Friday, July 1, 2011

Hangpa Boleh pie tebang dak pokok nie....!!!!!

‘Wanita’ berdoa pada dahan pokok

KUALA KEDAH - “Ada dakwaan daripada rakan saya yang menyatakan mereka terdengar suara wanita membaca doa di sini,” kata Zainab Shafie, 60, yang tinggal di Taman Kota Nelayan.

Zainab mendakwa, suara wanita sedang membaca doa itu didengari beberapa penduduk dari pokok yang dikenali dengan Melima di kawasan Tanah Perkuburan Islam Seberang Kota.

Dakwanya, apabila rakannya mendengar suara itu, mereka cuba mencari siapakah gerangan 'wanita' itu dan mendapati terdapat wajah seperti 'wanita' timbul di bahagian dahan pokok yang sudah ditebang.

“Wajah yang timbul itu seolah-olah kelihatan 'wanita' sedang menadah tangan. Saya tinggal di sini hampir 40 tahun namun inilah peristiwa pelik yang berlaku di sini dan hanya menganggapnya sebagai kejadian alam,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainab berkata, kejadian itu mula disedari setelah dimaklumkan oleh anaknya dan dia segera melihat kejadian dengan lebih dekat.

Penggali kubur, Ishak Man, 57, berkata, tanah perkuburan itu masih lagi digunakan sekiranya berlaku kematian di kawasan taman perumahan itu dan berusia lebih 50 tahun.

Ishak mendakwa, wajah 'wanita' itu mula timbul pada waktu pagi kelmarin dan ada yang mendakwa ia terhasil daripada getah pokok.

Menurutnya, dia juga tidak tahu bagaimana ia boleh terbentuk, dia juga tidak pasti kemungkinan ada pihak yang mengukir batang pokok itu.

“Pelbagai andaian yang boleh dibuat, sama ada ia terbentuk sendiri ataupun dibuat oleh manusia namun apabila dilihat dekat ia seolah-olah terbentuk dengan sendiri.

“Terdapat dua pokok Merlima, namun pokok inilah yang paling tua di kawasan tanah perkuburan ini,” katanya.

Penduduk, Ridzuan Abas, 44, berkata, dia menganggap bentuk 'wanita' yang kelihatan seolah-olah sedang duduk dan menadah tangan hanyalah satu daripada kejadian alam yang berlaku dan seharusnya dijadikan iktibar.

Menurutnya, pihak yang tidak bertanggungjawab diharap tidak melakukan perkara yang tidak baik seperti pemujaan di sekitar kawasan pokok itu.

Ridzuan berkata, aktiviti itu tidak sepatutnya dilakukan terutama bagi masyarakat Islam malah, perlu dicegah kerana ia perbuatan syirik.

Henti salah guna talian 999

JERLUN - Setiap anggota masyarakat terutamanya golongan muda diminta menghentikan penyalahgunaan talian kecemasan 999 kerana ia mampu mengundang kesesakan pada talian berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penyalahgunaan talian kecemasan dianggap serius kerana ia menjejaskan peluang pengguna yang perlu menghubungi talian berkenaan.

“Kita minta semua masyarakat prihatin terhadap masalah ini dan jangan sesekali membuang masa menghubungi talian itu untuk tujuan suka-suka, kerana ia boleh menjejaskan keselamatan orang lain,” katanya kepada pemberita di sini, semalam selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peralatan Operasi Kebombaan kepada pasukan bomba sukarela (PBS) dan Kempen Keselamatan Kebakaran Parlimen Jerlun.

Sebanyak satu pam angkut, 70 hos, 10 jaket keselamatan, 10 fire fighting boot, dan lima helmet diberikan kepada tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) dalam Parlimen itu termasuk PBS Lana Bulu, Mukim Keplu, Kampung Sanglang, Ayer Hitam, Megat Dewa, Padang Sera dan Sungai Korok.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Kedah, Ahmad Shahabudin.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, pihaknya menghargai sumbangan JBPM dalam memberikan bantuan peralatan operasi kebombaan dan pada masa sama latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan kepada anggota PBS.

Sementara itu, Ahmad berkata, kedudukan balai bomba yang terletak di bandar-bandar utama dan PBS berdekatan dengan balai bomba yang kebanyakannya di penempatan dengan kepadatan penduduk tinggi menyebabkan beberapa pekan di pedalaman mempunyai tindak balas melebihi masa ditetapkan.

Menurutnya, ini disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan daripada komuniti setempat dan memerlukan usaha padu melibatkan semua pihak.

“JBPM Kedah melihat ia satu cabaran yang perlu diambil bagi menggalakkan penubuhan PBS seperti di kawasan Mahang, Padang Sanai dan lain-lain.

“Kita akan berusaha mendapatkan sokongan dan memberi bantuan sewajarnya bagi penubuhan pasukan itu,” katanya.

Lagu "Anak Kecil Main Api" semakin menjadi kenyataan....

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Selamat tinggal Tanjung Pagar" mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

"Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

"Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

"Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

"Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan 'win-win
situation'.

"Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara 'Tangisan Tanjung Pagar' dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos.

Batu Putih, Limbang dah Hangus.. kini mai pulak Tanjung Pagar.. tak rasa berdosa kah kamu pengundi UMNO/BN??

Untuk Limbang, 2 Blok Minyak RM320 Billion Tergadai ke Brunei


Baru-baru ini, pemimpin no.1 Malaysia, siapa ya? Pak lah ke? Bukan…Najib ke? Bukan lagi…Habis tu siapa? Ala ko ni, Tun Dr. Mahathir la. Dalam kenyataan beliau baru-baru ini yang bertajuk Malaysia’s Generosity, beliau mengatakan yang dua blok galian minyak yang dimiliki oleh Malaysia telah tergadai dalam suatu perjanjian sulit antara pemimpin kerajaan Malaysia dan Sultan Brunei dahulu.


Dalam perjanjian itu, isu sebenar adalah berkaitan dengan sebuah daerah di Sarawak iaitu Limbang, di mana Sultan Brunei mengatakan yang Limbang itu dia yang punya. Maka terjadilah perjanjian sulit itu. Desas desus mengatakan kerajaan Malaysia telah memberikan dua blok minyak kepada Brunei.


Tahu tak berapa banyak kapasiti blok tersebut? Tempat tersebut dikatakan boleh mengeluarkan 1 billion tong minyak yang bernilai kira-kira RM320 billion. Ya betul! RM320 billion, bukan RM3.20 hahaha. Masya Allah. Nilai tu boleh buat 10 lagi bangunan KLCC kot. Entah la. Part of it belong to us, rakyat Malaysia. Yelah, buat gali minyak kena bayar cukai, ha duit cukai tu la duit kita semua. Untuk menaikkan taraf kehidupan kita semua. Banyak gak. Cuba bayangkan kalau 20% dari nilai tersebut?


Aku tak kisah sangat tapi berdosalah orang-orang yang terlibat jika ada rakyat Malaysia yang tidur dalam keadaan lapar, anak menangis, rumah roboh, etc. Kalau rakyat tak berani tanya, yang pasti Allah akan tanya kat akhirat nanti. Bersediakah?



Artikel Penuh – Cerita Sebenar dari Tok Mahathir

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei’s statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia’s oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.



Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2010/04/untuk-limbang-2-blok-minyak-rm320-billion-tergadai-ke-brunei/#ixzz1QoakxtvH

Demonstrasi jalanan BUKAN CARA BN....mmmmm....dengaq boleh laa...!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigI46GWxu5IepGnsx5ik_w9cb7ZpfQoM74ZQQAc9StZo9FlHyr_1q5SJGgBc4q8h5LNXey7KAyGt4rBWdFrKmEOsBFPe3Nq-pXYdZCn0wD7nKXeNoe-sOwbgsIO4Flpddlx23eZRFlntyJ/s400/umno+tak+suka+demo14.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEif5qh1nDvjcJJo7ag_n1spl_rl_qsC6XffJhAOqmZ8JRmR-z14DmNg57hMTpuBsGZ1jWJCCqGSMAG9PdwfFOtKak6SIbl2yVwb9z3BUciCTfNiBbLY4mZHijrSyw-PeabZd5Rl88m_/s400/demo+bodoh.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOPKv8j6azMDeT-ctNAcHzXNWFu7_FeUy6PElXa7Atvx73UfGqCu24F4QVQFXN45QR5bRffnZKFdnU5ixw_gwJsFBch0V1R5bSiMoe14BU-mv2PfnMaJVWQ60QT7B4SNAPSmdY53Lh6FY/s220/DSCN0293.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdXW1DNV0HtZ6rw1E-6Ztjql5RzycAghX26kDzlQA2_IvM8QvpeZXNdp2XcQcY9wOmEfX0vmRsq4POg42U6TrA5C_pAopNwucDwQvJdG-__emb5P7kNegFbPx2uJEFEFCceAa5hzYix1E/s320/demo+umno+2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil2bfCnBHcUuJciWzD1POavKIxPjy-DDauxCycYmnprFxAjLNbnj53C86Ee63BCces8IQm7laWFQaqSd-IwJMF9fgbWe79dBgVPNK56I1SAP7aXPkBndR-DB3InSjKExZXRiic9ChZUGE/s1600/anwar_khianat_ipoh.jpg

Bukan cara BN

SIPITANG (Sabah) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika mahu, UMNO boleh mengerahkan tiga juta ahlinya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

“Kita ada tiga juta ahli yang tunggu isyarat, tidak termasuk parti komponen BN... Kalau semboyan dibunyikan, mereka akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu cara yang bertanggungjawab?” katanya ketika berucap kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150 kilometer ke selatan Kota Kinabalu, semalam.

Menurutnya, BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan.

“Itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini. Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah.

“Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah,” katanya.

Menurutnya, pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.

Katanya, saya tak rela jadi Perdana Menteri (PM) atas penipuan. Saya nak jadi PM kerana rakyat sukakan, percaya dan senang dengan BN.

“Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan PM, hendak menguasai Putrajaya?” katanya.

Beliau berkata, jika ada pihak yang menjadi “tukang kipas, tukang bakar” emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga ‘rakan kita, keluarga kita.’

Katanya, kerajaan akan bekerja keras perjuangkan nasib rakyat dan menjadikan keharmonian di Sabah contoh terbaik konsep 1Malaysia. -Bernama


Hampir 80 tahun beroperasi dibawah 5 PM.. mai NAJIB..habih bagi kat orang...!!!



Selamat tinggal Tanjong Pagar

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melambai tangan ketika menaiki kereta api terakhir di Tanjung Pagar, Singapura, malam tadi.


SINGAPURA 30 Jun – Tepat pukul 11 malam ini, perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat selama-lamanya.

Setelah hampir 80 tahun beroperasi, kini perkhidmatan yang menjadi sisa-sisa lambang penyatuan ‘sebuah’ negara suatu ketika dahulu hanya tersimpul rapi sebagai lipatan sejarah.

Kereta api terakhir, ‘membawa’ semua memori suka-duka perkhidmatan KTMB kembali semula ke tanah besar Semenanjung.

Suasana di stesen agak riuh rendah sejak pukul 5 petang apabila ia diserbu oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar detik-detik bersejarah hari ini dan membeli cenderamata KTMB.

Bagaimanapun putaran lagu Salam Terakhir nanyian Allahyarham Sudirman Arshad sepanjang petang ini menambahkan suasana pilu terhadap orang ramai dan kakitangan KTMB di stesen itu.

Perkhidmatan tren terakhir itu lebih bermakna apabila dipandu sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dinaiki kira-kira 500 penumpang termasuk media dan pekerja rakyat Malaysia yang bertugas di stesen itu dan di depot meninggalkan tanah Singapura untuk selama-lamanya.

Majlis pelepasan tren terakhir itu turut dimeriahkan dengan penyampaian sijil kepada penumpang tren terakhir berkenaan.

Setelah mengharungi perjalanan selama kira-kira satu setengah jam, tren tersebut tiba di Stesen Johor Bahru Sentral kira-kira pukul 12.30 malam.

Mulai esok, Woodlands Train Checkpoint (WTCP) menjadi destinasi terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura, manakala nasib Stesen Tanjong Pagar akan ditentukan oleh kerajaan Singapura yang berjanji mengekalkannya sebagai warisan seperti yang terkandung di dalam Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) pada 1990.

Stesen Bukit Timah yang terletak antara Tanjong Pagar dan WTCP turut akan ditutup berkuat kuasa mulai esok.

Jadual ke Woodlands akan berterusan sehingga KTMB menamatkan perjalanan ke Singapura sepenuhnya yang hingga kini tarikhnya belum dimuktamadkan.

Selepas itu, tiada lagi perjalanan ke republik berkenaan menggunakan kereta api. Stesen terakhir selepas KTMB menamatkan perkhidmatan di WTCP adalah Stesen Johor Bahru Sentral.