YB Dr. Ismail Salleh
Monday, September 17, 2012
Tahniah SAMM Perlis / Kedah ; Program Santai Anak Muda berjaya dan akan diteruskan ke seluruh negara
YB Dr. Ismail Salleh
Sunday, September 16, 2012
Tahniah YB Dr. Ismail, tambah pendekatan baru ke arah Kedah Sejahtera Tanpa Dadah
Alor Setar - Kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa orang artis yang sudah berhijrah berjaya mengundang kehadiran puluhan ribu penduduk sekitar negeri ini ke Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadan Negeri Kedah yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman.Gaya Ustaz Azhar yang menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah dan arak secara bersahaja dengan dibantu oleh pelakon Bob Lokman, Hairie Othman serta penyanyi Ali XPDC begitu menarik perhatian oarang ramai yang majoritinya terdiri dari anak-anak muda.
Menurut Pengerusi Pemadam Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh program besar seperti ini yang mengundang penglibatan banyak pihak adalah julung kali diadakan oleh Pemadan negeri ini. Ia menunjukkan kesungguhan Pemadam, kerajaan Negeri serta pihak terbabit untuk membasmi dadah secara serius dan berterusan.
Thursday, January 5, 2012
Dr. Ismail sumbang kipas untuk 14 buah surau
Alor Setar - ADUN Alor Mengkudu YB. Dr. Ismail Salleh mengagihkan 14 buah kipas bersaiz besar kepada 14 buah surau yang terdapat dalam kawasan DUN Alor Mengkudu.
Beliau yang juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, menyampaikan sumbangan kepada wakil setiap surau dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Pusat Khidmatnya di Alor Mengkudu.
Sementara itu semua penerima mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ismail dan menyifatkan pemberian kipas tepat pada masanya memandangkan Kedah sedang memasuki musim kemarau sekarang ini.
Saturday, December 24, 2011
Exco Kedah bidas Ahmad Bashah semula....
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh mempertahankan kenyataannya berhubung isu banjir di Kedah, November tahun lalu, apabila didakwa berbohong oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, semalam.
Menurutnya, apa yang didedahkan pada rancangan bual bicara sebuah stesen televisyen baru-baru ini adalah benar belaka.
“Dalam rancangan itu, saya akui mempertikai ketidakadilan bantuan yang diagihkan oleh Umno. Setahu saya, Pusat tak hulur satu sen pun masa banjir besar berlaku, Pusat hanya hantar bantuan selepas itu,” katanya.
Dr Ismail berkata, ketika banjir besar melanda Kedah, Kerajaan Negeri bertindak cepat dengan mengagihkan bantuan segera menerusi pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Dia kata saya berbohong, macam mana pula dengan mereka? Saya anggap kenyataan Ahmad Bashah itu sebagai tidak cerdik kerana ingin menegakkan benang yang basah,” katanya.
Menurutnya, sudah jelas Pusat lambat menghulurkan bantuan kerana diberi selepas banjir, antaranya tilam dan bantuan wang RM500 kepada penduduk, sebaliknya ketika malapetaka itu berlaku, Kerajaan Negeri yang tampil awal mengagihkan bantuan menerusi agensi kerajaan dan pusat pemindahan banjir.
Saturday, September 10, 2011
Hanya dongeng politik UMNO...
Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Ismail Salleh berkata, Pas Kedah yakin tindakan beberapa individu keluar parti merupakan hasil provokasi golongan tertentu yang cuba menggambarkan perpecahan dalaman sudah berlaku dalam parti akibat kenyataan Mohamad atau Mat Sabu mengiktiraf Ahmad Indera atau Mat Indera sebagai wira kemerdekaan negara.
Menurutnya, BN dan Umno cuba mencetuskan satu konspirasi politik untuk mengikis kepercayaan ahli Pas terhadap Mat Sabu kerana bimbang terlalu banyak ruang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.
:“Saya ingat ini lebih kepada politik, kita perlu memahami sejarah sebenar, dulu Jebat orang kata penderhaka, tapi kini ada orang iktiraf dia sebagai hero. Begitu juga dengan pejuang kemerdekaan, yang menentang British antaranya komunis dan guru agama.
“Saya tidak fikir ahli Pas marah Mat Sabu. Cuba baca kenyataan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, (Datuk Seri) Mahdzir Khalid, Kerajaan Pusat terlalu banyak beri ruang kepada Mat Sabu, jadi Mahdzir tidak setuju, justeru perkara ini permainan politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Pesta Tanglung anjuran Persatuan Penduduk Taman Mangga, Alor Mengkudu semalam.
Turut hadir Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina, Tan Chow Kang.
Ismail berkata, Pakatan Rakyat (PR) dengan kerjasama beberapa tokoh sejarah dan pensyarah tempatan sedang giat mengadakan wacana sejarah kemerdekaan dari semasa ke semasa untuk memberi ruang kepada orang ramai memahami pengertian sejarah sebenar.
Menurutnya, wacana itu sudah dimulakan Mat Sabu di Selangor dua hari lalu dan kini akan bergerak ke setiap negeri untuk memberi ruang kepada tokoh sejarah dan ahli akademik membincangkan semula di mana duduknya Umno sewaktu penentangan pejuang asai kemerdekaan terhadap British.
“Wacana itu akan dedahkan bagaimana Umno muncul pada saat akhir kemerdekaan hampir dicapai dengan cara menangguk di air yang keruh sekali gus membuka mata rakyat mengenai fakta sejarah sebenar yang diputar belit hasil tulisan penjajah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9513547.asp














