayu lah yang menguasai bahasa tersebut. Maka oleh sebab itu orang melayu perlu bimbang?

Semua di antara kita juga pasti sedar bahawa terbitnya naskah Injil / Bible edisi berbahasa melayu akan hanya memberikan kesan lebih teruk dalam isu memerangi murtad. Maka beberapa persoalan penting telah timbul apabila kitab injil ditulis dalam Bahasa Melayu - apakah bible berbahasa melayu itu adalah bertujuan untuk memurtadkan lebih ramai anak melayu? Apakah pasaran bible berbahasa melayu itu selain daripada untuk orang melayu?

Memang benar, apabila ditulis dalam bahasa melayu, maknanya anak-anak kita serta keturunan kita dapat membaca injil dengan fasih. Tetapi apakah kita terlalu lemah untuk mendidik anak kita tentang akidah?

Apabila memperkatakan mengenai 'pasaran' kitab bible berbahasa melayu, adalah tidak benar apabila kita katakan bible berbahasa melayu hanya untuk orang-orang melayu. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia dan etnik keturunan yang ada di bumi borneo itu juga adalah termasuk dalam gagasan 1Malaysia.

Harus diingat, masih ramai di antara rakyat negeri Sabah dan Sarawak tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi dalam masa yang sama mereka juga bukan muslim. Oleh demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan satu-satunya harapan penganut kristian Sabah Sarawak untuk membaca dan memahami kitab agama mereka. Adakah kita sebagai orang Islam bersifat terlalu kejam dengan menafikan hak sesama rakyat untuk mengamalkan agama mereka dengan lebih sempurna?

Berilah peluang untuk orang Iban berugama kristian yang tidak faham langsung bahasa inggeris, memahami agama pilihannya dengan menggunakan ilmu Bahasa Melayu yang dipelajarinya ketika sekolah dulu. Begitu juga dengan Khadazan Dusun, Murut, Melanau dan puluhan etnik Sabah Sarawak yang menjadi penganut kristian sejak jajahan brooke suatu ketika dahulu. Sesungguhnya jika mereka lihat Islam itu adil dalam menangani isu berbangkit, tidak mustahil akhirnya mereka akan memilih jalan yang benar dengan hidayatNya.

Seperkara yang baik untuk kita sama-sama fikirkan, jika kita hantar anak kita tuisyen bahasa inggeris sehingga mereka cekap, fasih dan faham bahasa inggeris, tidakkah kita bimbang dengan jutaan naskah injil versi bahasa inggeris sedia ada? Fikir baik-baik, hanya semudah membuka laci hotel 3 bintang ke atas, anak-anak anda yang fasih bahasa inggerisnya berdepan bible berbahasa inggeris.

Lagipun, mengikut pemerhatian saya, gaya hidup orang-orang melayu hari ini adalah lebih membimbangkan jika dibanding dengan terbitnya injil versi BM. Gejala anak luar nikah yang statistiknya menunjukkan ianya berlaku setiap 17minit sekali lebih membimbangkan, orang melayu menjadi majoriti pusat serenti juga cukup membimbangkan. Belum lagi dikira berapakah anak melayu yang bergelimpangan dalam pusat hiburan serata negara pada malam minggu dengan berpakaian seksi dan bertatahkan minuman keras pelbagai jenama, al-maklumlah Malaysia bakal diperkenalkan sebagai negara hub hiburan terkemuka !

Apakah mungkin dengan terbitnya kitab injil versi BM ini akan menyedarkan semua orang melayu malah membuka mata untuk persediaan yang lebih rapi menghadapi era globalisasi, bukan hanya juara glokal yang menyalak tanpa menyedari ekornya bergelumang tahi.

Terus terang saya katakan, mengapa perlu kita bimbang naskah-naskah injil yang diterbit dalam Bahasa Melayu jika iman dan akidah kita kukuh? Dengan terbitnya injil berbahasa melayu, seharusnya kita menganggap ia sebagai cabaran akhir zaman dan mengambil langkah lebih bijak untuk memastikan anak-anak kita cukup dilentur sebelum dilepaskan ke pasaran terbuka bila cukup umurnya nanti.

Kita juga harus mengambil positif dan wajar berfikiran rasional dalam isu kitab bible ini. Islam mengajar kita memperjuangkan keadilan, jadi kita juga harus adil yang terletak pada tempatnya. Jika bible ingin dibahasa melayukan, bukankah kita juga boleh menerbitkan terjemahan Al Quran dalam bahasa mandrin dan bahasa tamil. Apa yang pasti, sudah banyak penerbitan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan perlu diingat, Al-Quran juga diterjemah dalam bahasa jawi dan juga Bahasa Malaysia.

Apakah perkara sebegini akan membuka minda setiap orang melayu, bahawasanya Bahasa Melayu itu bukanlah bahasa Islam, dan orang melayu itu juga sebenarnya bukan semestinya adalah seorang Islam melainkan setelah mengucap dua kalimah shahadah.

Saya secara peribadi berpendapat janganlah sesekali kita melihat penerbitan kitab bible edisi Bahasa Melayu sebagai satu ancaman tetapi terimalah ia sebagai satu cabaran, agar kita lebih menerapkan akidah Islam yang terbaik untuk anak-anak dan keturunan kita.

Selain itu juga, ada juak yang mengatakan Pakatan Rakyat tersepit dalam menangani isu injil berbahasa Melayu. Ternyata juak-juak yang sebelum ini berani mempermainkan agama dalam isu judi sebelum ini telah silap perkiraan apabila Pakatan Rakyat gah menghadapi isu ini dengan situasi baik tanpa sebarang calar balar di bahagian dalaman.

Sehinggakan semakin ramai yang melihat Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik bagi memastikan Islam sebagai agama rasmi yang menjadi tunjang sebuah negara yang berorientasikan kebajikan, di samping turut menjaga kepentingan agama lain demi keharmonian dan kebebasan beragama yang diterapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Takbir!! Revolusi !!


EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Wednesday, March 2, 2011

OPERASI RAGUT DUIT RAKYAT BERMULA !!

Salam saman,

1 Mac 2011, saya dalam perjalanan pulang dari MBSA setelah selesai membuat menghantar borang pembaharuan ruangan tapak perniagaan di Shah Alam. Mujurlah MBSA tidak menyenaraihitam peniaga yang pernah mempunyai saman dengan MBSA 2-3 tahun yang lalu. Jika ia berlaku, pastinya saya tidak berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan.

Syukurlah kerana negeri Selangor masih diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka saya masih boleh berniaga walaupun beberapa tahun lalu pernah disaman kerana berniaga secara 'rambo' malah perkakasan perniagaan juga pernah dirampas oleh MBSA ketika BN memerintah Selangor. Walaupun ada saman, tetapi mereka di MBSA tetap berhati perut membenarkan saya terus berniaga.

Bagusnya kerajaan Pakatan Rakyat apabila bertindak mengarahkan MBSA agar melunakkan cara melayani rakyat walaupun rakyat itu ialah peniaga yang tidak berlesen. Menyedari rakyat semakin susah untuk bertahan sebulan dengan hanya makan gaji semata-mata, perniagaan sampingan merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban. Oleh itu, adalah menjadi satu lumrah perniagaan apabila ia dimulakan dengan sijil lesen yang serba kosong.

Namun seperti yang kita semua maklum, kerajaan yang diperintah oleh BN hari ini telah membuktikan mereka tidak punya hati perut apabila menafikan hak memperbaharui cukai jalan yang membolehkan kenderaan kita tersadai selagi nama tidak dibersihkan dari disenaraihitam.

Kerajaan tidak pernah memikirkan masalah yang dihadapi rakyat apabila dengan sembrono mengambil kesempatan ke atas rakyat yang terdesak dengan saman yang dikenakan. Tidak membayar saman samada tidak berduit atau punya masalah kewangan yang kritikal, menyebabkan kenderaan rakyat itu tersadai. Lantas ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah rakyat susah, tetapi menambahkan lagi kekusutan rakyat apabila terpaksa mengambil risiko membawa kenderaan yang tidak punya 'roadtax' seumpama membawa 'keranda' sendiri.

Apa-apa yang berlaku kepada si pembawa kenderaan tidak berlesen atau tidak bercukai jalan akan menyebabkan hukuman maksimum sekiranya ditahan pihak berkuasa dan jika mengalami kemalangan, tidak akan ada syarikat insuran yang akan menanggung sebarang kos kemalangan tersebut. Apalah dosa rakyat sehingga dihukum sedemikian rupa hanya kerana tidak mampu membayar saman?

Saman itu pula berbentuk saman ekor, yang hadir secara tiba-tiba tanpa tandatangan si pesalah. Tidak dijatuh hukum salah di mahkamah lagi, tetapi telah disenaraihitam dari memperbaharui lesen dan cukai jalan? Undang-undang sedemikian rupa menyamai akta ISA yang seharusnya kita humban jauh-jauh dari bumi bertuah ini! Oleh demikian, adalah menjadi kewajaran untuk kita lawan kebejatan musibah saman ekor!

Berbalik kepada cerita asal tadi, saya baru pulang dari MBSA dan melalui highway NPE kerana ingin terus ke Bangsar. Sampai di area depan Taman Medan, jalan dengan tak semena-mena sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.

Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman. 

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kereta yang kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.

Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.

Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.

Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...

Saya ada buah fikiran untuk difikir oleh kerajaan. Mengapa tidak kita hadiahkan wang ringgit berbentuk diskaun tol kepada mereka yang bebas dari sebarang saman?

Setiap pengguna jalanraya yang tidak ada saman langsung, berhak memperolehi diskaun 50% dari mana-mana tol yang ditempuhi, 50% untuk bayaran semua jenis cukai dan sebarang pembayaran kepada kerajaan atau PBT. Jadi dengan cara sebegini, pasti ramai rakyat Malaysia yang pastikan semua saman dibayar untuk menikmati pelbagai keuntungan apabila menjadi pengguna jalanraya yang tidak punya walau satu saman.

Adakah idea saya begitu idealistik yang tidak boleh dipraktikkan? Pasti ada caranya dengan teknologi sedia ada yang membenarkan idea saya menjadi kenyataan. Tolong jangan lupa kredit idea ini kerana idea saya juga bukan percuma atau saya akan senaraihitamkan kerajaan daripada menerima sebarang idea rakyat marhein selepas hari ini.

Kerajaan tidak harus bergantung kepada saman semata-mata. Atau tidak salah saya menuduh Kerajaan Malaysia hanya menyediakan pelbagai saman demi untuk meragut duit rakyat? Sesungguhnya Kerajaan Malaysialah peragut bersiri paling kejam dan harus dipukul beramai-ramai oleh rakyat Malaysia !!


EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)

Artikel Asal: http://edyesdotcom.blogspot.com

Saturday, February 26, 2011

Salam Seram - Kadar Kenderaan Terbakar Seminggu Sekali??

Salam Seram,

Lagi kes kereta terbakar hari ini harus menerbitkan rasa gusar di kalangan pengguna jalanraya. Minggu lepas sekali terbakar dan hari ini juga satu kemalangan terbakar berlaku menjadikan dua kemalangan terbakar dalam masa dua minggu.

RON95 bukan persoalan yang akan saya bawa hari ini, walaupun ia berkait rapat kerana kemalangan terbakar ini kerap berlaku semenjak RON95 diperkenalkan. Bukan cerita kosong tetapi statistik kemalangan terbakar menunjukkan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Apakah ini tidak cukup menggerunkan? Apakah menyenarai-hitamkan 'mangsa' saman ekor membantu dalam menyelesaikan masalah ini? Atau mengkompulsarikan penggunaan talipinggang belakang dengan saman RM300 tanpa diskaun boleh melegakan pengguna?

Pengguna jalanraya bukan sahaja berdepan dengan jumlah statistik kemalangan yang agak membimbangkan, tetapi berdepan juga dengan risiko untuk hangus rentung di tengah jalanraya. Itu belum dikira akan kehadiran saman ekor yang tidak diundang.

Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.

Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.

Mekanisma yang lebih berkesan harus diperkenal di sebalik penguatkuasaan saman ekor dan pemakaian talipinggang belakang semata-mata. Sudahnya rakyat akan terkesan dengan bebanan risiko kemungkinan kenderaan terbakar apabila berlaku perlanggaran malah ada juga kes terpencil di mana kereta terbakar secara tiba-tiba.

Sedarlah bahawa saman ekor itu amat membebankan rakyat termasuklah isu talipinggang belakang. Ditambah lagi dengan keraguan kualiti RON95 yang sering diperdebatkan.

Bagaimana pula dengan faktor kualiti jalanraya di Malaysia?

Nyawa rakyat Malaysia umpama tidak berharga di mata kerajaan. Jangan marah kepada blogger dan mana-mana pengamal media alternatif termasuk pengguna laman sosial apabila mereka sebulat suara mengatakan - Kerajaan Malaysia hanya mementingkan wang ringgit hasil dari saman ke atas rakyat.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bangun melawan dalam isu saman ekor dan saman berkaitan. Jangan tunduk menyerah wang ringgit kita sewenang-wenangnya. Sokonglah tajuk ini tanpa mengira warna kepartian kerana sesungguhnya tembakkan saman ekor itu juga tidak mengenal mangsanya, begitu jugalah kemalangan terbakar.


EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone