Monday, May 2, 2011

Soi Lek dinasihat fokus ‘nasib’ MCA, bukannya heret PAS

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang.

Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya.

“Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap,” kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS.

Semalam, Dr Chua berkata pihaknya akan menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata Dr Chua mengulas pelawaan Najib kepada PAS kelmarin.

Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu.

“Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS,” kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya.

Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA.

Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri.

Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA.

Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib.

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Buat Diri Sendiri

Untuk kesekian kalinya, seperti di tahun-tahun yang lepas, sempena cuti Hari Buruh 1 Mei di kilang-kilang industry, bersama-sama dengan rakan-rakan wargakilang kami diberi masa dan kelapangan untuk sekali lagi melakukan kerja-kerja charity membantu golongan yang memerlukan.


Perjalanan kali ini membawa kami ke kawasan Utara Perak, di sekitar Selinsing area Gunung Semanggol dan kemudian ditambah lagi hampir 2 jam perjalanan merentas Kuala Kangsar menuju Tasik Raban dan Gerik Perak; satu pengalaman yang menarik merentas negeri Perak Darul Riduan.

waktu nak bertolak dari Tol Lunas, Kedah ke Tol Kamunting, Perak pagi itu saya tak berapa pasti la pulak berapa ramai yang nak turun mai, kalau nak kira-kira setakat penglibatan kawan-kawan NGO Wargakilang, mau 4 lima buah kereta sahaja. Tapi, bila tiba kat tempat berkumpul di Selinsing itu hampir 30 buah kereta yang turun mai, termasuk sepasang suami isteri muda yang turun mai dari Cyberjaya, bertolak jam 4 pagi dari sana.

Cek pi cek mai, yang turun mai ramai-ramai itu, mai daripada berbagai pertubuhan dan kumpulan individu yang berbeda; antaranya ialah dari PEMBELA Sg Petani, Alumni Sek Izzudin Shah Perak dan lain-lain lagi. Semuanya mai dengan satu tujuan, iaitu nak buat kerja amal nak pi bagi sendiri kepada keluarga susah yang memerlukan. Saya juga mula perasan kebelakangan ini ramai yang dok mai habag kata depa prefer join NGO berbanding dengan aktiviti yang serupa yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan parti politik tak kira parti mana, tak pasti pula kenapa.

Sebab itu, bila pagi tu, waktu kat tol Juru on the way ke Selinsing, bila Chief kami, sdra Lukman telepon habag kata entah sapa pi habag kat YB, kejap tadi YB ada turun mai; saya minta jasa baik beliau minta tolong jangan libatkan YB dalam aktiviti ini, nanti ada kawan-kawan salah anggap pulak terutamanya jika YB berkenaan mai dari opponent party kepada parti yang depa sokong itu.

Susah juga sebenarnya nak handle NGO ini sementelah pulak bila ahli-ahlinya mai daripada tiga parti politik Melayu utama yang berbeda.

Berbalik kepada aktiviti amal yang dilakukan, semua sekali ada 13 buah keluarga yang disenarai pendekkan; brg-brg sumbangan yang dibawa oleh kawan-kawan disusun dan diagih-agihkan kepada 13 keluarga berkenaan.

13 keluarga ini punya laterbelakang kesusahan dan perlu bentuk bantuan yang berbeda. Salah seorangnya adalah saudara Riduan, seorang mualaf, cacat akibat kemalangan, pendapatan keluarga hanya mengharapkan isteri yang mencari rezeki dengan membuat kuih yang tak seberapa.

Untuk keluarga ini, ada sahabat yang bawa mai tong gas, dapur dan kuali besar untuk membantu si isteri menambahkan kapasiti pengeluaran cucur dan kuihnya; dalam apa yang disebut sebagai BAGI JORAN instead of BAGI IKAN. Mudah-mudahan, selepas ini keluarga ini mampu menggunakan “JORAN” ini untuk menambahkan pendapatan mereka secara berterusan.

Terima kasih kepada sapa-sapa yang susah-susah tolong usung mai tong gas dan dapoq tu. Insyaallah selagi tong gas itu tak rosak, selagi itulah kot saham pahala akan mengalir buat penyumbangnya ,mudah-mudahan.

Bercakap pasal saudara baru, sewaktu saya menghulurkan satu beg yang mengandungi Al-Quran, kain pelikat, sejadah, telekung dan kain batik sebagai persalinan sembahyang, bila saya kata sahabat yang kirimkan barangan itu pesan:

"Kita ini hamba Allah, dalam keadaan susah ka senang ka, bila kita ada masalah, jangan lupa berdoa kepada Allah, insyaallah DIA ada untuk mendengarnya"

Secara spontan saudara Riduan cakap: "Terima kasih banyak-banyak, saya memang selalu dok baca Quran ini, terima kasih sebab saya memang memerlukannya".

Rasa puas hati sungguh diri saya sebab dalam ramai-ramai, terpilih untuk menyampaikan sumbangan yang agak berbeda sifatnya ini. Moga kerja buat kami yang tak seberapa ini akan mampu meneruskan istiqamah sdra Riduan dengan dugaan hidup tatkala beliau memilih untuk jadikan Islam sebagai agamanya ini.

Senaskah Al-Quran dan peralatan Solat untuk sdra Riduan & Isteri

Selain itu, rumah Ustaz Senan yang cacat tangan, bekerja kampong dan punyai anak OKU dengan rumah berlubang dinding, tanpa ada sebarang perabut hatta almari baju mahu pun rak pinggan mangkuk amat memberi kesan kepada mereka-mereka terutamanya yang tidak pernah mengikut aktiviti amal kami sebelum ini.

Tn Hj Fendi dan anak2 Wargakilang menyerahkan almari baju kpd Ust Senan (baju putih)


Bersama-sama memasang rak pinggan untuk keluarga Ust Senan

Mewakili keluarga Ustaz Senan, kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bersusah payah bawa mai almari baju plastic rak pinggang mangkuk untuk keluarga ini. Dan, terima kasih juga lah kepada dua tiga orang rakan yang pernah mai visit rumah beliau sebelum ini, dan hari ini bawa mai kain tarpan untuk diletakkan di sebelah dinding yang berlubang sana sini itu, dengan harapan terpeliharalah sedikit PRIVACY ustaz Senan suami isteri di malam hari.

Siapa-siapa yang pernah duduk di rumah kayu macam ini, duduk di kampong depa pahamlah apa yang kita maksudkan – ada orang suka kerja “mata-mata gelap” di waktu malam. Moga usaha ikhlas menutup aib mereka suami isteri ini akan dibalas Allah dengan terpeliharanya juga aib sang pemberi, mudah-mudahan.

Bagi saya pula, secara peribadi, dalam banyak-banyak keluarga yang kami kunjungi itu, hati saya terlebih rasa simpati dan naik kesian dengan sebuah keluarga ibu tunggal anak-7, kira-kira 2 jam perjalanan dari Selinsing, nun jauh di Gerik sana.

Ayah yang disayangi tiba-tiba pergi mengejut menyambut panggilan Illahi, mati dihempap pokok balak beberapa hari yang lalu. Waktu kami ke sana, walau pun anak-anaknya ini cuba memberi senyuman kepada kami, tapi jelas dapat kami rasakan gelombang duka dan warna kematian masih segar berlegar di mana-mana. Si Ayah mati, waktu tengah dok bergadai nyawa mencari rezeki untuk 7 orang anak-anaknya ini.

Sebenarnya, ini adalah antara realiti hidup untuk rakyat marhain yang tinggal di kawasan pedalaman ini; bergadai nyawa demi kelansungan hidup anak dan isteri.

ARWAH bersama anak bongsunya, adik MAHIRA seminggu sebelum maut

Bagi saya yang dibesarkan di kampong, dalam daerah Baling bersempadan dengan daerah Gerik Perak ini, cerita orang mati kena hempap balak ini bukanlah suatu yang baru. Waktu saya sekolah rendah dulu, masih samar-samar dalam ingatan, arwah ayah bercerita kisah org kg saya nama TOK DIN mati kena hempas balak, cerita yang hampir serupa.

Tak sangka pulak, hampir 40 tahun selepas itu, masih ada lagi orang mati kerana pokok balak; seolah-olahnya putaran hidup di kawasan pedalaman seperti di Baling dan Gerik ini terus-terusan berada dalam kitaran yang sama, entah lah.

Sembang pasal mati dihempap balik, waktu sembang dengan kawan-kawan wargakilang, saya habag kata tengoklah punya teruk depa bergadai nyawa pi kerja untuk cari rezeki anak bini, sampai mati kena hempas balak macam itu. Kita yang kerja kilang ini, teruk tara pun, silap tara mana pun, kena maki hamun dengan boss macam mana sekali pun, paling kuat pun effect RANKING waktu review gaji tahunan saja, tapi tak adalah sampai nak kena hukum bunuh atau mati kena hempap balak macam itu sekali.

Sudahlah itu, kat tempat kerja kita ini macam-macam SAFETY procedure dok ada, ISO la OSHAS la, DOSH la dan lain-lain lagi. So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

BaLu Allahyarham, Kak Sharifah bersama 5 orang drpd 7 org anak-anaknya.


Sepanjang perjalanan pulang, wajah anak-anak Kak Sharifah ini terbayang-bayang di mata saya; hati saya berdetak: bagaimanakah agaknya Kak Sharifah tanpa apa-apa pendapatan ini nak membesarkan 7 orang anak-anaknya seorang diri, sedangkan saya suami isteri yang dua-dua bekerja ini pun terkial-kial nak membesarkan 9 orang anak-anak kami yang sedang membesar ini. Entahlah, kata orang alim kematian dan kehidupan ini adalah dugaan hidup semata, hari ini jadi kepada keluarga beliau, esok lusa boleh jadi kepada keluarga saya pula. Saya termenung panjang bila teringatkan bab ini, seolah-olah ada suara berbisik berkata:

“Munir, hari ini hari dia, esok lusa mungkin giliran hang pula. Cuba hang bayangkan macam mana kalau anak-anak hang yang duduk kat tempat anak-anak dia?”

Sesungguhnya, to be very very frank, saya tak dapat bayangkan bagaimana andainya 9 orang anak-anak saya ini terkapai-kapai tanpa ada seorang insan yang bergelar ayah di sisi.

Tanpa sedar, perjalanan masuk kampong kami kali ini telah menjadi satu TAZKIRAH yang teristimewa buat diri saya. Sengaja saya catatkan di sini untuk iktibar bersama; mudah-mudahan ada pengajaran buat kita semua.

Wallah hu aklam.
http://www.moniermatdin.blogspot.com/
2.5.11

Elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3.. Buletin Sex..!!!

Nasihat kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak kecil atau remaja di bawah umur, elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3, kerana media arus perdana milik kerajaan itu kini menjadi penyebar video lucah yang akan merosakkan minda dan akhlak anak-anak anda.

Di bawah ini salah satu rakaman yang membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak di bawah slogan Sapu Malaysia kini sudah mula membawa anjakan paradigma baru kepada masyarakat. Kerajaan kini secara perlahan-lahan mahu rakyat menerima bahawa penyebaran video lucah adalah perkara biasa yang harus dihalalkan di Malaysia.

Barangkali industri video lucah akan mula berkembang di Malaysia selepas satu persatu usaha menghalalkan penyebaran video lucah dilakukan oleh kerajaan UMNO PORNO.

Usaha ini dilihat serupa dengann usaha yahudi menyelitkan unsur-unsur seks di dalam kartun-kartun untuk merosakkan minda anak-anak orang Islam, Yahudi sengaja menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri anak-anak orang Islam mendorong mereka kepada seks.

Malah usaha kerajaan Sapu Malaysia merosakkan minda masyarakat dilihat lebih exstreme lagi berbanding Yahudi. Dengan alasan mahu menegakkan kebenaran, Kerajaan Sapu Malaysia menggalakkan anak-anak kita untuk mencari video seks di internet sekaligus merosakkan minda mereka.



Kerajaan Sapu Malaysia yang menerima nasihat dari Yahudi APCO nampaknya jauh lebih jahat dari Yahudi itu sendiri. Apa pun alasannya, tujuan kerajaan adalah untuk menggalakkan anak-anak orang Islam menonton video lucah.

ReJaM© "Kerajaan ini mahu menghancurkan anak-anak anda. Inikah kerajaan yang harus anda sokong?"

Osamah Ben Ladin Sudah Mati?

Hari ini sekali lagi dunia Islam dikejtukan dengan berita kematian Osamah Ben Ladin. Saya tidak pasti berita seperti ini sudah keberapa kali diwar-warkan. Sebelum ini, beberpa tahun lalu sudah hebuh mengatakan Osamah Ben Ladin sudah mati. Sudah dibunuh. Yang menjadi juara fitnah menghebuhkan kesyahidan Osamah ialah Amerika Syarikat.

Hari ini sekali lagi berita Osamah Bem Ladin sudah mati tersebar di seluruh dunia. Seperti selalunya orang memberi tahu kematian Osamah ini ialah Amerika. Kali ini dari mulut presiden barunya Borack Obama.

Kata Obama, Osamah mati dalam satu serangan atas arahannya di Obottabad, Pakistan. Katanya serangan itu dibuat setelah tentera Amerika
mengadakan pengintipan dan memastikan Osamahberada di situ berminggu-minggu. Ia adalah atas bantuan Presiden Pakistan, Asif Ali.

Apabila Obama mendedahkan bahawa kematian Osamah itu atas bantuan presiden Pakistan ia hendaklah diteliti sehalus-halus. Apakah motif Obama membuka mulut seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya iala mahukan umat Islam bergaduh sesama sendiri. Ia mahu memberi gambaran bahawa Osamah mati itu kerana orang Islam juga yang mahu mujahidin itu dibunuh.

Inilah tektik dan strategi Yahudi Amerika. Kalau umat Islam tidak berhari-hati khasnya di Pakistan dan di sebelah Asia Tenggara ini dengan maklumat Obama itu menyebabkan boleh timbul kekeliruan dan pergaduhan sesama sendiri.

Soalnya kini apakah Osamah benar-benar sudah mati? Atau seminggu dua lagi akan muncul beliau dalam klik video mendedahkan dia masih hidup. Kata Obama mayatnya ada dalam simpanan mereka. Untuk apa mayat itu disimpan tidak diketahui. Yang pastinya mayat itu belum dipersaksikan lagi kepada umum. Selagi mayat Osamah tidak dipersaksikan, umat Islam malahan orang ramai di seluruh dunia tidak akan mempercaya kerana mereka sudah arif dengan propaganda Amerika - Yahudi.

Kita berharap malam ini Obama akan menyiarkan mayat Osamah di televisyen. Kena sahkan juga DNAnya. DNA itu jangan pakai ambil di mana-mana saja tetapi biarlah tulen. Jangan pula kurung orang dalam lokap kemudian ambil DNAnya.

Menusia hari ini bukan mudah hendak menerima apa-apa berita kerana banyak orang fasik membawa berita benar yang palsu. Peralatan canggih hari ini boleh digunakan untuk mengabui mata rakyat. Pelacur yang senantiasa dahagakan wang juga banyak yang boleh dikutip dan dijadikan alat.

Seperti mana video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pelacur itu, ia bukan mudah untuk dipercayai. Kalau benar sekali pun ia tidak akan dipercayai kerana dunia hari ini sudah dibelit dengan pembohongan yang melampau. Apa lagi pendedahan video lucah itu dilakukan sendiri oleh Umno maka tahap keboleh percayaan itu boleh dipertikaikan. Inilah kalau belawak terlalu banyak dan jadi budaya, macam Zulkefli Nordin. Sebab itu Umno boleh menerima Zulkefli Nordin sebab mereka sama-sama melampau dan belawak.

Buatlah sumpah laknat ke sumpah khianat ke sumpah pontianak ke orang tidak akan percaya. Sebaliknya segala sumpah itu akan terpulang melekat kepada diri yang menyumpah. Saya ingat kekecohan yang Obama mengatakan Osamah Ben Ladin itu mati samalah dengan kekecohan yang Umno lakukan mengatakan video lucah yang ditayang di seluruh dunia itu adalah Anwar Ibrahim.

Cuma bezanya Umno menjaja maruah orang untuk kepentingan politiknya manakala Obama pula menjaja mayat untuk menunjukkan kehebatan Amerika. Kedua-duanya tidak bermaruah.

Keduanya tidak mudah untuk dipercayai selagi bukti-bukti sahih termasuk DNA sahih tidak dikemukakan. Kalau setakat sumpah laknat semata-mata go to hell dengan segala berita berita yang seolah-olah benar itu. Bukankah Umno itu sendiri anak kepada Amerika? Dan sesungguhnya kalau Obama dijemput Allah untuk istirehat di syurga lokanya, tidak ada salahnya kerana setiap dari kita ini semuanya akan mati. Apa yang membimbangkan ke mana kita sesudah terpisahnya jasad dengan badan, apakah kembali ke alam barzah ataupun mati tergolek macam katak di tepi ril keretapi di Pasir Mas. [ttdi.kl 2:05 pm 02/05/11]

Mohd Sayuti Omar,

6 Mei Hari Amarah Rakyat Malaysia

GOMBAK, 2 Mei: Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.

"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.

"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas.

Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi.

Azmi bertegas, nampaknya terlalu banyak perlu diselamatkan di negara ini seperti kampung orang Melayu, tanah orang Melayu, aqidah bangsa, Bahasa Melayu dan berbagai lagi.

"Negara kita seperti sedang mengalami konsep pandang ke belakang meskipun yang dilaungkan kepada rakyat adalah pertumbuhan, kemajuan dan pembangunan kebendaan tetapi dalam masa sama, banyak perkara yang hilang," jelasnya.

Mengambil contoh, DBP yang ditegakkan atas keringat, darah dan air mata rakyat, ia bukan sekadar satu lembaga tetapi lahir dari aspirasi bangsa yang luar biasa, kini sudah tidak bermaya lagi dengan hutang ratusan juta.

Lebih menyedihkan, tambahnya, apabila Dewan Bahasa Pustaka kini lebih dikenali dengan Dewan Pusara Bahasa kerana akibat salah urus dan tindakan pihak terbabit campur tangan dalam pentadbirannya, tiada kemajuan bahasa yang dapat dilakukan.

Namun, katanya, apabila ada rakyat bangun menyuarakan bantahan, pihak berkaitan menyifatkan 'ini suara orang gila, mereka yang suka berhimpun di jalan raya dan hanya beremosi'.

Dalam pada itu, tegasnya, tanyalah hati kecil mereka yang berbicara sedemikian rupa, mereka sendiri akan mengakui bahawa gara-gara merekalah rakyat Melayu khususnya, sedang berbicara dalam bahasa bangsat di negara sendiri.

Orang Melayu sedang menagih simpati dan meminta-minta dengan siapa lagi dan memohon pertolongan dan yang lebih parah kerana golongan atasan itu telah mati rasa dan perasaan yang lebih teruk dari mati pucuk.

Alahai Syed Sobri... depa tu dah terkeluar dari senarai garis kemiskinan..jadi JKM nak bagi buat apa lagi..!!

Bantuan JKM dihenti adalah senarai E-Kasih (Pusat) bukan E-Sinar (Negeri)
Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 2 Mei 2011 – 23 orang dari senarai penerima bantuan di kawasan Parlimen Padang Terap yang ditamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penerima bantuan E-Kasih (bantuan kerajaan Pusat ) bukan E-Sinar (bantuan kerajaan Negeri).

Menurut seorang pegawai JKM Padang Terap, bantuan kepada penerima-penerima tersebut ditamatkan kerana kedudukan mereka telah melepasi garis kemiskinan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JKM.

Mereka yang ditamatkan penerimaan bantuan terdiri 11 orang Bantuan Orang Tua, lapan orang Bantuan Ibu Tunggal dan empat orang Bantuan Orang Miskin.

Dari jumlah 23 orang tersebut, 16 darinya telah ditamatkan bantuan kerana mempunyai anak-anak yang boleh menyara kehidupan mereka, sementara dua orang didapati mempunyai tanah sawah dan perniagaan sendiri. Dua orang didapati mempunyai suami yang sihat dan masih bekerja dengan pendapatan yang baik dan seorang dipindahkan bantuan kepada anaknya seorang OKU. Sementara itu, salah seorang penerima telah berpindah ke kulim.

Status salah seorang dari 23 orang seorang terbabit yang dikatakan telah ditamatkan bantuan sebenarnya masih menerima bantuan tersebut dari JKM.

Pegawai terbabit memaklumkan, sekiranya dua orang dalam satu keluarga menerima bantuan, pihak JKM akan menamatkan salah seorang daripadanya. Contoh seperti penerima mempunyai anak OKU yang juga menerima bantuan maka bantuan akan berpindah kepada anaknya yang OKU sahaja.

Kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh JKM di peringkat negeri, sekiranya mana-mana penerima bantuan didapati melepasi dari garis kemiskinan maka bantuan terbabit akan ditamatkan. Tetapi untuk kes OKU bantuan tetap diteruskan.

Sebelum ini ADUN (BN) Kuala Nerang dan ADUN (BN) Pedu mempersoalkan tindakan JKM menghentikan bantuan kepada penerima yang sebelum ini menerimanya.

Karnival Cinta & Cantik (Tertutup Beliawanis) bersama Catriona Ross Bahrin