Tuesday, November 1, 2011

ADUN Kota Siputeh dilarang hadir DUN Kedah


ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan yang dibuat oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.

NONE"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahu Malaysiakini.

"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Anantham Kasinater.

Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.

Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut.

Bila Tengku Adnan Bersanadkan Kepada MP 9/10


SEKALI lagi Umno menerusi Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Mansor membaca madah dan gurindam sama untuk memburukkan Pas. Tidak menghairankan kalau madah dan gurindam itu terus dikemundangkan. Dengan madah itu Adnan dan Umno mengharap orang akan membenci dan menjauhi parti Islam itu.

Katanya, Pas ditubuhkan oleh kalangan pemimpin yang kecewa dalam pertandingan untuk memecah belah orang Melayu? Itulah hujan dan keyakinan Adnan. Terlalu keras dan zalim kata-kata itu. Sebagai seorang yang berstatus Setiausaha Agung yang dikira mempunyai tahap pemikiran yang tinggi kalau pun tidak sampai ke tahap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moo tidak sepatutnya kalau Adnan mahu memburukkan Pas memakai hujah itu. Naif dan dangkal sangat.

Hujah itu samalah dengan hujah, Pak Cu Mat, Dollah penarik kereta, atau pun Mek Nab Tonggek di kampung yang berbahas memburukkan Pas di kedai-kedai kopi ataupun di pasar malam. Mereka mengambil modal lapok itu dan menjadi penyambung lidah syaitan menggunakan hujah yang disumbatkan oleh ketua-ketua cawangan yang tidak berapa tinggi persekolahannya. Bagi mereka itu tidak salah kerana pengetahuan dan ilmu mereka terhad di situ saja.

Tetapi bila Adnan juga menggunakan hujan yang sama, menganggap penubuhan Pas sebagai untuk memecah belah orang Melayu ini bererti kelas atau standard pemikiran setiausaha agung itu dua kali lima sahaja. Patutlah Umno tidak menampakkan kemajuan dalam membanggakan dalam era globalisasi ini. Dengan sikap dan pandangan demikian menyebabkan golongan cerdik pandai akan konfius dan tumpul untuk menyokong Umno.

Seorang yang tidak membaca sejarah, tahu menganalisa sejarah seperti Adnan itu tidak akan tahu hikmah ataupun manfaat di sebalik kewujudan Pas. Kalau dia seorang yang jauh pandangan dan penggali sejarah bangsa dia akan memahami dan kata-kata bahawa Pas diwujudkan untuk memecah belahkan Melayu tidak akan tersembur macam sepah pinang dari mulut Adnan.

Mulanya saya merasa marah dan kesal sangat dengan pandangan Adnan itu. Macam mana seorang Setiasuaha Agung boleh menggunakan hujah demikian. Kedudukan setiausaha agung adalah sebaris dengan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden dalam membuat dasar dan keputusan parti.

Tetapi apabila Adnan mengambil hujah untuk mengesahkan pandangan itu dari kata-kata MP 9/10.. marah saya terubat sedikit. Sebaliknya timbul rasa kesian kerana Adnan tidak cuba membaca kitab politik lebih akurat dan agung dari itu.

Hujah menguat Tengku Adnan untuk mengatakan Pas demikian kerana memakai hujah dan pandangan MP 9/10 terhadap Pas yang menyifatkan Pas mempunyai hukum hududnya sendiri bila mana Pas membentangkan hukum hudud. MP 9/10 itu cuba memesongkan pandangan umum dengan ilmu lawyernya yang pendek dan kemetot.

Adnan nampaknya mempercayai dan menyakini hujah MP 9/10 itu. Lantaran itu beliau meminta suapaya orang Pas memperbetulkan akidah berdasarkan kenyataan MP itu yang menyifatkan hukum hudud yang Pas cuba bentangkan itu sebagai hudud Pas bukan Islam.

Waduh, kenapa begitu cetak untuk Adnan memperakui dan menjadikan pandangan biul MP 9/10 sebagai hujah untuk tolak Pas. Apakah Adnan tidak membaca balasan balas dari pemimpin Pas mengenai ketidaktepatan hujah dan dakwaan MP 9/10 terhadap hukum hudud yang dibentangkan Pas semasa memerintah Terengganu. Kejahilan MP itu sudah dijelas dan selepas itu beliau tidak lagi berani berkokok. Ada malang kalau Adnan menambahkan kebiulan nya mengenai hudud dengan kebiulan MP 9/10 tersebut.

Kalaulah hujah orang demikian dijadikan sanad oleh Adnan untuk memburukkan Pas, entahlah apa jadinya dengan politik Umno dan juga negara ini. Ternyata Adnan mengambil sesuatu iktibar dan pegangan dari orang yang jahil murakab dan naif hujahnya. Saya tidak tahu atas dasar apa kalau Umno masih mengekalkan Adnan sebagai setiasusaha agung kalau bukan daar untuk terus mengekalkan Umno dalam kepompong kejumudannya.

Bukan tidak boleh mengkritik Pas atau mahu mengajak rakyat menolak parti itu, tetapi Adnan kenalah cari hujah yang kuat. Sanadnya pula biarlah sanad yang sahih. Bergatung kepada pewari yang lemah menyebabkan orang akan mentertawakan kita. Tetapi apa dikisah, sebab Adnan juga tampak begitu tohor dalam pemahaman agama dan juga gerakan siasah.

Kalau kita seorang pemain pakau, bermain pakau sajalah jangan sesekali cuba pakaukan politik negara dengan unsur-unsur mungkar itu. [ttdi.11:00 am 01/11/11].

Mohd Sayuti Omar

Idea Rakan facebook untuk rakyat KEDAH tak bayaq cukai...!!

Ada cadangan ka macamana tak mau bayaq cukai kat kerajaan pusat melalu LHDN... kita sebagai rakyat KEDAH bagi berjuta pon bukannya Kerajaan Pusat nak salurkan balik kat kita yang dok Kedah nie....depa dok suruh guna untung BALAK tu saja...habih yg kita dok bagi berjuta tu kat depa dok simpan buat apa... yang BALAK tu hasil NEGERI lanie kami nak yg RAKYAT KEDAH dok bagi kat hangpa tuuu...awat hgpa dok simpan nak faraid kat suku sakat hangpa..??? habih rakyat KEDAH yg bayaq CUKAI nie nganga saja..???
· · · 21 hours ago near Kampong Kuala Kedah, Malaysia

    • Enoi Cham keluarkan zakat dpt juga kat kerajaan negeri
      21 hours ago · · 3
    • Auzani Akramin Ahmad bayar zakat, mintak pelepasan cukai, bagi derma kat NGO yang boleh bagi pelepasan cukai, taja program-program student di Universiti, mintak pelepasan cukai..takat tu ja yang tau..
      21 hours ago · · 5
    • Muhammad Harith Alif Kepada company besaq kat Kedah ni taja la Pasukan Kedah ka , derma kat sekolah agama rakyat ka boleh dapat pelepasan cukai tak yah bayar cukai kat Kerajaan Persekutuan .
      21 hours ago · · 5
    • Kedah Lanie Cepat bagi idea untuk rakyat KEDAH jugak...
      21 hours ago ·
    • Rusdi Zainol Abidin setujuuuu
      21 hours ago ·
    • Auzani Akramin Ahmad pakat-pakat ambik tau lepaih tu pakat sebaq..biaq tak dak sekupang pun cukai pi ke pusat..
      21 hours ago ·
    • Muhsin Haji Abdullah bg bonus/duit raya utk semua rakyat negeri kedah
      20 hours ago · · 1
    • Abg Askoba nampak sangat k'jaan BN zalim dan menzalimkan rakyat kedah.... bukan semua sokong PR.... org yang dok sokong BN tu pi la pindah putrajaya....
      19 hours ago ·
    • Muhammad Harith Alif Askoba : Johor , Melaka dan Sarawak ok gak .
      19 hours ago · · 1
    • Hatta Hassan saya rasa ada jalan,yakni mintak perkenan Tuanku Sultan utk keluar dari negara Msia...nanti jadilah negara Kedah instead of negeri Kedah... ;)
      18 hours ago ·
    • Hawaii Five-o bapa borek anakpun rintiklah...1 untuk kau 2 untuk aku..
      12 hours ago ·
    • Abd Rahim Zakaria Hampeh nyok..jadi hampa bayaq zakat x ikhlas la sbb nk lari cukai..x gitu
      11 hours ago · · 1
    • Ahmad Pijun ARZ: zakat bukan kira ikhlas la pakcik..zakat tu kewajipan..dari dok bayaq cukai baik pi bayaq zakat..reti?? Laporan audit negara adalah kayu pengukurnya..duit cukai kita lah depa peguna smua tu..tak reti2 lagi??
      11 hours ago ·
    • Enoi Cham suit cukai semua bangsa boleh makan tp zakat hanya org islam saja. hat2 pun ARZ xreti. p belajar lagilah. jgn2 xtau hukum agama ka pa
      about an hour ago ·

KETURUNAN TOK KENALI DIBURU, AYAH PIN SELAMAT DI BUMI MALAYSIA



Oleh: WFAUZDIN NS

BERSUNGGUH benar nampaknya JAIS untuk menangkap Bob Lokman seperti memburu Komunis atau penjenayah besar. Apa salah Bob Lokman? JAIS kata Bob Lokman memberi tazkirah tanpa Tauliah, walaupun dikatakan sepanjang Tazkirah bekas artis terlenal itu pegawai-pegawai JAIS sendiri mengikutinya dan tiada pula mereka sebut Bob Lokman menyampaikan ajaran sesat atau songsang.

Tanda kesungguhan JAIS terbukti apabila Jabatan itu telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal tersebut kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu.

NONEBob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin. Paling menarik dan memberi kesan kepada jiwa kita apabila Bob Lokman berkata,
"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Adakah bekas Pesuruhjaya PAS, Dr Hassan Ali yang juga Exco Agama Selangor boleh tidor lena atau tidak mendengar berita buruk terhadap pendakwah seperti ini? Dr Hassan Ali sebelum ini pernah menyebut beliau tidak boleh tidor jika tidak dapat hadir di dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini. Jika setakat mahu berhimpun untuk selamatkan akidah pun Dr Hassan Ali tidak boleh tidor, masakan kezaliman yang berlaku kepada Pendakwah yang juga berhasrat untuk selamatkan akidah umat Islam seperti Bob Lokman ini boleh melenakan Dr Hassan Ali? Saya harap tidak begitu.

Kita tahu Dr Hassan Ali tiada kuasa di dalam menentukan isu agama seperti ini walaupun beliau seorang Exco Agama di Selangor. Tetapi kita harap beliau lantang bersuara sepertimana lantangnya beliau bersuara semasa isu pencerobohan sebuah Gereja Kristian oleh JAIS baru-baru ini. Ada yang berpendapat, soalnya bukan dakwah tetapi Tauliah. Jika soalnya Tauliah, susah sangatkah untuk memberi Tauliah? Setahu kita melambak kumpulan Tabligh yang menjadikan masjid-masjid dan surau tempat tidor mereka disamping mereka memberikan tazkirah. Pernahkah kita mendengar pemimpin Kumpulan Tabligh ditahan atau dikeluarkan waran tangkap? Mungkin mereka ada Tauliah atau kerana mereka bukan pro parti Politik?

Saya setuju 100% jika sesiapa yang mahu menjadi Guru Agama yang mengajar secara tetap di mana-mana masjid atau surau memerlukan Tauliah. Ini adalah bagi megelakkan Guru agama mengajar ilmu-ilmu yang sesat dan menyeleweng. Tetapi amat keterlaluan jika seseorang itu memberikan tazkirah iaitu saling ingat mengingati sesama Islam juga memerlukan Tauliah. Apatah lagi mereka gagal dibuktikan memberikan ucapan yang menyesatkan orang ramai.

Mengapa kerja dakwah ini disempitkan? Kita patut berbangga apabila seseorang artis yang dahulunya bergelumang dengan maksiat kini insaf dan ingin mengingati kita semua agar tidak menjadi sepertinya dahulu. Salahkah cara yang dibuat oleh Bob Lokman? Amat memeningkan kepala kita apabila Tauliah agama menjadi punca menyempitkan jalan dakwah, tetapi permit hiburan di negara ini tidak pernah mengalami `kesempitan' seperti itu bahkan ditaja pula.

Kali ini Bob Lokman diburu. Saya percaya tidak lama, Bob Lokman pasti akan diberkas seperti penjenayah. Berbeza dengan Ayah Pin `Kerajaan Langit', yang sudah berpuluh tahun bebas sehingga kini tidak dapat ditangkap. /wfauzdin.blogspot.com

Alhamdulillah Sahabat kami HH...Patut laa lama tak nampak..rupa-rupanya hang hijrah..!!

Husaini Harun: cyber trooper UMNO berpaling tadah?

Oleh: Tok Senapi


Sambil melayari FB malam tadi tiba-tiba terbaca posting yang dibuat oleh Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Haji Zulkifli Yahaya mengenai pertemuannya dengan Husaini Harun. Terkejut besar jugak, sebab nama Husaini Harun ni cukup 'besar' dunia politik maya. Dia berada di hampir kesemua laman sosial politik dan memberi komen pedas terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. daripada maklumat yang TS terima, HH adalah cyber trooper UMNO yang mendapat elaun tetap.. mungkin RM2000-3000 sebulan. Bila tiba-tiba dia dengan rela hati mendampingi Haji Zul, TS khuatir juga mungkin ada muslihat tertentu.. maklumlah puak2 UMNO ni strategi depa licik dan jahat. Bila TS membaca penjelasan Hj Zul mengenai pertemuan itu, TS percaya Hj Zul jugak bukan kecik anak dalam dunia penerangan dan perang saraf. Jadi TS letak kepercayaan sepenuhnya apa yang Hj Zul rancang dan lakukan..


Bagi TS jika benar HH sudah berpaling tadah dan mendedahkan segala maklumat mengenai gerak kerja 'bawah tanah' rangkaian cyber trooper UMNO, khususnya di Kedah maka ia satu pukulan maut terhadap UMNO Kedah yang sedang bertarung antara hidup dan mati.

Bola Kedah - Kapten skuad Perlis 2011, Azmizi Azmi hampir pasti sertai Hijau Kuning

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcowMGb8xqjzoeus_4Ig04JeXHHK6VrSaFvN4X7S8yjhbnomMBlLaKAoutqujHfvy8E15NnczNnX4KmCECiAparWYUt1eXmwxam05tdagKXqFMa9Cso6SusWOI-ANo54gkMupETsQlP3I/s1600/181955_153126441411843_153122674745553_321473_6453608_n.jpg

HAMPIR PASTI!

Kapten skuad Perlis 2011,Azmizi Azmi yang baru-baru ini telah beraksi bersama skuad Kedah sebagai pemain pinjaman telah berjaya memikat pihak pengurusan KFA untuk mengikatnya sebagai pemain tetap mereka.

Selain itu lebih manis apabila Azmizi juga telah berjaya memikat hati puluhan ribu PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING taktala tiap kali melihat aksinya.Sudah pasti kehadiran Azmizi akan lebih menyegarkan bahagian tengah Kedah yang agak malap setelah ketiadaan Master-mind mereka,Nelson Sam Martin pada 2008 dan juga Ahmad Fauzi Shaari yang dikhabarkan akan bersama Negeri Sembilan/Selangor pada musim hadapan.

— with Tbo Ciboyo.

Seksualiti Merdeka 2011 : Kembalilah kepada Fitrah

06 Dzul al-Hijjah 1432 / 02 November 2011

Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya " Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka

Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan Human Right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.l

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah ar Ruum : ayat 21

Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah swt. sebagaimana murkanya Allah swt ke atas kaum Nabi Luth as. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.

Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir ummatnya yang ramai.

Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak.

Riwayat Imam Ahmad

Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan pada gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama. Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah swt selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita.

Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal. Dewan Pemuda PAS yakin, jika mereka mendapat bimbingan wajar dari pihak berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan, perkara ini dapat dibendung dengan baik daripada terus menular lalu membentuk satu budaya.

Inilah rasionalnya Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah agar tidak meluluskan penganjuran konsert icon gay Elthon John di negara ini sebagai langkah menutup pintu - pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Walaupun dikatakan Elthon John tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.

Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, aqal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas ticket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.

Secara analoginya boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas.

Dewan Pemuda PAS merayu agar mereka kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia. Formula kehidupan Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Ar Ruum ayat 21. Dewan
Pemuda PAS sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini.

Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang.
Terdapat 2 perkara yang tidak boleh menyelesaikan masaalah dan konflik jiwa mereka .

Pertama : perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.

Kedua : biarpun mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang, mereka tetap tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki anak kandung yang tentunya hadhir secara fitrah.

Sedangkan dua perkara inilah antara pelengkap kebahagian dan kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah ketenangan hakiki.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia