Showing posts with label pakaan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakaan rakyat. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Tulis sejarah negara versi baru - alang-alang berbohong, bohong betul-betul

Oleh Aspan Alias

Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah.

Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah.

Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak.

Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Cogan kata yang melaungkan ungkapan Merdeka dalam media masa perdana semasa minggu sambutan perayaan ulang tahun kemerdekaan itu harus di buang dan tidak boleh disiarkan lagi.

UMNO lebih-lebih lagi harus membatalkan secara resmi sebagai sebuah parti yang tidak pernah membawa kemerdekaan dari penjajah kerana negara kita tidak pernah dijajah oleh British atau mana-mana kuasa asing dalam sejarah kita.

Kerajaan kita wajar mentauliahkan Professor Zanal bin Keling untuk menulis sejarah baru negara dan kerajaan wajar membatalkan buku teks sejarah yang dibaca oleh kanak-kanak sekolah dan mahasiswa di setiap Universiti dan bermula dengan pelajar di bawah kelolaan Professor Zainal Keling.

Kerajaan wajar hanya mengiktiraf tulisan sejarah oleh Professor Zainal Keling dan biarkan beliau menulis apa-apa sejarah tentang negara kita. Jika itu caranya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, buatlah apa yang mereka suka tentang sejarah negara kita.

Jika kita bersetuju untuk menulis sejarah yang baru bagi negara saya mencadangkan juga bahawa UMNO bermula pada tahun 1988 kerana UMNO ini tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan negara kerana negara kita tidak pernah dijajah seperti yang dinyatakan oleh Professor Zainal Keling itu.

Bila MPN dan Zainal Keling diberikan mandat untuk menulis sejarah baru negara saya ingin mencadangkan kepada beliau bahawa sebelum Februari 1988 UMNO tidak pernah wujud supaya rakyat yang seperti saya ini tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi.

Asalkan sahaja UMNO terus memerintah tulislah apa-apa sejarah mengikut selera yang sedap bagi UMNO. Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang hanyalah memohon maaf kepada semua rakyat yang telah diberikan sejarah negara yang salah selama ini.

Sementara kita dapat buku-buku sejarah yang baru yang akan di tulis itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan satu tarikh untuk memberitahu rakyat bila buku sejarah baru untuk negara itu ditulis dan diterbitkan.

Buat sementara ini beri arahan kepada semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memberhentikan membaca buku sejarah yang ada pada hari ini supaya arahan itu juga boleh dicatatkan dalam penulisan buku sejarah yang akan di tulis oleh Professor Zainal Keling nanti. Beri juga arahan kepada Professor Ramlah Adam untuk membantu Professor Zainal Keling dalam ‘mengarang’ sejarah baru untuk negara.

Kalaulah itu kehendak pimpinan pada hari ini buatlah sesuka hati mereka asalkan mereka puas dengan kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa itu terus terusan. Kalau boleh digubal undang-undang untuk mencegah rakyat dari menyebut kandungan lain dari sejarah yang di tulis oleh Zainal Keling tadi.

Jangan lupa untuk pastikan Malaysia keluar dari commonwealth kerana commonwealth itu adalah satu persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas tanah jajahan British. Malaysia juga harus menarik diri dari sukan Commonwealth dari sekarang kerana sukan itu hanyalah untuk ahli-ahli sukan negara-negara bekas tanah jajahan British di seluruh dunia. Jika kita tidak pernah dijajah apa perlunya kita menyertai Commonwealth dan sukannya selama ini?

Pastikan sejarah yang akan diperbaharui itu sama seperti sejarah negara Thailand yang juga sebuah negara yang tidak pernah dijajah.

Selepas ini Professor Zainal Keling akan mempunyai tugas yang terpenting untuk negara. Itu pun yang beliau mahukan kerana beliau begitu sibuk akhir-akhir ini untuk menjadi orang penting kepada negara kita.

Oh ya, kalau boleh jangan lupa tulis dalam buku sejarah baru nanti yang Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang komunis.

Alang-alang berbohong, berbohong betul-betul.
tulis sejarah negara versi baru - alang-alang berbohong, bohong betul-betul

Thursday, September 8, 2011

Pakatan Rakyat Bodoh serang BN/UMNO satu peluru sahaja..!!

oleh AnakKedah007



Antara Intipati Ucapan Timb Presiden Pas di Padang Menora yang menjadi ISU :

a) BERSIH 2.0
b) MERDEKA
c) Pembangunan
d) Rasuah & Penyelewengan
e) Pilihanraya
f) Daftar Pemilih
g) Barang Naik (Protes BN)
h) Melayu Tak sensitif

tapi yg semua dok kalut isu KOMUNIS...... punya la banyak Timb Presiden sebut.. 1 isu tu ja yg dok serbu???? HAMPEH JAA HANGPA SEMUA NIE...!!!!

Kalau macam nie kelaku macamana kita nak bagi musuh tumbang...asyik dok serang satu arah saja... Apa kata PKR serang bab RASUAH... DAP Serang bab BERSIH... PAS serang bab MERDEKA...nie dah 3 isu dah...nuu belambak lagi...bahagi elok2 laaaa... baru nak dapat tengok musuh kelam mata....

Nie dak dok pusing mai kot nie kot tuuu asyik guna peluru M16 jaa habih BOM C4, MIG, KERETA KEBAL bila nak gunanya....

Itu gua kata hangpa semua hampehhhhhh...!!!

Note : Gua cilok idea serang nie dari sahabat facebook..TQ bro bagi gua idea nak tibai puak2 PR nie...makan kueh raya banyak sangat kot itu pasai bingai sangat 2,3 hari nie....

http://anakkedah007.blogspot.com/2011/09/pakatan-rakyat-bodoh-serang-bnumno-satu.html

Saturday, August 20, 2011

Man Bedul & Polis dok cuci kepala otak budak sekolah suruh sokong BN..!!!

Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ?

1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka?


2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka?


3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka?


4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka?


5. Seks dsai <-- belajar cara buat video seks ka?


5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka?


6. ISA <-- belajar ugut orang ka?


7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka?
Lihat gambar di bawah neh ;












Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an.


Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ;


Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah?


Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..?


Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan.


Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula?


Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka.


Ameno : Ini terdesak gila neh.. siyes. Betul2 terdesak giler.

Wednesday, July 6, 2011

Hari Tu Sembang kata boleh sampai 3pagi kalau berkumpoi kat stadium..mai hari nie dah cabang dah lidah tuu...!!!

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

"Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

"Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu".

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri".

"Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

"Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter".

Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

"Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut.

Tuesday, June 28, 2011

UMNO BN & Media Dayus Perdana semakin hilang punca..!!

Kerahan tenaga untuk media dayus perdana
oleh wira arjuna @ kedahlanie.info

Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

NONEMedia cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam.

Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.

Rasanya tidak perlu dihuraikan di sini apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV mengenai pemimpin-pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan “buah hati” mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar The Star yang selama ini dilihat sebagai “cuba” memberi perimbangan dalam laporan-laporannya, akhirnya tunduk kepada tekanan BN, khususnya Umno, dan kini menfitnah Ambiga, Anwar dan BERSIH 2.0 secara keseluruhannya.

NONEMaka secara rasmi, The Star kini menyertai kelab media dayus perdana yang dipelopori oleh Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan New Straits Times.

Hujah The Star dan media arus perdana lain bahawa kononnya BERSIH 2.0 akan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta ringgit adalah dangkal dan tidak masuk akal jika lunas-lunas demokrasi dihormati.

Tutup kedai

Antara prinsip demokrasi yang dimaksudkan itu adalah hak rakyat berkumpul secara aman untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu yang dirasakan penting untuk negara.

Malaysia tidak akan “tutup kedai” (shutdown) mahupun mengalami kemusnahan ekonomi (meltdown) jika peserta Bersih dibenarkan berkumpul dan berarak di dua tiga batang jalan raya untuk menyampaikan sebuah memorandum kepada Istana Negara.

bersih rally 271207 05Namun jika polis bertindak secara provokasi iaitu menutup jalan , menahan sesiapa yang memakai baju T kuning, menembak gas pemedih mata dan air berkimia terhadap pemimpin dan peserta Bersih serta membelasah mereka dengan belantan – ya, perhimpunan BERSIH akan dicemari dengan keganasan.

Segala tindakan polis yang dinyatakan di atas, berlaku pada perhimpunan BERSIH pertama tahun 2007.

bersih rally 271207 01Sebaliknya, jika polis menjalankan tanggungjawab untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi kerjasama kepada penganjur supaya perhimpunan BERSIH dilaksanakan secara teratur, adakah ini akan mendatangkan kerugian kepada negara?

Malah sebaliknya, ia akan menjadi mercutanda betapa suburnya amalan demokrasi di negara ini dan akan menanam keyakinan pelancong dan pelabur asing betapa sopan, tertib dan teraturnya penghayatan demokrasi di negara ini.

Anak jantan sihat akal

Pilihan itu hak pihak polis; dan pegawai atasan serta menteri serta kabinet Malaysia. Itu baru namanya anak jantan yang sihat akal fikirannya; dan murni serta ikhlas akal budinya untuk menabur bakti kepada negara.

bersih rally 271207 07Kerjasama sedemikian oleh polis akan memperagakan kepada pelawat asing, sebuah Malaysia moden yang mengamalkan demokrasi tanpa menjejaskan kehidupan harian.

Tapi sayang, kerjasama polis yang diharapkan adalah ibarat pungguk rindukan bulan. Polis sudahpun memulakan tangkapan ke atas sesiapa sahaja yang memakai T-shirt BERSIH selain penganjur menjadi sasaran.

Apakah yang begitu menakutkan BN mengenai BERSIH 2.0 sehingga pemimpin-pemimpin kerajaan, Pemuda Umno, PERKASA, Polis dan media dayus perdana digerakkan secara begitu agresif untuk membanterasnya?

NONEBN sebenarnya khuatir perhimpunan BERSIH akan mencetuskan gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-BN kerana mencabuli kewibawaan institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam beberapa minggu lalu, kebejatan SPR semakin terserlah dengan pendedahan-pendedahan yang menzahirkan masalah pengundi hantu, penukaran pengundi biasa kepada pengundi pos secara haram dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pengundi hantu

Ini diburukkan dengan dakwaan Projek IC Sabah - yang menyaksikan ratusan ribu warga asing diberi kerakyatan Malaysia untuk membolehkan mereka mengundi BN - kini menular ke Semenanjung Malaysia.

NONEPertubuhan Bukan Kerajaan dan parti pembangkang khuatir Umno-BN akan mengotakan janji untuk memenangi PRU-13 dengan apa sekali cara pun.

Wartawan-wartawan kanan di akhbar The Star, New Straits Times, TV3, malah Utusan Malaysia sendiri cukup arif mengenai isu pengundi hantu dan pengundi pos dan impaknya ke atas keputusan di kerusi-kerusi tertentu semasa PRU yang lalu.

Ekonomi ranap?

Namun akhbar-akhbar berkenaan tidak menegur SPR di atas kepincangan-kepincangannya, tetapi memilih untuk melancarkan tohmahan dan fitnah terhadap penganjur BERSIH 2.0.

NONEWartawan-wartawan yang pernah mewawancara Ambiga, pengerusi BERSIH 2.0, akan memberi pengakuan bahawa beliau seorang berprinsip dan bukan tunduk di bawah telunjuk pembangkang mahupun kerajaan.

Malangnya, pengakuan ini tidak boleh diberikan secara terbuka kerana ia tentunya akan mengundang tindakan daripada media itu sendiri atau Kementerian Dalam Negeri . Itulah realiti politik di negara ini.

Kes bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari yang dipecat oleh Utusan kerana mengkritik arah tuju laporan-laporan Utusan adalah contoh hidup dan nyata!

NONELondon, New York, New Dehli, Bangkok, Jakarta – semua bandaraya-bandaraya ini sering menyaksikan perhimpunan dan bantahan. Tiada pula laporan system ekonominya ranap kerana demonstrasi.

Hakikatnya adalah, perhimpunan yang bersih dan teratur dengan kawalan polis tidak pernah menyebabkan sebarang masalah kepada peniaga, menyusahkan rakyat atau menggugat kestabilan negara yang mahukan kelangsungan pemerintah yang menghormati asas demokrasi.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Wednesday, June 15, 2011

BERSIH 2: UMNO jadi kalut

oleh KedahLa

Oleh: Lang Tok Teh

Himpunan BERSIH 2, umno tiba tiba jadi kalut macam kucing nak
beranak, semalam , hari ni berduyun - duyun puak – puak pengampu
umno pi balai polis buat repot pasai himpinan BERSIH tu Konon boleh
mengancam keselamatan Negara. Ada yang pi buat repot polis , tak tau
BERSIH 2 tu menatang apa.

Ada yang pi buat repot polis tu, sebab dapat masuk tv, dapat la anak
cucu tengok muka dalam tv. Aku rasa lagi ramai buat repot polis
,lagi bagus BERSIH 2.0 akan dapat publisiti lagi meluas. Aku
insyaAllah bersama Mat Kering Bakar Bata akan bersama menyertai
himpunan tersebut, dua lagi penumpang yang nak ikut bersama ke
himpunan tersebut pun tak tau BERSIH 2.0 tu menatang apa, asalkan nak
lawan umno kami joint itu saja.

BERSIH 2.0 ni nak selamatkan demokrasi Malaysia dari segala penipuan.
Nak bersihkan Malaysia daripada kezaliman kerajaan BN, nak bersihkan
SPR dari menjadi kaldai umno. BERSIH 2.0 mahu pilihraya yang akan
diadakan bersih dari segala penipuan,tiada penggundi hantu, pendatang
tampa izin yang diberi kad pengenalan oleh umno yang mengancam
keselamatan negara , perlu bersih dari senarai daftar pemilih.

Nak bersihkan agensi kerajaan dari dipekudakan oleh umno barisan
nasional, serta macam- macam lagi segala kepincangan demokrasi akan
dibersikan dalam HIMPUNAN BERSIH 2.0. Mesej yang penting nak bagi tau
kepada umno BN bahawa rakyat ada kuasa . Rakyat boleh menaikkan
kerajaan atau menjatuhkan kerajaan samada melalui pilihanraya ataupun
melalui jalanraya. Rakyat mahu pilihanraya yang bersih dan telus.

Mana-mana ahli umno, ahli perkasa atau sesiapa saja rakyat Malaysia
yang memperjuangkan kebenaran boleh joint himpunan tersebut. BERSIH
2.0 tidak menyediakan apa-apa peruntukan termasuk tambang, semua
tanggung sendiri. Umno boleh hantar petugas untuk megira berapa ramai
rakyat Malaysia yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Umno diingatkan supaya tidak memperalatkan mana-mana agensi untuk
memprovokasi himpunan tersebut, bimbang dengan provokasi yang
dicetuskan ,rakyat Malaysia yang hadir pada himpunan tersebut
terlatah, jadi macam Mesir.

BERSIH 2.0 bukan pekara main-main bukan tempat untuk mana – mana
pemimpin mencari keuntungan politik,oleh itu mulai sekarang semua
perlu bersedia untuk untuk berada dihimpunan BERSIH 2.0 . Rakyat
terpaksa gunakan jalanraya akibat kedegilan dan kebebalan umno
barisan nasional.