Wednesday, January 30, 2013

Lebih 5 ribu rakyat menyaksikan detik bersejarah KUIN di rasmikan oleh YDPA tapi ada segelintir ADUN BN yang 'tuang'...!!!

Lebih 5 ribu saksikan detik bersejarah perasmian Kampus Induk KUIN oleh Yang DiPertuan Agong

KUALA KETIL - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil pada 29 Januari 2012 yang lalu. Kira-kira 5 ribu hadirin membanjiri dewan besar Kampus bersama-sama mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah berkenaan.

Sempena mengumumkan perasmian Kampus KUIN, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Canselor turut mengumumkan dewan tersebut dinamakan sebagai "Dewan Permaisuri Tuanku Haminah".

Majlis penuh gilang gemilang itu menyaksikan pengisytiharan Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj sebagai Pro Canselor 1 dan Yang Berbahagia Dato' Wira Dr. Affifudin Hj Omar sebagai Pro Canselor 11.
Selain titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, para hadirin juga berpeluang mendengar ucapan Menteri Besar, Rektor KUIN serta ucapan Pro Canselor 1 dan 11.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Monodrama dari pelajar-pelajar KUIN yang menceritakan kronologi penubuhan KUIN sejak 1985 sehingga sekarang.
YAB Dato' Seri Menteri Besar juga menyifatkan kejayaan terlaksananya Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil itu sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke 85.
Bersempena dengan pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011, KUIN yang telah memiliki sebuah kampus induk yang serba moden akan muncul sebagai 'Universiti Ummah' dan terkenal di persada antarabangsa.
Terakhir Dikemaskini (Rabu, 30 Januari 2013 18:19)

TAPI DALAM BANYAK DAN RAMAI RAKYAT YANG HADIR TU YANG NGELATNYA PUAK-PUAK NIE...

Menteri Besar ‘hadiahkan’ KUIN untuk Agong sempena Hari Keputeraan ke 85

KUALA KETIL – Kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) diibaratkan sebagai hadiah yang dipersembahkan oleh Menteri besar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 85.

Perkara tersebut terkandung dalam ucapan Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di hadapan kira-kira lima ribu hadirin sempena Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah, di Kuala Ketil.

Beliau juga bersyukur kehadrat Allah SWT, walau pun sebelum itu terdapat pelbagai halangan dan kekangan, namun dengan pertolongan Allah dan berkat doa semua pihak, kampus induk berkenaan dapat disempurnakan perasmiannya.

"Saya pilih Kuala Ketil ini kerana dua faktor. Pertama kerana ingin membangunkan kawasan yang terpencil di Kedah ini dan seterusnya untuk meningkatkan sosial ekonomi daerah ini.

"Apabila ada universiti yang dibina sama ada di bandar atau luar bandar maka akhirnya kawasan berkenaan akan maju dan berubah wajah," katanya.


Beliau mengambil contoh penubuhan Universiti Al-Azhar yang dibina pada tahun 972 dan akhirnya ianya begitu sinonim dengan bandar Kaherah dan begitu juga pembinaan Universiti Oxford pada 1096 M dan Universiti Cambridge pada tahun 1226M. Kedua-dua universiti berkenaan dibina di perkampungan Inggeris yang tidak membangun dan kini Cambridge dan Oxford menjadi bandar besar dan pesat.

"Begitu juga di kampung kecil di Bangi, bila adanya UKM di situ, kini Bangi menjadi bandar pesat dan maju," ujarnya.

Jelasnya lagi, pembangunan program akademik pada awalnya mendapat pandangan pro dan kontra. Perubahan drastik itu adalah semata-mata bertujuan untuk mewujudkan pelbagai bidang profesional untuk melahirkan modal-modal insan yang mempunyai ilmu mendalam di bidang duniawi dan ukhrawi.

"Dari tujuh program pada awal 2008, sekarang kita menawarkan 47 program bermula pada hari ini. Antaranya perubatan, perbankan, kejururawatan, kejururawatan, kejuruteraan dan banyak lagi yang telah menjulang nama KUIN sebaris dengan institusi-institusi pengajian terkenal dalam negara," sambungnya.

Cengkaman dan pengaruh barat berjaya diserap secara licik dalam pendidikan hari ini dan justeru itu KUIN tampil dengan perubahan program duniawi dan ukhrawi sebagai pengimbang untuk mengekang cengkaman pengaruh berkenaan. Maka selepas ini akan lahirlah ribuan ulama berkelulusan profesional yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi.

Sehubungan itu katanya lagi, corak pengajian di KUIN yang menetapkan agar pelajar memahami dan mendalami isi kandungan Al-Quran menjadi salah satu prasyarat bagi beberapa jurusan pengajian mereka di mana ianya tidak begitu dititik beratkan oleh institusi pengajian lain di negara ini.

"Tempias ilmu yang berkembang di KUIN ini, InsyaAllah akan memanfaatkan rakyat di negeri Kedah yang selama ini agak tidak diberi perhatian dalam perkembangan dunia pendidikan. Selain itu kampus KUIN ini juga dapat mengelakkan berlakunya pengaliran wang rakyat Kedah ke negeri-negeri luar.

"Selepas ini akan berlaku pengaliran tunai dari luar mencurah dan secara tidak langsung mewujudkan pelbagai peluang pendapatan bagi rakyat terbanyak di kedah," tambah beliau lagi.

Jelasnya lagi, KUIN dibina dengan kos RM330 juta tanpa bantuan dari Kerajaan Pusat di atas tanah seluas 330 ekar iaitu sebahagian daripada keluasan tanah milik KUIN seluas 832 ekar dan di mana kawasan ini dahulunya adalah kawasan ladang kelapa sawit milik Selangor Coconat.

Dengan kemudahan pinjaman oleh Bank Islam Berhad dan Affin Bank Berhad ianya secara tidak langsung mampu merangsang sosial ekonomi Kedah. Selain itu kesungguhan Kedah Sato Sdn. Bhd yang bertungkus lumus, siang dan malam menyiapkan pembinaan dan terbukti ianya disiapkan lebih awal dari jadual yang disasarkan.

"Kerajaan negeri turut berbangga kerana KUIN telah menerima pengiktirafan penarafan Tier 4(sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011 pada 1 November yang lalu oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Khaled Nordin.

"Pengiktirafan ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan KUIN serta menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri ilmu," jelas beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Rektor KUIN, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Senat, Speaker DUN Kedah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat, tenaga pengajar dan kakitangan KUIN, ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, guru dan para pelajar sekolah serta masyarakat setempat.

Eishhh budak-budak lanie punya kelaku jahat...sampai tak tercapai pikiaq dek otak..!!!

Jual pil khayal di sekolah
Wartawan Sinar Harian
30 Januari 2013
Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
 
KULIM - Persatuan Pengguna Kulim meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

Pengerusinya, Mohd Zailan Hashim berkata, hal ini kerana beliau mendapati ada pelajar di beberapa sekolah didapati terlibat dalam kes pengedaran dadah dan pil khayal yang dijual dengan harga RM0.70 sebiji.

Menurutnya, malah daripada maklumat diterima, dalam ujian pemeriksaan air kencing dijalankan di sekolah, ada pelajar didapati positif tetapi, sehingga kini tiada tindakan tegas diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Penjualan pil khayal itu berlaku secara berleluasa di dalam sekolah, bagaimanapun tidak ada tindakan diambil pihak terlibat untuk memastikan masalah itu diselesaikan.


"Pihak sekolah sepatutnya bertindak dan tidak merahsiakan perkara berkenaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, selain itu, pemantauan daripada Agensi Anti Dadah  Kebangsaan (AADK) juga diperlukan bagi memastikan perkara itu dapat dibendung.

Jelasnya, perkara berkenaan perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan bangsa Melayu dalam usia remaja dan perlaku seharusnya dikenakan hukuman berat.

Sementara itu, Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini polis belum menerima laporan mengenai kegiatan itu bagaimanapun akan membuat pemantauan terhadap sekolah terlibat.

Katanya, tidak boleh salahkan pihak berkuasa 100 peratus kerana kebanyakan pelajar terlibat ini tinggal bersama ibu bapa mereka.

"Ibu bapa seharusnya mengawal aktivit anak mereka agar tidak terlibat dalam kancah sebegini.

"Apa yang dapat dilihat hari ini, kebanyakan ibu bapa bersikap melindungi anak-anak mereka sehingga tidak segan silu melakukan jenayah malahan ada yang masih menyebelahi anak walaupun tahu mereka bersalah,” katanya.

Gempar.. ADUN-ADUN BN KEDAH hilang entah kemana sewaktu TUANKU merasmikan KUIN semalam..!!!

Boikot?..Termalu..? Sasau..? Atau Derhaka?...

Oleh : PARANG KEDAH

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.

Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?
MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.
Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.

Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.

Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.".

Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik".

Jika menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara


KUALA LUMPUR 29 Jan: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.

“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.

Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).


“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.

“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44039

AmanTV - Video Perasmian KUIN yang tak ada di RTM & TV3

PM Najib dalam kesunyian

Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri.

Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan ‘counter productive’ jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya di perbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu.

Yang menjadikan isu tentang lawatan itu adalah Presiden Palestin sendiri yang menegur Najib yang tidak betul cara melakukan lawatan ke Gaza itu kerana ia dilihat seperti masuk campur di dalam hal ehwal Palestin itu. Mahmud Abbas telah menempelak Najib kerana Najib menampakkan dirinya sebagai memihak kepada satu dari dua pihak Palestin yang berbeza itu.


Mahmud Abbas adalah Presiden yang diletakkan oleh masyarakat antarabangsa sedangkan Hamas merupakan pihak yang memenangi pilihanraya tetapi tidak di iktiraf oleh banyak pihak di dunia ini dan menguasai Gaza dengan Ismail Hanieh sebagai Perdana Menteri nya. Anwar hanya memberikan pandangan yang Najib tidak membuat ‘homework’ sebelum melakukan lawatan itu. Oleh yang demikian lawatan yang sepatutnya memberikan lonjakkan untuk Najib nyata telah menjadi isu besar yag negatif bagi kerajaan dan dirinya sendiri.

Najib terpaksa membela dirinya sendiri dan tidak ada dikalangan mereka dalam kabinet serta partinya yang mempertahankan beliau. Malahan ramai di antara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri memberikan komen yang tidak baik untuk Najib dibelakang dan tidak langsung memberikan kenyataan untuk membela Perdana Menteri yang kian hari kian lemah itu. Selalunya UMNO akan mempertahankan pemimpin utamanya dengan kuat walau sebesar mana pun kesalahan pemimpin mereka. Mahathir dahulu telah melakukan banyak kesilapan besar tetapi setiap peringkat UMNO memberikan kenyataan tegas berdiri di belakang beliau dalam apa pun keadaannya.

Puluhan kali saya sebut dalam blog ini bahawa UMNO akan menghadapi perpecahan yang amat serius dan parti itu akan tersungkur dengan sendirinya. Jika parti yang tidak bersatu menghadapi musuh yang sedang kuat ia tidak akan mendapat kejayaan. Itulah sebabnya saya selalu memberikan pandangan banyak tahun dahulu yang UMNO akhirnya akan menjatuhkan diri mereka sendiri tanpa payah ditolak oleh pihak pembangkang. UMNO itu sekarang nampak gah dan besar serta garang, tetapi pada hakikatnya UMNO itu hanyalah sebagai satu ‘paper tiger’ sahaja yang tidak akan membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif untuknya.

Tindakan ramai rakyat memilih untuk memberikan dukungan terhadap parti-parti ‘alternative’ adalah satu tindakan yang ‘natural’ dan kemahuan rakyat untuk berubah itu pun memangnya sudah sampai masa dan waktunya untuk dilakukan. Kita mesti ingat UMNO tidak boleh mengharapkan tuah datang selalu. Kadangkala ia terpaksa menghadapi kenyataan yang masa untuk ia di ketepikan itu sememangnya sudah sepatutnya sampai, malahan ia sepatutnya berlaku sepuluh tahun dahulu lagi.

Cerita kemahuan sebahagian dari pemimpin UMNO untuk Muhyiddin mengambilalih kepimpinan UMNO sebelum pilihanraya itu sudah nyata benar. Tetapi jika pun Muhyiddin berjaya dengan sokongan Mahathir dan yang lain-lain untuk mengambilalih kepimpinan dari Najib, persoalannya adakah ia memberikan apa-apa perbezaan kepada UMNO.

Bagi pendapat ramai UMNO akan lebih buruk lagi keadaannya kerana bukan semua yang mahukan Najib berhenti, apatah lagi Najib baru sahaja mengambilalih kepimpinan dari Abdullah Badawi yang di benci Mahathir itu. Jika pun Muhyiddin mengambil alih apa baiknya kerana beliau itu adalah dari acuan yang sama sahaja dan beliau tidak sunyi dari kesalahan yang besar yang belum di sebut oeh rakyat lagi. Pendeknya yang diturunkan dan yang dinaikan sama sahaja.

Bagi rakyat untuk memihak kepada satu dari dua pihak dalam UMNO ini, merupakan risiko yang bukan kecil. Risiko nya ialah ketidakstabilan kerajaan itu. Yang menang tidak mendapat semua dan yang kalah tidak akan hilang kesemuanya. Oleh itu adalah tidak bijak bagi rakyat untuk memberikan sokongan kepada UMNO kerana kedua-dua pihak itu akan membawa musibah kepada negara dan kerajaan.

Adalah molek bagi rakyat meninggalkan sahaja UMNO itu dengan masalah yang mereka wujudkan sendiri dan kita berikan tumpuan kepada pihak alternatif yang lebih serius untuk mencari dan melakukan perbezaan terhadap rakyat dan negara.

Rakyat mahukan ‘ambience’ politik yang berbeza kerana rakyat rindukan suasana dalam mana mereka tidak payah berdiskusi tentang politik di mana-mana lagi. Rakyat mahukan ketenteraman suasana untuk terus hidup tanpa gangguan fikiran dan permasalahan yang berlaku terlalu banyak di hadapan mata mereka sendiri.

Dalam keadaan sekarang semakin hari semakin menyakinkan yang UMNO sudah mula tidak relevan untuk menjadi parti pemerintah yang baik lagi. UMNO seolah-olah sudah begitu usang untuk mendapatkan keyakinan rakyat ramai.