Saturday, April 30, 2011

Kedah Mahu Tebus Dendam

Luka kekalahan 0-1 kepada Sabah pada pusingan pertama Liga Super 2011 lalu di Stadium Likas masih berbekas di hati para pemain Kedah. Kedah mahu tampil lebih garang untuk memperbaiki permulaan pusingan kedua yang menyaksikan Kedah tewas dalam dua perlawanan awal. Coach Wan Jamak yang dihubungi wakil HKC berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bersama barisan pemain untuk mengisi harapan peminat.

kedahsabah

Beliau juga mahukan sokongan padu peminat bagi menyemarakkan lagi semangat pemain untuk terus melakar kejayaan.

Bertemu Sabah, Kedah seharusnya memanfaatkan keletihan yang dialami oleh pasukan Sabah kerana terpaksa merentas lebih 800km dari selatan ke utara. Kedah juga seharusnya memanfaatkan prestasi buruk Sabah yang tewas empat perlawanan berturut-turut.

Berdasarkan rekod sepuluh perlawanan antara Kedah dan Sabah sejak 2004, Kedah ternyata mempunyai kelebihan apabila menang sebanyak empat kali, seri empat kali dan hanya dua kali tewas. Seharusnya dari segi psikologi, Kedah perlu memanfaatkan statistik ini menjadi realiti.

Dengan kedudukan jurulatih Sabah, Gary Phillips agak goyah, Kedah harus berwaspada dengan ancaman sang badak kerana mereka pastinya mahu memastikan jurulatih mereka terus selesa menerajui pasukan Sabah.

Jika dilihat dengan saingan sengit pasukan teratas Liga Super, tidak mustahil, Kedah mampu melakukan kejutan kerana beza dengan pendahulu cuma enam mata. Jika Kedah berjaya menewaskan Sabah Selasa ini, Kedah akan bertemu Kelantan dan Selangor pada 06 dan 09 Mei 2011. Keputusan yang bakal menyaksikan halatuju Kedah dalam Liga Super musim ini.

Warga Hijaukuning.com mengucapkan selamat berjuang buat wira-wira Kedah.

Warga HKC mengucapkan Takziah kepada Wan Jamak Wan Hassan atas pemergian bapa mertua beliau kelmarin. Al-Fatihah.

http://www.hijaukuning.com

PENDANG – Medan selera konsep moden

Medan selera konsep moden

PENDANG – Kewujudan Medan Selera Bandar yang bernilai 1.4 juta di tengah pekan Pendang merupakan satu-satunya tempat makan yang mempunyai konsep tersendiri yang menjadikannya tempat menjamu selera yang mendamaikan.

Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, medan selera yang dibina dengan kos yang tinggi itu merupakan satu-satunya medan selera yang cantik dengan landskap di persekitarannya yang mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk menjamu selera bersama keluarga dan mengadakan perbincangan.

“Medan selera itu merupakan satu-satunya tempat makan yang selesa apabila dilengkapi dengan kemudahan tandas dan lokasinya berhampiran dengan perhentian bas serta tidak jauh daripada jalan utama pekan ini.

“Medan selera yang besar itu mampu menampung lebih 200 pelanggan dalam satu-satu masa serta tempat itu juga sesuai dijadikan tempat perbincangan kerana turut dilengkapi dengan kemudahan melayari Internet secara percuma,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian medan selera berkenaan baru-baru ini.

Helwi berkata, pembinaan medan selera yang menggunakan konsep moden itu dibina untuk meningkatkan sumber pendapatan peniaga supaya lebih selesa dengan konsep lebih moden.

“Saya berharap peniaga akan menjaga kualiti, kebersihan dan langkah-langkah lain yang harus diberi keutamaan supaya medan itu menjadi tempat makan pilihan di daerah ini.

“Lapan kedai di medan ini perlu membuka kedai mereka selalu supaya suasana medan ini tidak menjadi malap,” katanya.

Selain itu, katanya, dengan pembinaan medan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah peniaga kecil di daerah ini yang begitu ramai apabila mereka berniaga di bahu-bahu jalan.

“Saya melihat ramai peniaga kecil yang berniaga di bahu-bahu jalan iaitu di antaranya sekitar pekan Tanah Merah, Kubor Panjang dan beberapa lagi lokasi lain namun saya melihat keadaan itu tidak sesuai dan membahayakan orang ramai,” katanya.

TAHNIAH UST MAD YAHYA & GOOD LUCK SETPOL... Semoga berjaya ..!!

oleh AnakKedah007

Assalamaualaikum,

Nak kata apa pon tak tau dah yg mampu cuma ucapkan TAHNIAH SAHAJA sebab Ust. Masih mendapat kepercayaan memimpin PEMUDA KEDAH.. Walaupun kami hakikatnya akui Ust. lemah dalam memegang tampok PEMUDA KEDAH tapi kami akan tetap walak atas pemilihan ini...

Kini yang best kita tengok sahabat kita tengah dok pulon nak pertahan jawatan Timb. Ketua Pemuda.... sebab apa kami kata pulun... sebabnya dah jadi macam UMNO bila dengaqnya... sampai lobi melobi kat ketua kawasan suruh perwakilan angkat dia lagi....

Udah laaa tuuu.... takyah laa dok buat kelaku UMNO tuuu... jika kita bagus orang tentu angkat kita lagi... tapi jika kita haprak maka lihatlah jalan keluar tuuu... takyah laa dok buat kelaku UMNO tuu hudoh di tengoknya.... Jika menang biarlah kemenangan yg masak dan ranum bukan kemenangan yang segak diluar tetapi berulat didalam...

Itu laa dulu semasa ada kuasa tu tak nak jaga elok-elok buat ada macam tak ada jaaa... bila mai nak lawan nie maka terpaksalah pulak nak kempem mengempennya..... Jika UMNO perwakilan dia akan tanya "APA KAMI DAPAT?" tapi perwakilan PAS kawan tak tahu laa pulak... mungkin janji bulan bintang kot....

Sekarang kawan nak highlight pulak orang yang akan lawan Timb Ketua Pemuda nie... jika tengok gayanya tentu hangpa dah tahu siapa dia nie... nama dia Nasir Zakaria... dia nie MP Padang Terap rasanya Pemuda lagi kenai Nasir dari SETPOL nie...









GOOD LUCK YB.... Takyah kecoh-kecoh takyah lobi-lobi macam depa nuuuu....Insya'allah JIKA ALLAH TAALA izinkan kemenangan... dia akan sampai jua..

Ingatkan nak cari jugak gambar SETPOL nak letak dalam nie... tapi nak buat camna bab2 gambar nie selalunya pimpinan yg ada facebook mudah laa kita rapat dan follow dia punya activiti namun nama sahaja SETPOL... tapi dok cari sana cari sini tapi tak jumpa laa pulak mana dia facebook beliau...

KEPADA PERWAKILAN.. inilah dia CALON ANDA yang nak lawan SETPOL ESOK... jadi anda tilik betoi2 apa kami dah katakan sebelom dalam artikal yg lepas.... jadi buatlah pilihan yg bijak..

http://anakkedah007.blogspot.com

RM1 billion lebih bajet ayaq, BN kona kot mana? Jawab sat…

oleh KedahLa

Oleh: Tok Senapi

Penemuan terbaru mengenai angka sebenar hutang Kerajaan Negeri Kedah terhadap Pusat berkaitan air sahaja lebih mengejutkan. Bukannya RM1.7 billion seperti yang didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak buat kali pertama, sebaliknya RM1.83 billion apabila Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengemaskini akaunnya.

Sebelum ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu media bahawa hutang untuk urusan air hanyalah RM800 juta sahaja, iaitu menyiapkan infra struktur air di luar bandar. Ucapannya disiarkan oleh RTM dan beberapa media utama.

Apabila Kerajaan Negeri berjaya membuktikan bahawa hutang sebenar urusan air terhadap Pusat adalah RM1.83 billion (bukan RM800 juta sahaja), maka apakah bermakna kerajaan BN dulu menyelewengkan lebih separuh dari RM1.83 billion itu untuk projek yang bukan berkaitan air?

Mahdzir sendiri yang telah membuat pengakuan terbuka bahawa hanya RM800 juta diguna untuk urusan air, maknanya yang baki lagi tu depa kona kot lain ka?… Mahdzir kena habag hangpa buat apa lagi duit lebih RM1 bilion tu kalau bukan untuk urusan ayaq.

SPRM dok nganga apa lagi. Pilah siasat. Kena dekat PR bukan main cepat hangpa siasat, sampai terjun kot tingkap. Kena kat BN buat pekak badak.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Najib nie peningkaa..?? Bila pula DAP perjuangkan Islam...??

Najib minta PAS keluar Pakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

najib tun razak may 2011"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

umno pasBeliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

--Bernama

Anwar berjenaka dengan tuduhan seks padanya

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik.

Bercakap di hadapan 1,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 2"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.

"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.

Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?

NONE"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.

"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.

Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

BALAS SUMPAH

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.