Sunday, October 30, 2011

PAS Kecam Soi Lek Cetus Polemik Agama

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.

PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

Apa yang mendukacitakan ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam.

Tindakan bacul ini akan hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA, sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa.

Lebih malang kini, Umno yang menjadi tulang belakang BN bersikap diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponan BN terhadap ajaran Islam. Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno mengambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kekalkan keharmonian kaum di Kedah - Speaker Dun

ALOR SETAR - Semua pihak diminta mengekalkan keharmonian kaum, selain menimbulkan sikap ambil peduli sesama masyarakat untuk mengekalkan perpaduan kaum di negeri ini.

Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail berkata, bukan mudah masyarakat setempat memupuk jalinan perpaduan antara kaum, sekiranya tiada persefahaman yang tinggi dalam masyarakat itu.

“Kita sebuah negara unik yang meraikan perayaan kaum lain, kerana kita menghormati budaya dan adat sesuatu kaum. Saya harap kekalkan semangat ini untuk pelihara perpaduan sedia ada,” katanya pada perasmian sambutan Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Kedah, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Hampir 1,500 masyarakat pelbagai kaum hadir menjayakan program yang pertama kali dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Menara Alor Setar.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, S Manikumar, termasuk beberapa pemimpin PR.[Sinar Harian]

KDEB Rugi, Rakyat Untung. Mirzan Mahathir Rugi, Rakyat...???





Hebohlah juak2 UMNO dalam beberapa hari ini lantaran laporan Audit Negara. Yakni, Kumpulan Darul Ehsan Berhad(KDEB) yang duduk di bawah Perbandanan Menteri Besar sedang menanggung kerugian lantaran projek "Air Percuma".

Ada seorang bernama Hamidzun Khairuddin yang terus mengecap MB Selangor sebagai lemah dalam mentadbir. Yang hairannya, si Khairuddin GAPS ini dahulunya bukan main galak memaki dan menyerang UMNO. Sekarang ini dia pula bertuankan UMNO. Dasar manusia yang suka jilat ludah sendiri.

Berbalik pada topik asal, dulu masa Mirzan Mahathir rugi akibat syarikat beliau Konsortium Perkapalan Berhad yang menanggung hutang lebih RM1.7 billion.

PETRONAS yang didalamnya 100% duit rakyat telah mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM1.8 billion untuk menyelamatkan Mirzan dari bangkrupsi. Untungnya jadi anak Perdana Menteri. Tak tau meniaga pun takpa, bila rugi, ada PETRONAS untuk membantu.

Banding dengan orang2 seperti kita, kalau bukak kedai, mesti pastikan kedai untung. Kalau rugi, kita akan diisytihar bangkrupsi dan terpaksa kita lelong segalanya untuk bayar hutang bank.

Maka, bagi saya biarlah KDEB rugi buat masa ini. Lagipun kerugian ini adalah akibat perjanjian sebelah pihak yang ditandatangani sewaktu BN memerintah Selangor dulu. PErjanjian yang melibatkan SYABAS dan Kerajaan Negeri.

Tulang Besi

Laporan Audit : Perbuatan Selewang dah didedahkan..namun orang yg buat Seleweng masih bebas tak kena hukum apa-apa..!!

Hukum yang seleweng

SETIAP tahun kita menerima Laporan Ketua Audit Negara dan setiap tahun itu juga kita mendengar perkara yang pelik-pelik berlaku dalam pengurusan perbelanjaan di jabatan-jabatan kerajaan.

Sampai bila ia akan terus berlaku? Ia amat memalukan negara dan rakyat juga sudah bosan mendengarnya. Saya tidak nampak berlaku perubahannya walaupun setiap tahun berlaku pendedahan di Parlimen dan juga di media.

Ini kerana pelakunya terus bebas dan tiada tindakan yang diambil terhadap mereka. Perasaan malu juga tidak ada kepada kakitangan jabatan yang terlibat.

Ini kerana menteri-menteri juga mencari pelbagai alasan mempertahankannya.

Saya percaya penyelewengan yang didedahkan sedikit sebanyak akan menghakiskan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan akhirnya akan ditentukan dalam peti undi.

Ini harus diambil iktibar oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian yang membuat dasar.

Setiap tahun, kita disogokkan dengan pembelian yang tidak munasabah harganya, perlanggaran peraturan perbendaharaan dan perbelanjaan yang melebihi bajet.

Sudah sampai masanya kerajaan menubuhkan jabatan-jabatan audit dalaman di setiap jabatan kerajaan. Ketua-ketua audit ini harus melapor terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing. Ikut cara syarikat swasta menjalankan kerja audit. Kakitangannya tidak perlu ramai dan mesti dianggotai ahli profesional yang terlatih dalam bidang audit kewangan.

Setiap tahun, mesti ada 'audit plan' yang dirancang oleh jabatan masing-masing. Juruaudit harus membuat audit seperti yang dirancang. Rancangan audit ini mestilah mendapat persetujuan daripada ketua audit di jabatan masing-masing.

Hanya ketua juruaudit sahaja yang tahu kelemahan di setiap jabatan.

Dengan cara ini, kementerian dapat mengesan penyelewengan lebih awal dan membetulkannya dengan segera. Setiap kerja mesti ada jangka waktu yang mesti dipatuhi.

Tindakan mesti diambil untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan dengan sengaja. Ketua-ketua jabatan juga tidak terkecuali daripada diambil tindakan jika berlaku kesalahan yang disengajakan di jabatan masing-masing.

Inilah satu cara yang terbaik untuk memperbaiki pengurusan kewangan kerajaan. Jika tidak, kita terus mendengar berita penyelewengan pengurusan kewangan kerajaan pada setiap tahun.

Saya percaya laporan itu berasaskan audit yang dibuat secara rambang. Jadi banyak lagi yang kita tidak tahu.

MENANGKIS HUJAH ZULKIFLI NOORDIN SECARA BERILMIAH

By NARUTO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2Rev7Ka6lNH6auGpfd12J8CCLeolHfDroDBwd5cgjIS1jqByc5SZSlo49jpPTDZeqYjxRndfxNsOwDGQq-L3aJZARJboQ3rjXB9UcKe5lPEw2tsrnsdSAKyLbx2Gzj4aLx5Lc_8LoSuM/s320/3_zul.jpg

Dalam halam blog terbaru beliau, Zulkifli Noordin berhujah mempertahankan serangan beliau terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu Enakmen 4 Tahun 2002. Persoalan yang dibangkitkan beliau adalah berkisar kepada peruntukan seksyen 14 kepada Enakmen ini iaitu:
Seksyen 14. Liwat.
Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Kata Zulkifli Noordin, "Apa yang teman cuba bangkitkan dalam hujah di Parlimen baru ini ialah bukan mempersoalkan hukum atau undang-undang Islam; yang itu jelas. Tetapi yang teman pertikaikan ialah Enakmen yang dibuat oleh PAS sendiri, dan Seksyen 14 adalah antara contoh yang teman bawakan untuk menunjukkan betapa cara peruntukkan yang digubal oleh PAS sangat mengelirukan, malah boleh, dan telahpun membawa kepada fitnah. Kalau mendatangi dubur isteri itu salah, dan memang jelas salah, kenapa tidak dinyatakan dengan jelas didalam Enakmen tersebut?"

"Sebaliknya digubal dalam bentuk yang sangat mengelirukan iaitu: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangani dubur seorang lelaki atau wanita, kecuali mendatangi dubur isterinya sendiri! Bukankah itu mengelirukan? Bukankah ini bercanggah dengan segala kitab kuning yang dibawa oleh kaum yang menentang ini.Ia memberi gambaran seolah-olah bermain dengan dubur isteri itu bukan liwat, dan yang lebih malang ia boleh diputarbelitkan oleh golongan tertentu untuk menghalalkan tindakan meliwat isteri sendiri!"

Di sini saya akan menyanggah pendapat beliau tetapi dalam masa yang sama akan menurut saranan yang dimintanya, iaitu berhujah dalam ruang lingkup perundangan Malaysia dan bukannya berpaksikan kepada apa yang beliau namakan "segala kitab kuning".

Apabila kita ingin mempelajari sesuatu akta atau enakmen dalam sistem perundangan Malaysia, kita perlu membaca dan memahami Bahagian Pengenalan kepada akta atau enakmen tersebut terlebih dahulu. Ini adalah perkara asas yang diajar di dalam mana-mana kuliah undang-undang. Kebiasaannya, pada bahagian ini diterangkan kenapa akta atau enakmen tersebut digubal dan bidangkuasa yang terangkum di bawahnya serta bagaimana akta atau enakmen ini akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang yang telah sedia ada.

Merujuk kepada Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu ini, Sekyen 3 menyatakan bahawa terdapat 3 jenis kesalahan di bawah Enakmen ini iaitu:
seksyen 3(a) Kesalahan-kesalahan Hudud.
seksyen 3(b) Kesalahan-kesalahan Qisas
seksyen 3(c) Kesalahan-kesalahan Takzir

Namun proviso kepada seksyen 3 di dalam Enakmen ini menyatakan:
"Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian."

Oleh itu, apabila membaca seksyen 14 kepada Enakmen ini, seksyen tersebut secara otomatiknya adalah tidak stand alone kerana ianya perlu dibaca seiringan dengan erti proviso kepada seksyen 3 ini. Saya rasa, sebagai seorang peguam yang telah lama berkecimpung dengan peruntukan-peruntukan undang-undang Malaysia, Zulkifli Noordin tidak seharusnya khilaf mengenai perkara-perkara sebegini. Secara amnya, peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam sistem perundangan negara kita sememangnya ditulis sebegini dan Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu ini adalah bukanlah satu peruntukan undang-undang yang pertama ditulis sedemikian.

Oleh itu, bagi menjawab kenyataan Zulkifli Noordin mengenai 'kepincangan' seksyen 14 kepada Enakmen ini; kesalahan meliwat isteri boleh dihukum dengan hukuman Qisas, iaitu di bawah seksyen 37 (Menyebabkan kecederaan badan) yang dibolehkan di atas sebab proviso kepada seksyen 3 atau Hukuman Takzir, di bawah seksyen 38 (hukuman kerana menyebabkan kecederaan badan) kepada Enakmen ini bergantung kepada fakta sesuatu kes tersebut.

Seperti mana yang telah dihujahkan oleh para cendikiawan dan ilmuan syariah dalam isu yang sama sebelum ini, semangat Enakmen ini tidak lari daripada kehendak "segala kitab kuning" yang dimaksudkan oleh beliau di dalam blognya. Cuma para cendikiawan dan ilmuan tersebut tidak berhujah menggunakan sistem perundangan Malaysia seperti mana yang dikehendaki oleh Zulkifli Noordin. Namun maksud mereka tetap sama. Ini adalah kerana perkara ini adalah asas yang diperturunkan kepada umat Islam melalui Al Quran dan bukannya ciptaan manusia sendiri. Malah dalam melaksanakan hukuman itu sendiri, seksyen 38 kepada Enakmen ini masih menggunakan frasa " hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh Hukum Syarak".

Wallahualam.

Pembunuh upahan mengaku sudah insaf


SURESH (kanan) menyuap makanan kepada ibunya pada majlis pertemuan banduan dan keluarga sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – “Saya sudah insaf kerana bagi saya, kasih sayang ibu dan keluarga yang paling bernilai dan saya sanggup kehilangan wang ringgit jika diminta pilih keluarga.”

Demikian pengakuan seorang banduan yang pernah menjadi pembunuh upahan dan menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu dengan diberi upah lebih RM200,000.

Dia yang mahu dikenali sebagai Suresh memberitahu, kehidupan di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya dan apa yang dimahukannya sekarang adalah kemaafan daripada ahli keluarga.

“Di penjara, saya rindukan kasih sayang keluarga dan saya harap mereka memaafkan perbuatan saya kerana setiap manusia ada buat kesilapan,” ujarnya yang memiliki ijazah pereka gaya rambut dari sebuah kolej swasta.

Suresh ditemui pada majlis pertemuan antara 13 banduan beragama Hindu dengan keluarga masing-masing sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena di sini semalam.

Dia terpaksa meringkuk di penjara selama 10 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu.

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi?

Oleh Maclean Patrick

Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.

Sentiasa bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk, Najib memilih untuk memberikan penyokong pasukan bola satu kesempatan menonton perlawanan bola sepak di kediaman rasminya. Satu langkah bijak mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia kelas pertengahan. Sasarannya ialah menunjukkan yang Perdana Menteri adalah penyokong kuat Manchester United, sering berkomunikasi menggunakan Twitter dan turut menonton konsert musik rock. Perkataan seperti “cool” dan “awesome” telah menjadi kata-kata pengantara buat Perdana Menteri bilamana dia mendekati ‘peminatnya’.

Walaubagaimanapun, lain situasinya buat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Timbalan yang sasa tubuhnya itu sibuk membaiki sampan yang bocor, dan beliau dilihat lebih runsing memikirkan soal hidup-mati UMNO dan BN. Sebagai Timbalan Penegrusi BN, Muhyiddin berkata yang beliau telah bermesyuarat dengan parti-parti gabungan tentang persediaan menghadapi pilihanraya umum. Setakat ini, beliau telah bertemu dengan enam parti gabungan. “Saya takut jika mereka masih berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah, ia akan menjadi satu masalah pula untuk kita,” beliau berucap pada satu persidangan media.

Dalam keadaan yang tunggang-langgang

Di tahun 2008, oleh kerana ada persengketaan di dalam parti UMNO, makanya BN kalah di lima buah negeri. Dan masalah ini mungkin akan berterusan menghantui UMNO dan BN di dalam persediaan untuk PRU-13, yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat ini.

MCA dan Gerakan terus menjunam jatuh dan memberikan imej buruk kepada diri sendiri dengan ketiadaan haluan, dengan sikap membatu MIC yang jelas terlihat. Dan sebagai kepala gabungan, UMNO telah menyerang penganut Kristian dan adalah satu yang pelik bilamana tiada satupun rakan di dalam BN yang menentang, terutama apabila memikirkan yang penganut Kristian berjumlah sekitar 10% penduduk seluruh negara.

BN sekarang dalam keadaan tunggang-langgang dan mereka arif tentang itu. Mereka juga tahu yang rakyat jelata mengatahuinya. Dengan laporan Audit Negara yang baru dikeluarkan, banyak maklumbalas sudah dilontarkan dari golongan celik IT yang telah mengambil inisiatif sendiri memuat-turun salinan laporan dari laman web, membaca sendiri akan kepincangan seluruh badan-badan dan kementerian kerajaan di bawah Najib.

Legasi Najib

Penderaan kuasa amat berleluasa dan dalam beberapa perkara, ia seperti tangan kanan tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kiri. Dan inilah kerajaan yang akan diwarisi Muhyiddin sekiranya Rakyat Malaysia mengundi BN sekali lagi dalam PRU-13 nanti.

Inilah dia legasi Najib. Sebuah kerajaan yang diwar-warkan hebat tetapi sebenarnya tidak efisien dan porak-peranda menunggu masa untuk tenggelam. Nampak jelas tiada hubungan yang akrab di antara pihak Eksekutif dengan situasi di lapangan. Dari satu bahagian, pihak Eksekutif menyatakan yang rakyat Malaysia akan menikmati barang makanan pada harga rendah – sebagai contoh sepinggan makanan berharga RM3, namun yang sebenarnya ia hampir mencecah harga RM6.

Pihak Eksekutif juga bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi tetapi bagaimana ianya boleh dicapai jika soal penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sahaja tidak boleh diselesaikan. Di tambah pula banyak sekolah seperti laporan Audit Negara tidak memdapat air minuman yang bersih kerana tiada belakan elektrik untuk menjana pam air di sekolah.

Bayangkan, institusi-institusi pengajian kita kekurangan benda asas seperti air dan elektrik dan ini masih di Semenanjung. Ini belum lagi kita melihat keadaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak!

Masa untuk BN berlayar

Dengan Muhyiddin yang sentiasa sibuk bermesyuarat dengan parti-parti gabungan dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk BN terus berkuasa, Najib sibuk mencari sokongan dari golongan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Apa yang diterapkan oleh kedua-duanya sebagai 'harus menang dan harus menang besar' nampaknya hanya sorakan lantang sahaja. Tiada apa yang sedang dilakukan.

Muhyiddin berkata banyak lagi benda yang harus diselesaikan dalam memastikan rakyat benar-benar faham kesungguhan dan keikhlasan BN dalam membantu mereka. Ini adalah satu kenyataan gila dari Muhyiddin. BN telah diberikan waktu selama 50 tahun membuktikan diri sendiri, dan masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih dipercayai. Mungkin, masa untuk rakyat Malaysia berikan BN masa untuk bertafakur dan peluang kepada yang lain untuk memerintah.

- Malaysia Chronicle