Sunday, October 30, 2011

Audit: Kalau negara lain, sudah lama BN dihukum

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 30 Okt: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika di negara lain, kerajaan BN yang ada sudah lama dihukum oleh rakyat berikutan perbelanjaan boros dan tidak berhemat menguruskan wang negara.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, malangnya di negara ini rakyat seolah-olah tidak prihatin menyebabkan penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi walaupun setiap tahun ditegur oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 yang baru kami ahli-ahli parlimen terima minggu lalu mendedahkan pelbagai kepincangan pengurusan dalam agensi kerajaan.

“Sebagai contoh Giat Mara membeli gula 150 kilogram dengan wang sebanyak RM25,000, ini bermakna gula yang berharga RM2.30 menjadi RM170 sekilo. Teropong untuk tentera laut yang berharga sekitar RM3,000, mereka beli RM56,000.

“Dilaporkan, terdapat komputer bernilai RM160 juta rosak dimakan anai-anai. Manakala ada projek pelihara lembu dengan dana kerajaan RM250 juta milik suami seorang menteri, rugi dengan hanya sembelih 20 ekor sehari,” katanya semasa berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini kelmarin.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bloger Hishamuddin Rais.

Saifuddin berkata, kini penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi dan menurut buku laporan tersebut terdapat 9 kementerian yang terlebih belanja antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan SPRM.

“Kalau di negara lain BN dah lama dihukum oleh rakyat. Untungnya BN rakyat negara ini tidak kisah sangat walaupun kehidupan mereka terpaksa bergelut dengan kepayahan setiap hari akibat menghadapi kenaikan melambung harga barang.

“Sementara Pakatan Rakyat dalam bajetnya mengunjurkan kerajaan supaya jimat perbelanjaan, tingkat pendapatan melalui kutipan hasil,” katanya.

Tambahnya di Pahang, terdapat juga perbelanjaan yang mencurigakan antaranya kos memasukkan bekalan elektrik ke sebuah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota sehingga RM770 ribu di bawah projek luar bandar.

Di Bera pula di bawah projek yang sama, terdapat lima buah rumah tanpa penghuni memakan kos RM65,000 dan turut mendapat teguran Bandar Baru Lipis yang terbengkalai selama 15 tahun.

“Tidak wajar menyalahkan jabatan kerajaan saja kerana pemimpin tertinggi kerajaan juga yang menunjukkan gaya hidup yang mewah. Contohnya kos selenggara kediaman Perdana Menteri berjumlah RM844,000 sebulan dan bil air mereka menjangkau RM1.9 juta setahun.

“Kami diberitahu di parlimen, sepanjang menjadi PM, perbelanjaan Najib dan Rosmah sudah berjumlah RM17 juta,” jelasnya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, tiap-tiap tahun audit membuat terguran perkara yang sama berkaitan pembaziran dan penyalahgunaan kuasa tetapi kesalahan yang sama tetap berulang.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah rakyat menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta

Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

No hudud please, kita kan orang Malaysia.....

Kenapa orang islam sibuk dengan hudud yang kerja nya nak potong tangan orang muslim? Kenapa nak laksanakan undang2 yang jelas tidak adil dan bersikap kejam neh? Kenapa? Ada sesiapa boleh jelaskan tak?
Instead, what do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that?

“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised?
See what happens when the first Muslim hand gets chopped off for stealing a motorbike.
What if a medical team is on standby to gather the chopped-off hand and the victim and run to Terengganu or fly to KL for the hand to be stitched back?
What if the thief was with a Chinese or Indian accomplice who was sentenced only to a few months’ imprisonment under the Penal Code while the Malay thief is now disabled and unable to get a job, and be forever publicly stigmatised?
Or really, could this be a conspiracy to make the Malays permanently physically disabled in order to justify affirmative action in perpetuity? I wonder.
“Non-Muslims should shut up because it doesn’t affect them.” But they are Malaysian citizens who have every right to speak up on laws that allow for brutal and inhumane punishments against their fellow citizens, the majority population to boot.
Who wants to live in such a society when your neighbour, your friend, or your fellow citizen are subject to a cruel legal system?
How could I live with my conscience if I were a Chinese who has witnessed a rape, but my infidel evidence would not be accepted under the hudud law? No, I cannot keep quiet and accept such a law.
“Muslims who are not experts on Islam should shut up”. Then please take religion out of the public sphere and make it private between us and God. But not when I can be flogged 80 lashes for qazaf (slanderous accusation) if I report I have been raped and am unable to produce four pious and just Muslim males who witnessed the rape.
On top of that, my rape report could also be taken as confession of illicit sex and I could be charged for zina. And even if I could produce the four men, I would be torn apart wondering why four supposedly pious and just men watched me being raped.
And God forbid if I was single and became pregnant because of the rape. I would be charged for zina and lashed 100 times because my pregnancy is regarded as
evidence of illicit sex.
The burden is on me, not the state, to prove I was indeed raped. The evidential requirements make this impossible. And the accused rapist will be free from any hudud punishment by simply denying the rape.
And we are all supposed to shut up? No wonder some of our political leaders are bent on their so-called “Islamic state” and “Islamic law” project because it is so easy to fly the flag of religion and silence dissenting voices.
Even of their political opponents – many of whom can only summon the courage to claim: “I am not against the Hudud law, but the time and conditions are not right to implement it.” There are hundreds of commands, exhortations, values and principles in the Quran that we ignore or violate on a daily basis.
The command for us to be kind and compassionate at all times, the duty of a man to provide and protect his wife and children, the obligation of a leader to be just and fair in his ruling are just a few of these.
And what does an Islamist party prioritise as the hallmark of its piousness? The Hudud law. Instead of having the political courage to say no to the Hudud law, once and for all on so many available grounds – Islamic, constitutional, human rights principles, lived realities – so many of their political opponents dither and hedge.
It is so tiresome that we the rakyat are subject to this again and again.
Sisters in Islam wrote letters to the editor, published a book and submitted a memorandum to the Government, all objecting to the PAS attempts to introduce the Hudud law in Kelantan and Terengganu in 1993 and 2002 respectively.

You could read the full article by click here.

First, please dont throw your anger to me because i am not the person whose wrote this article. This article written by zainah anwar which, she's one of the columnist for the star newspaper.

Too many incorrect judgements made by this zainah's. Many misinterpretation. Who's zainah anwar anyway that we should care in this case?

Lets look more deeper about her ;

1. Zainah anwar = member's of SIS.

2. SIS = sister in islam

3. SIS = linking to government and bersih

4. Dalam erti kata lain, SIS pandai cari tempat bergantung. Dia tahu bahawa kepentingan menjalin "good relationship" between opposition and government akan memberikan dia kedudukan yang stable. Ini kemahiran mereka.

Dalam ayat di atas kita boleh lihat bahawa zainah tidak faham bahawa ;

1. Zina bukan rogol. Kepentingan 4 witness only for zina case not for rape case. This matter dia tak faham sebab dia lacking dalam ilmu islam. It's okey. Bukan nak kutuk dia just nak remind dia bahawa rogol itu lain, zina itu lain. Takpe. Sesetengah muslim memang malas mencari ilmu islam.

2. From the title of the article pun dah showing dia punya mentaliti. No hudud please, we are malaysians. So what? Is a malaysian more powerful than a muslim? I am a muslim first not a malaysian first. You may disgrace my confession but do i care?

Malaysia neh pun Allah swt yang cipta. So what? Adakah dulu2, Allah swt tidak tahu bahawa malaysia dan melayu neh bakal wujud? The thing's dia tak faham pun the differences between zina and rogol so macam mana dia nak faham pasal pelaksanaan hudud di malaysia neh? Sedangkan itu benda simple je. Hahaha.. funny gile.

3. Takpelah orang islam tak faham islam, kenalah kita rajin fahamkan. Tapi penyiaran artikel neh di star hanya menampakkan konon nya hudud itu kejam. Dan apa yang amat dikesali ia ditulis pula oleh orang yang mengakui dia islam. Paper neh readers dia mostly non-muslims [ i predict je]. So dari situ ia semacam percubaan untuk burukkan hudud supaya pembaca bukan islam melihat hudud neh mengacam orang islam dikala nik aziz berkali2 highlightkan no hudud for non-muslim.

4. Percubaan neh juga dilihat sedang menakut2kan umat islam. Hahahaha adoihaii. Kenapa perlu ada orang islam halang hudud, undang2 Allah swt neh? Penambahbaikan okey, tapi idea menjahanamkan dan menyerongkan fakta disokey. Apakah hukuman potong tangan boleh suka2 dilaksanakan? Ia memerlukan proses dan tingkat pengadilan yang berkali2 sebelum seseorang tue boleh dipotong tangan nya. Pencuri motorsikal yang mencuri motorsikal tidak akan dipotong tangan dia sewenang2nya.

Berapa kali mencuri, berapa lama mencuri, nilai kecurian, sebab mencuri, bukti bahawa dia mencuri, keinsafan sang pelaku, semua itu di ambilkira. Bukan first time mencuri terus kena potong tangan. Kalau dah kerja mencuri + menipu + merompak + sehingga menyebabkan kematian [tiada niat] + tiada keinsafan memang lah wajar dipotong tangan. Ini sebagai pengajaran. Tapi beberapa hal diambilkira sebelum hukuman potong tangan berlangsung.

Tiada sebab orang islam perlu takut kepada hudud unless dia ialah penjenayah. Selain dari itu, there's no reason why muslims have to reject hudud.

Sozcyili : Tidak percaya kepada pengadilan Allah swt ataupun tidak mempercayai Allah swt sebenarnya?

http://sozcyili.blogspot.com/2011/10/no-hudud-please-kita-kan-orang-malaysia.html

Bandingkan Pakatan, BN urus kerajaan negeri

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan kerajaan negeri dan bagaimana pula Barisan Nasional menguruskan kerajaan negeri.

“Cuba bandingkan dengan menggunakan akal yang waras,” tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitter.

klik gambar untuk paparan yg besaq

Jika nak tengok BN tumbang..PAS tak boleh lawan seorang diri..!!

Sistem 2 parti lebih mudah kalahkan BN

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS merumuskan sistem dua parti pasti akan berlaku juga di negara ini suatu masa nanti dengan jangkaan sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.

Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem 2 parti, ekoran kegagalan mereka memahami "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, sungguhpun begitu, perkembangan ke arah kewujudan sistem 2 parti telah pun berlaku di negara kita sekarang dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti S46 beberapa tahun lalu.

"Sistem 2 parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya.

"Dengan adanya sistem 2 parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihanraya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forum tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Sebelum itu, Mustafa berkata, kerjasama politik atau "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.

"Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun "bermerah mata" membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya.

Konsep "Tahaluf Siyasi, tegasnya, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihanraya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.

"Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala' dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS untuk menerangkan perkara itu kepada ahli-ahli parti, bagi membolehkan konsep "Tahaluf Siyasi" yang dilakukan itu difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat.

Strategi Umno jahilkan Melayu

GOMBAK, 30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

"Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forom tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.

Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya.

Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan.

"Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya.

Saturday, October 29, 2011

Istiqlal Center : PRU13 - BN Kedah gulung tikar..!!

Mampukah Pakatan Rakyat bertahan di Kedah?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya diminta membuat analisis terhadap hasil kajiselidik yang dibuat oleh kumpulan pelajar IPT yang menggelar kumpulan mereka sebagai Istiqlal Center. Kajiselidik rambang yang dibuat di seluruh negeri Kedah memberi keputusan bahawa Pakatan Rakyat masih mampu mempertahankan kerajaan di negeri ini dengan kedudukan 23-13. Secara populariti PR masih disokong oleh 48.8 %, BN 39.4% manakala 11.8% tidak membuat keputusan.

Saya menghormati apa saja keputusan kajiselidik yang dibuat oleh mana-mana pihak pun tetapi tidak dapat menerimanya sebagai bayangan keputusan yang bakal dicatatkan dalam pilihanraya nanti. Pertama, trend terkini peratus golongan yang tidak membuat keputusan dari awal semakin bertambah.


Mereka kebanyakannya terdiri dari golongan muda yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Kedua, perubahan sikap berlaku sangat pantas mutakhir ini. Ia macam pergerakan indeks bursa saham. Dalam masa sebulan, keputusan berbeza boleh diperolehi. Ketiga, kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat.

Semua masih ingat PRU12 di mana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri. Sewaktu Pak Lah sebagai PM memilih tarikh pembubaran Parlimen, beliau tentu meneliti pelbagai keputusan dan analisis dari kajiselidik yang dijalankan. Semua kumpulan penyelidik tersebut tentulah professional. Mustahil Pak Lah akan membubarkan Parlimen jika kajian yang dibuat menunjukkan BN akan kalah teruk.

Maknanya Pak Lah telah membubarkan Parlimen sewaktu pelbagai pentunjuk yang sampai kepadanya menunjukkan bahawa BN akan menang besar ataupun setidak-tidaknya menang 2/3. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebuah badan penyelidikan professional mendedahkan bahawa perubahan sikap rakyat berlaku dengan ketara 3 hari menjelang hari pembuangan undi. (Peningkatan sokongan untuk PR).


Kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat kerana sikap pengundi mungkin lebih memihak kepada parti yang didokong sewaktu kajiselidik dibuat. Misalnya orang PAS akan sokong PAS dan orang UMNO akan sokong BN. Namun apabila calon dikemukakan, sikap mereka boleh berubah selepas itu. Hal ini berlaku dengan ketara dalam UMNO dan akan terus berlaku dalam PRU13 nanti.

Individu yang tidak terpilih bersama kumpulannya akan melakukan sabotaj terhadap calon yang dipilih. Mereka tidak berniat untuk mengkhianati parti sebenarnya. Apa yang dilakukan ialah mempastikan saingan mereka kalah dan peluang untuk mereka menjadi calon di masa depan masih ada. Jika sekali saingan mereka terpilih jadi YB, maka akan berakar umbilah dia di situ sampai bila-bila.

Dengan mengandaikan keputusan yang diperolehi oleh Istiqlal Center (PR23, BN13) sebagai asas maka saya yakin keputusan berbeza akan diperolehi selepas calon dinamakan nanti.

Pungutan pendapat secara rambang yang dibuat oleh Istiqlal Center BN akan menang di Kuah, Air Hangat, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Sungai Tiang, Belantek, Jeneri dan Bayu. PR akan menang di Bukit Pinang, Derga, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kota Darul Aman, Bakar Bata, Tokai, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Lunas, Merbau Pulas, Kulim dan Bandar Baharu. Pola sokongan menunjukkan PR selesa di kerusi yang terdapat pengundi campuran. Maka tidak pelik kalau Datuk Ahmad Bashah pun dijangka kalah di Bakar Bata yang mempunyai 30 peratus pengundi bukan Melayu.

11.8 peratus pengundi yang tidak berpihak adalah tinggi. Saya yakin majoritinya golongan muda. Masalah bagi BN ialah kerana orang muda tidak berminat mendapat maklumat dari TV3 dan Utusan Malaysia. Mereka lebih ghairah dengan maklumat dari media kedua atau internet.

Kajiselidik barangkali tidak menemui pengundi pos yang bertambah dengan mendadak dan luarbiasa dalam DUN Tanjung Dawai. Maka apakah Tanjung Dawai masih boleh dimasukkan dalam kelompok kerusi PR? Biarlah diandaikan ia berada dalam kelompok BN.

Bukit Lada dan Ayer Hitam, PRU12 pun adalah kerusi yang dijangka dimenangi BN. Tapi mereka tewas juga. Percayalah siapa pun yang menjadi calon BN di kedua-dua kerusi tersebut akan menghadapi cabaran dari rakan-rakan separti mereka sendiri. Sebenarnya bagi BN, terdapat dua lagi kerusi yang bakal mengalami nasib yang sama iaitu Kota Siputeh dan Kuala Nerang, yang dimasukkan dalam kelompok BN. Untuk kali ini, insya Allah Bukit Lada dan Ayer Hitam kekal di tangan PAS manakala Kuala Nerang dan Kota Siputeh akan dirampas.

Terdapat dua kerusi di mana BN menang dengan sokongan pengundi Siam iaitu Pedu dan Sungai Tiang pada PRU12. Perkembangan mutakhir menunjukkan pengundi Siam sudah berpaling tadah dari BN. Undi mereka adalah undi kelompok, ia meletakkan BN terus mengalami kesukaran. Kedua kerusi tersebut juga boleh dimasukkan dalam kelompok PR.

Jika berlaku seperti diandaikan maka PR akan peroleh 28 kerusi manakala BN hanya 8 kerusi. Itu andaian di atas kertas. Realiti mungkin tidak semudah itu.

Apapun, akhirnya saya sangat percaya bahawa keputusan yang bakal ditentukan oleh Allah SWT adalah keputusan yang muktamad. PAS kalah teruk pada 2004 sewaktu ‘menjentik kerongkong’ dengan slogan PAS Tawan Kedah 2004. Sebaliknya menang besar pada 2008 sewaktu berusaha untuk menang dengan banyak, sambil mengharap pertolongan Allah SWT.

Untuk PRU13, InsyaAllah PAS/PR boleh menang lagi besar jika terus menyerah diri dan mengharap pertolongan Allah SWT sambil bekerja lebih gigih. Jangan angkuh, jangan dabik dada dengan kekuatan kita kononnya yang akan menangkan kita. Kalah atau menang biarlah dengan restu dan redho Allah SWT. Itu dasar aqidah dan keimanan kita.