Friday, April 29, 2011

No 2 PAS: Saya bersedia, tapi serah pada perwakilan

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana mahu membawa lebih banyak perubahan kepada parti Islam.

Kata Mohamad, selain memberi sokongan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau mahu menggunakan pengaruhnnya untuk menarik rakyat supaya menyokong parti itu.

“Saya bersedia memikul peranan ini untuk bantu presiden supaya parti akan menjadi lebih hebat dan sudah tentu ia bukan hanya untuk mendapatkan sokongan ahli PAS sahaja tetapi lagi orang di luar PAS.

“Perkara ini perlu digerakkan untuk menarik lebih ramai orang di luar PAS untuk sokong parti Islam ini dan saya lihat saya boleh untuk memainkan peranan ini,” katanya pada sidang media di sini.

Ditanya peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan PAS Jun ini, Mohamad bagaimanapun berkata terserah kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

“Saya tidak tahu, ia terserah kepada perwakilan. Saya sudah pernah menang dan kalah, biar perwakilan membuat keputusan.

“Pertandingan ini tidak akan memecahkan PAS, bagaimanapun saya masih belum buat keputusan rasmi lagi. Kita tunggu senarai pencalonan dulu,” katanya.

Beliau sebelum ini dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Dalam sidang media itu juga, Mohamad meminta agar pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com yang akan dilancarkan pada 6 Mei ini ditangguhkan.

Ini kerana tegas bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, beliau tidak mahu laman Facebook itu dijadikan bahan kempen ketika pemilihan parti itu.

“Saya menjadi serba salah sama ada perlu program ini diteruskan atau tidak, ini memandangkan sekarang adalah musim pemilihan PAS.

“Oleh itu saya memutuskan agar program ini ditangguhkan ke satu tarikh selepas pemilihan parti bagi mengelak salah faham dan mengekang budaya yang dilihat tidak sihat dan tidak boleh diterima ahli,” katanya.

Pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com akan diadakan pada 6 Mei ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. [Malaysian Insider]

Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
29 April 2011
Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Presiden MCA Dato Sri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009. Tidak mungkin disebabkan seorang tokong konterversi Dr Chua Soi Lek maka PR akan berubah sikap.

Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN) Dr Chua Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Hak Istimewa orang Melayu di lihat tempang kerana penghianatan UMNO yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka. Bermaksud jika tiada penghianatan UMNO dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa penghianatan UMNO, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi . Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA. Betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Keceluparan Dr Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan UMNO mengawalnya. Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional(BN). Hak istimewa orang Melayu adalah maruah UMNO. Memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah UMNO di pasar Batu Pahat. Dimana Pemuda UMNO ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
(019 728 5174)

Sumpah Laknat atau Askay yang laknat - habih huru hara du buatnya..



Sumpah laknat: Eskay tak hadir, masjid kecoh

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

Berikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.[Malaysiakini]

Thursday, April 28, 2011

Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan

KUALA LUMPUR, 28 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak lebih tegas dan adil dalam menangani masalah rasuah di negara ini, dengan turut mengambil tindakan terhadap pihak atasan atau menteri-menteri yang terbabit dalam rasuah.

Sekiranya tangkapan yang dilakukan hanya membabitkan para penjawat awam dan pihak-pihak lain yang terbabit, tindakan yang dilakukan tidak akan memberikan kesan yang diharapkan kerana pihak atasan yang terbabit terlepas begitu sahaja tanpa mendapat pengajaran yang sewajarnya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, sebaliknya, sekiranya tindakan ke atas pihak atasan yang terbabit tidak dilakukan, kenyataan SPRM bahawa mereka sudah semakin berjaya mengatasi masalah rasuah di negara itu tetap meragukan.

Menurut beliau, malah pengakuan kejayaan itu hanya boleh ditertawakan oleh orang ramai kerana ia tidak boleh dikategorikan sebagai berjaya selagi tindakan tersebut hanya terbatas kepada para penjawat awam sahaja.

Katanya, sedangkan masalah rasuah terbesar di negara ini diyakini membabitkan pihak atasan atau para menteri dan ia antara lain boleh dirujuk dalam kes kehilangan wang sebanyak RM800 billion dalam aliran keluar wang negara sejak 10 tahun lalu.

"Kehilangan wang sebanyak itu tentunya termasuk dalam kategori rasuah. Perbuatan itu tentunya turut membabitkan menteri-menteri. Tetapi kenapa SPRM tidak bertindak ke atas menteri-menteri terbabit?" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan SPRM hari ini yang membuat 944 tangkapan, berhubung kesalahan rasuah sepanjang tahun lepas, yang juga merupakan tangkapan tertinggi dalam sejarah sejak agensi pencegahan rasuah diwujudkan pada 1967.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 414 atau 43.8 peratus tangkapan adalah di kalangan pemberi rasuah dan ia merupakan peningkatan ketara berbanding tangkapan terhadap penerima rasuah seperti yang dicatatkan tahun-tahun sebelumnya.

"SPRM memaklumkan bahawa buat pertama kali juga jumlah orang yang ditangkap kerana memberi rasuah dengan orang yang ditangkap kerana menerima rasuah sudah bersilang.

"Ini merupakan satu peningkatan yang besar hasil daripada usaha kerajaan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam untuk mengambil tindakan atas mereka yang memberi rasuah,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan buku laporan tahunan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah tangkapan yang berbeza terhadap mereka yang memberi berbanding yang menerima rasuah juga merupakan satu indikator tentang peningkatan integriti di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam bertambah baik sejak kempen ‘Hindar Menerima: Perangi Pemberi Rasuah’dilancarkan pada 26 April tahun lepas.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mujahid berkata, kenyataan SPRM itu juga, walaupun dikatakan satu kejayaan, tetapi ternyata masih begitu mengelirukan kerana ia tidak dinyatakan kes-kes tangkapan secara nyata dan jelas.

"Begitu juga dengan jumlah rasuahnya. Berapakah jumlahnya? Adakah hanya RM1, RM2, beberapa ringgit, puluhan ringgit atau ratusan ringgit sahaja. Sedangkan rasuah yang membabitkan para menteri jauh berlipat kali ganda lebih besar daripada jumlah itu tetapi kenapa tak diambil tindakan, tak ditangkap dan tak dihadapkan ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman?

"Jadi dengan itu, pengakuan kejayaan SPRM itu tentunya meragukan kerana ia ternyata hanya membabitkan para penjawat awam atau pihak-pihak lain sahaja, tetapi tidak menyeluruh sehingga ke peringkat atasan atau para menteri," tegasnya yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.

Video seks kotori minda anak muda

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]

Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.

Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada mlihat video lucah.

Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.

Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.

Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.

Video seks telah mengotori minda anak muda:

1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya

2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau

3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan

4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda

Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.

Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.

Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.

maksud firman Allah: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” [An-Nahl:125]

Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.

We Unite For Islam

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

Mahasiswa UIAM

'UMNO buat kami macam paria' - aktivis UMNO

Eksklusif oleh: MAT KERING BAKAQ BATA


Pada tahun 1979 dulu, ahli-ahli UMNO yang terdiri dari Pak Ya Kapak, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Pak Lang Bakar sanggup pinjam duit bank untuk siapkan bangunan UMNO Bahagian Pendang yang dok ada la ni.

Ahli-ahli UMNO tersebut pinjamkan duit (yang depa pinjam dari bank tu)kepada UMNO Bahagian, bukan sikit RM15 ribu. Malangnya bila siap bangunan UMNO Bahagian tak mau bayaq balik dekat depa sampai la.

Ahli-ahli UMNO tu terhutang dengan bank. Bank ambik tindakan dekat depa termasuk melelong tanah yang depa cagarkan waktu buat pinjaman dulu.

Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa UMNO negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

“Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?” mereka mula meluahkan rasa hati.

"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti PARIA dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.

http://kedahla.blogspot.com

Aduhai.. Songlap duit K'jaan Negeri lagi puak2 nie..!!

Lagi duit STDC untuk Puteri UMNO… RM30,250.00!!!

Oleh: TOK SENAPI

Maklumat risikan Kedah La kononnya Puteri UMNO Kedah hak dok ada la ni (di bawah Shahanim) marah-marah ekoran pendedahan bahawa depa guna duit STDC RM20,000.00 + RM5,000.00 untuk program parti.

Tok ingat ke depa marah pasai info tu tak betoi, rupanya bukan pasai tak betoi tapi pasai Kedah La dedah tak habih. Depa kata, STDC huluq duit kat Puteri sebelum Shahanim lagi banyak, awat tak dedah?

Yang sebenaqnya memang Kedah La berhasrat nak dedah semuanya, masa Shahanim atau masa Suraya Yaakob. Cuma satu demi satu la.

Setiap sen penyalahgunaan wang GLC oleh entiti UMNO wajib didedahkan kepada rakyat. Jika tidak rakyat tak tahu, depa ingat UMNO ni baik.. rupanya penyamun besaq. Maaf noo Puteri guna istilah penyamun, tak tau dah nak guna istilah apa lagi ganti penyamun… suka ghebiah duit rakyat.

Baiklah, ini rekodnya duit STDC yang dihulog kat Puteri UMNO Kedah:

27 Julai 2003 (No. cek 28952) RM1,000.00

5 Ogos 2003 (No. cek 37703) RM7,000.00

22 Disember 2003 (No. cek 68415) RM1,000.00

5 Januari 2004 (No. cek 88995) RM7,000.00

24 Februari 2004 (No. cek 109239) RM4,250.00

25 Februari 2004 (No. cek 109263) RM10,000.00

Jumlah semua ialah RM30,250.00!!!

Baiklah, tunggu pendedahan selanjutnya…

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN