Friday, November 2, 2012

AES: BN makin lemah dan nyanyuk, perlu ditukar

KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.

Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.

“Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.

“Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Namun, katanya ramai tidak berpuas hati dengan kaedah saman yang dilaksanakan terhadap pesalah jalan raya melalui kamera yang dipasang di tepi jalan raya.

“Timbul pula curiga bahawa pelaksanaan AES ini hanya untuk menguntungkan syarikat pengendalinya yang bakal mendapat habuan RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan," ujarnya.

Katanya, penolakan projek AES merupakan suatu tamparan hebat buat pemimpin BN dan AES menjadi suatu beban yang tertanggung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya kepada Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Malah, ujarnya sudah ada suatu desakan yang meminta Menteri Pengangkutan tersebut meletakkan jawatan sekiranya projek ini benar-benar ditentang dan ditolak di Parlimen kelak.

“Apakah projek ini juga menjadi suatu mesej tersirat bahawa kepemimpinan Perdana Menteri turut tercabar?” soalnya.

Beliau berkata, ramai menganggap sikap terburu-buru kerajaan dalam mengengahkan sesuatu dasar itu tanpa berfikir panjang serta meminta pandangan rakyat akhirnya memakan diri.

Menurutnya lagi, sudah acap kali keputusan besar kerajaan dibantah oleh rakyat sehingga akhirnya ianya terpaksa ditarik balik setelah mendapat bantahan awam.

Soalnya, kata beliau mengapa kerajaan tidak membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan.

“Mengapa terlalu mudah kerajaan membuat sesuatu keputusan sebelum ianya diperhalusi dari segenap sudut?” katanya

Nampaknya, ujar Riduan AES akan menjadi satu lagi projek gagal kerajaan BN, ibarat orang tua yang semakin lemah dan nyanyuk, kerap kali tindakannya tersasar kerana lemahnya akal pemikiran serta daya ingatannya.

Justeru, tegasnya negara perlu diselamatkan segera dari pelbagai dasar gagal kerajaan BN.

Blogger UMNO : PAS KEDAH guna strategi diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’

UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC. 

Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF
MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah. 
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian. 
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Director telah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak. 

Inilah akibatnya jika Pengerusi GLC di beri kepada politikus berjawatan maka jawapan-jawapan yang diberikan dilihat rakyat sebagai jawapan politik. Rakyat atau pengundi atas pagar tidak yakin dengan penjelasan ini, hanya yang yakin adalah ‘hardcore’ UMNO di kalangan penyokong tegar mereka sahaja.
Pentadbiran Najib seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Pengajaran besar kepada BN dan UMNO ialah tidak mengulangi dengan meletak mana-mana Ketua Bahagian UMNO sebagai peneraju utama GLC. Jawatan-jawatan Pengerusi, CEO, Group Managing Director atau Pengarah Urusan biarlah dilantik dari kalangan professional, mereka yang betul-betul berkelayakan dan berjiwa Melayu. 
Politik dengan perniagaan tidak harus dicampur-adukan. Kesilapan keputusan perniagaan bukan setakat mencemarkan maruah parti tetapi dengan jawatan ini juga mereka akan memperkudakan GLC untuk kepentingan politik peribadi mereka yang akhirnya akan melahirkan putaran politik wang yang ganas. Rakyat akan melihat UMNO sebagai gedung memperkayakan pemimpinnya dan akhirnya UMNO akan hancur seperti 'Semut yang mati kerana gula'.
Hakikatnya gelombang besar yang dilihat bakal merubah Kedah kini tercalar dengan watak-watak politikus yang rakus ketika memerintah. 

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/11/umno-kedah-kini-menerima-akibat-kerana.html

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November tidak langgar Akta Perhimpunan Aman 2011

 
KUALA LUMPUR 2 NOVEMBER: Pakatan Rakyat tetap meneruskan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya antara jam 4 petang hingga 12 tengah malam, pada 3 November ini yang dijangka akan dihadiri 50,000 peserta dari seluruh negara.

Mengikut laporan Sinar Harian 30 Oktober lalu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan kerana pihak penganjur tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Katanya, polis sudah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu dan permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang dilakukan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mengulas mengeni perkara itu, Pengerusi Bersama Penganjur Himpunan, Anthony Loke ketika dihubungi berkata, buat masa ini semuanya berjalan lancar dan sepatutnya tidak timbul sebarang masalah.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman, kita hanya perlu beritahu pihak polis dan tidak perlu memohon permit,” katanya.

Beliau merujuk kepada  Fasal 9(1)  Akta Perhimpunan Aman 2011 bahawa; Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.


Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjurkan berikutan sikap tidak peduli kerajaan terhadap lapan tuntutan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

“Ia juga adalah satu himpunan kolektif menuntut pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, tuntutan masyarakat FELDA, membantah projek pemprosesan nadir-bumi Lynas yang membawa risiko pencemaran radioaktif serta projek RAPID Pengerang yang akan menyebabkan kesan ekonomi dan alam sekitar terhadap tujuh kampung dengan kepadatan sekitar 28,000 penduduk.

Loke yang juga Ketua Pemuda DAP Kebangsaan meminta agar seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama turun memberi sokongan demi Malaysia yang lebih adil, baik dan bersih.

Perhimpunan 3 November ini bakal dihadiri semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parliment DAP, Lim Kit Siang.-roketkini.com

Thursday, November 1, 2012

Utusan nak kait Dr Badrulamin dengan Al-Arqam - Ini penjelasan beliau..

Ditahan di Majlis Al-Arqam.. Ini penjelasan dari Dr. Badrulamin..


Nama Dr. Badrulamin hari ini terpampamg di muka hadapan Utusan Malaysia dengan tajuk besarnya 'Cubaan hidupkan Al-Arqam.


Sekali lalu ianya menggambarkan seolah-olah Dr. Badrulamin dari PKR telah bersama dalam satu majlis untuk menghidupkan semula Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan.

Lebih hebat lagi Utusan melaporkan bahawa Dr. Badrulamin adalah tetamu kehormat konsert itu, ini sebahagian laporannya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.
Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad ~Utusan
Adakah benar laporan dari Utusan itu?.. berikut adalah penjelasan dari Dr. Badrulamin sendiri..
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

Dalam kenyataannya, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

“Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin .

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.”

Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

“Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

“Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994. Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya “ghaib” dan akan kembali dalam masa terdekat ~ The Malaysian Insider

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/ditahan-di-majlis-al-arqam-ini.html

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta?

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta? Awat berok tiba-tiba berhenti hinggut pokok cermai?


Oleh SAIBURI SUDIN

Mulanya puak2 cai BN bukan main melompat isu penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan pejabat SUK. Habih dogiang pokok cermai, luruh sekali dengan daun, dengan buah depa hinggut. Tiba-tiba bila Kedah La dedahkan bahawa orang penting di Bahagian Perumahan yang dikaitkan dengan penyelewengan itu ialah:

1) Orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
2) Sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

4) Ketua PSU di Bahagian Perumahan.

Maka habih senyap sepi juak-juak Be End yang melompat sakan. Tang Keng Liang yang gila publisiti tu pun hanya berani pi report polis isu balak Papua, isu RM2.55 juta tak masuk report sekali. Ni lah yang dikatakan perjuangan hipokrit. Kena suku sakat sendiri, senyap sepi.

Mereka tahu kalau gagah nak kacau jugak bukan setakat pegawai tu sorang yang kena... mungkin sekali dengan Datuk Rasli SUK dan Dato' Fuad Pegawai Kewangan. BN penin...

Basi tak basi...UMNO KEDAH wajib jawab mana pie duit rakyat Kedah

 BN masih belum jawab soalan mudah ini. Perlu berapa ratus tahun lagi untuk beri penjelasan?


Oleh: Tok Non

Lebih satu setengah tahun lalu, dalam Sidang DUN singkat selama tidak sampai setengah jam, Ketua Pembangkang bertanya soalan mengenai prestasi beberapa GLC utama di Kedah. Dalam menjawab soalan ADUN Pedu itu, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah mendedahkan penggunaan wang secara tidak wajar oleh syarikat Seri Temin Development Corporatin (STDC) di bawah item 'sumbangan' yang tidak menyebabkan STDC mendapat pengecualian cukai sebanyak RM7.5 juta.

Antara yang disebutnya sepintas lalu (Nota: Antara maksudnya bukan senarai keseluruhan, sebab kalau nak senarai semua sumbangan RM7.5 juta tu mungkin perlu masa selama beberapa jam)... ialah sumbangan terhadap parti politik bernama UMNO.

Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).


Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08).

Bekas CEO STDC yang juga ADUN Kuala Nerang angkat fail terus cabut keluar dewan ketika Amiruddin mendedahkan satu persatu. Semua ADUN BN gelisah dalam DUN.. namun selepas sidang berakhir hinggalah ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin BN yang berani menjawab mengapa mereka menggunakan wang GLC sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik UMNO.

Apakah mereka ingat GLC tu adalah harta meredak parti UMNO? Apabila perkara ini dibangkitkan mungkin jawapan yang pecacai UMNO berikan ialah "Isu itu sudah basi...". Basi atau tak basi, jawapan dari mereka tidak pernah diberi hingga sekarang dan mungkin 100 tahun lagi pun UMNO tidak berani beri jawapan atau penjelasan. Mengapa... sebabnya UMNO adalah penyamun duit rakyat.

[HEBAT] Setiap 17 minit 17 saat ada satu pendaftaran anak luar nikah...