Thursday, June 30, 2011

Isu Dakwat : SPR - Suruhanjaya Pembelit Rakyat..!!!

Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat

Hampir mustahil'

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.

Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian,
katanya.

Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.

Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.

Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk

Ulasan GB

Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu?

Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu.

Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu.

Ok, itu alasan dulu.

Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk.

Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini:

Jerai bakal jadi pusat buah


YAN - Jabatan Pertanian Kedah berhasrat menjadikan Parlimen Jerai pusat pengeluaran buah-buahan tempatan terkemuka di Kedah dalam tempoh masa terdekat.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Mohd Muhaimin Ibrahim berkata, jabatan itu mengenal pasti lebih 400 hektar tanah terbiar di Parlimen Jerai yang dianggap berpotensi untuk dipulihara dan dimajukan dengan tanaman buah-buahan tempatan pelbagai jenis melalui program Projek Pemulihan Tanah Terbiar (PPTT).

Menurutnya, hasrat jabatan untuk membantu meningkatkan ekonomi lebih 2,200 petani buah-buahan tempatan sekitar Parlimen Jerai diperkukuhkan lagi dengan faktor muka bumi dan tanah kawasan itu yang terletak di kaki Gunung Jerai dan beriklim sederhana panas, sesuai untuk tanaman buah-buahan tempatan terkemuka seperti durian, rambutan dan manggis.

“Bermula tahun 2010, lebih 30 hektar tanah terbiar di kawasan Singkir Darat berjaya dikumpul pihak jabatan untuk diusahakan di bawah projek PPTT termasuklah tanah dusun yang mempunyai tanaman buah-buahan tempatan yang berusia lebih 30 tahun untuk dijalankan penanaman semula.

“Melalui program PPTT, setiap satu hektar tanah terbiar yang dimajukan jabatan akan diberi bantuan RM20,000 meliputi kos baja, pembersihan kawasan, pembelian benih tanaman dan infrastruktur kawasan dusun dan setakat ini, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha dusun tempatan,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Program Membasmi Musuh Tanaman dan Taklimat Pertanian di Kampung Singkir Genting, di sini baru-baru ini.

Mohd Muhaimin berkata, pada tahun ini, jabatan merancang mengusahakan program PPTT di Tanjung Jaga, di sini di atas tanah terbiar seluas 70 hektar dan yakin mampu meningkatkan keluasan sehingga 200 hektar sekiranya lebih ramai pengusaha buah-buahan berminat menyertai program itu.

Menurutnya, daerah Yan menjadi pilihan jabatan dalam beberapa kategori buah-buahan untuk dimajukan dan dikomersialkan ke luar negara terutamanya durian, rambutan, manggis dan cempedak.

“Jabatan Pertanian akan memastikan lebih banyak buah-buahan tempatan keluaran Parlimen Jerai dikomersialkan ke peringkat luar negara sebagaimana saranan Kementerian Pertanian sebelum ini,” katanya.

khas untuk sahabatku "UMNO" - Kualiti kepemimpinan Umno..!!

Kualiti kepemimpinan Umno — Sakmongkol AK47
June 30, 2011

http://umnonibongtebal.my/images/logoumno.gif
30 JUN — Bila saya cakap, orang Umno marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk Umno. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang.

Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.

Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik Umno. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan Umno ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan Umno yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah.

Keangkuhan orang Umno menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan Umno pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah.

Kalau mereka pergi turba( turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan.

Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan 'mampu' di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT.

Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta.

Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO.

Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini.

Orang Umno sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertanding pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan Umno lupa tabiat buruk orang Umno. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang Umno hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun.

Di dalam Umno bahagian Pekan sendiri pun, keadaannya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya Umno operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. Mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. Berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang.

Selebih dari itu, Umno Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjukan lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu.

Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Bodynya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini.

Mungkin kerana inilah sebab nya, penerangan Umno Pekan tidak perlu aktif. Ketua nya nak jadi calun dan kalau ada isyarat jadi calun baru nak kerje 26 jam sehari. Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda Umno bahagian Pekan.

Saya boleh bercakap sedikit mengenai Umno bahagian Pekan, sebab saya datang dari sana. Dan saya mengikuti perkembangan Umno bahagian tersebut. Bendahari dok sibuk sana sini cari upti konon untuk menambah sumber tabung. Supaya Umno bahagian banyak duit untuk bayar perkerja dan soldadu pilihanraya.

Jika ini berlaku dalam Umno bahagian PM, ianya berlaku di tempat lain. Saya gerenti inilah yang di amalkan.

Apa yang jadi pada Umno kita?

Berapa kali saya mahu bilang, yang Umno nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal? Orang Umno sendiri sudah tidak boleh bercakap bagi pihak orang Melayu?

Ibrahim Ali bukan ahli Umno dan tidak mewakili orang Melayu. Jika Ibrahim Ali di anggap sebagai bercakap bagi pihak orang Melayu, ini lah hari yang paling malang. Jika Raja Ali Haji atau pendita Melayu yang lain cakap bagi pihak Melayu, itu ada standard. Tapi jika Ibrahim Ali- mana standard Melayu?

Ini tidak bermakna, kita memperkecilkan kemahiran Ibrahim Ali. Dia pakar mengembeling ramai orang turun padang. Tapi setakat itu sahajalah apresiasi saya kepada Ibrahim Ali.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa apa yang di lakukan oleh Ibrahim Ali tidak lah unik dan suatu yang luar biasa. Bung Mokhtar, Mohd Abdul Aziz, Tajudin Rahman, Nazri Aziz boleh melakukan perkara yang serupa.

Anyone from PEMUDA Umno pun boleh melakukan apa yang Brahim Ali lakukan. Kerana ia tidak memerlukan kapasiti minda yang luar biasa.

Tapi berapa ramai yang boleh melakukan seperti Raja Ali Haji atau Tun Sri Lanang? Itulah maksud saya.

Adakah Umno sudah tidak percaya kepada kemampuan nya untuk menjadi jurubicara orang Melayu? Mana jatidiri Umno dan pimpinan Umno?

Saya mahukan orang Umno melihat sendiri betapa sedihnya keadaan Umno hari ini. Apa sudah jadi kepada kualiti Umno apabila Umno memerlukan orang seperti Ibrahim Ali bercakap bagi pihak orang Melayu? Bercakap dalam nada bagaimana pula?

Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam. Orang Melayu hendak berkelahi sesama Melayu kah? Mereka masih tidak tahu hidup sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza?

Bagi pihak Melayu macam Umno yang Ibrahim Ali bercakap? Dan mengapa Umno sangat takut kepada perarakan Bersih? Adakah mereka tidak percaya bahawa segala budi yang di tanam selama ini tidak di hargai oleh rakyat? Kecuali lah selama ini yang rakyat dapat adalah kulit2 roti manakala roti di baham oleh elit dan bangsawan Melayu. Nampaknya, Ibrahim Ali jadi jurucakap kepada kumpulan seperti ini.

Kualiti Umno berada dalam tahap yang menyedihkan apabila ia hanya mampu mengekali relevance nya pada suatu kelompok orang Melayu dengan bertunjang kepada skendel seks. Umno melakukan kesilapan yang amat besar jika menyangkakan masaalah nya selesai semua bila molakapkan Anwar Ibrahim. Cara Umno menangani dan mengendali kes Anwar Ibrahim menunjukkan betapa rendah nya mutu pemikiran Umno.

Anwar Ibrahim is already doomed. Peluang untuk jadi PM besar kemungkinan sudah tidak ada. Adakah rakyat negara ini boleh bernaung di bawah seorang PM yang menghabiskan 90% masa nya menangkis tuduhan salahlaku seks oleh nya? Tidak ada kerja yang akan dapat diselesaikan jika demikian. Anwar Ibrahim is already a damaged good untuk di jadikan model pimpinan.

Apa yang di lalui oleh Anwar Ibrahim sekarang sudah cukup mengurangkan kredibiliti nya sebagai pemimpin. Namun begitu, tuah Anwar sebenarnya, seperti yang di nyatakan oleh Zaid Ibrahim terletak kepada tongong nya Umno dalam mengendali kes nya.

Bayangkan ini. Bila Anwar Ibrahim di lokapkan, bagaimana Umno menjustifikasikan kehadiran nya dalam ingatan orang ramai? Apa jembalang yang hendak di lawani oleh Umno? Umno lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri.

Umno jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah.

Kenalah Umno berkerja keras untuk mencungkil skendel seks orang lain pula. Ertinya, Umno ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri . ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan.

Apa sudah jadi kepada prinsip dan landasan perjuangan Umno? Umno ujud pada tahun 1946, membangkitkan orang Melayu menentang suatu bentuk kemungkaran. Kemungakaran tersebut muncul dalam bentuk idea suatu Malayan Union.

Ertinya, sebermula Umno itu ujud untuk menentang segala kemungkaran. Bagaimanakah perarakan Bersih yang disertai bersama oleh majority orang Melayu boleh di samakan dengan idea Malayan Union? Malayan Union memang betul boleh mengakibatkan peminggiran bangsa Melayu, tapi bolehkah Bersih mendatangkan kesan yang serupa?

Tapi hari ini orang Melayu adalah penduduk majority. Jentera kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Kedudukan politik orang Melayu tetap kuat. Sebab jika kita bilang, jumlah MP Melayu tetap ramai. Orang Umno kena terima bahawa orang Melayu yang tidak berada dalam Umno, tetap Melayu setulen yang berada dalam Umno.

Jadi mengapa perarakan Bersih membuat Umno gusar dan Perkasa melenting? Kepentingan siapa yang jadi terancam?

Umno and the government are handling the Anwar Ibrahim case foolishly. Semalam kita dengar bahawa mahkamah menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk menayangkan video lucah yang di katakan melibatkan Anwar Ibrahim. Pihak mahkamah membela diri dan menyatakan ia memiliki hak.

Dan ia telah menunjukkan akan hak tersebut dengan membenarkan pihak peguambela 3 orang tertuduh, mengistiharkan bahawa mengikut perakuan pakar, video tersebut sahih dan 99.99% actor tersebut ialah Anwar Ibrahim.

Saya tidak tahu, adakah ujudnya kaedah menunjukkan bahan bukti yang baru. Kepada saya, pihak majistret sepatutnya memberhentikan pengistiharan tersebut. Pertama ianya adalah bukti hearsay. Kita dengar nya melalui pihak ketiga dan tidak ada pihak pembela yang di benarkan untuk menghujjahi pembentangan deklarasi tersebut.

Kedua, ianya tidak releven dalam kes ini kerana, terma rujukan mahkamah ialah menghukumi kesalahan menayangkan video lucah dan memiliki video lucah. Terma rujukan mahkamah bukanlah mencari kesahihan video tersebut. You cant justify doing something that is against the law. Jika ianya bertujuan mencari kesahihan video tersebut, pihak mahkamah mesti mengadakan panel pakar untuk mendengarkan kes kesahihan video tersebut. Dan orang yang di tuduh, walau bagaimana kita benci pun, mesti di beri keadilan membela diri.

Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si Anwar Ibrahim? Pihak mahkamah sepatutnya memberhentikan cerita pelipur lara hati pimpinan Umno yang berduka melihat kualiti parti kian menurun.

Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh sistem keadilan negara kita? Ianya menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia sebetulnya berada at the mercy system keadilan Negara ini dan pengamal sistem tersebut dan kita tidak ada peluang langsung untuk mendapat keadilan dan mendapat layanan merciful dari system keadilan kita. Si majistret telah mencemarkan system keadilan negara ini dengan membenarkan penceritaan perlipur lara dalam mahkamah terbuka.

Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia. Mahkamah kita, dengan membenarkan penayangan video lucah tersebut dan membenarkan penghuraian yang mengikuti nya untuk mamfaat 3 serangkai telah compromise dignity dan integrity dirinya menjadi platform untuk suatu pihak yang berkepentingan berkhutbah mengenai agenda politik.

Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai? — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

UCAPAN para pembesar negara menafikan perlunya BERSIH...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIdLgVN8xHyKr8uZLzS0Vsl7JkTp7S6wI_u74l-1FdhzN6pj_nVAGHTy0eACCOBQEaE6troOX4zs20rEIYjFwWF0_oaysVh75Ospjttc_5B4l77N7POkQ78earQtIRIQKWhbt-MArD3Gqx/s1600/dsc_8014.jpg
UNTUK MAKLUMAN TEAM BOLA KEDAH NIE TAK ADA
SANGKUT PAUT APA PON DENGAN BERSIH SAJA JA NAK
HABAQ KATA JERSEY TEAM KEDAH LAWA OOOOO...!!!


Kata SPR: Hampir mustahil mengundi dua kali
Kata Rahim Tamby Cik : Hampir mustahil saya wat kat budak sekolah
Kata Polis : Hampir mustahil la polis rasuah
Kata SPRM : Hampir mustahil la kita tolak Beng Hock
Kata Muhyidin : Hampir mustahil la saya tak taw agama
Kata Najib : Hampir mustahil BN menang kali ni.....

Tok Bashah jenoh kelupog

Oleh: Lang Tok Teh

Dulu mana pernah dok dengag Kafalah, sejak Kedah diperintah oleh pakatan rakyat baru dengag kafalah. Kafalah tu menatang apa? Sebahagian rakyat tak tau Kafalah tu menatang apa Tok Bashah lagi la tak tau kafalah tu menatang apa...

Kafalah tu dalam manifesto pakatan rakyat PRU12 pun mana ada sebut. Kafalah yang tak dak dalam manifesto pun kerajaan pakatan rakyat bagi, bukan kah ini merupakan satu pencapain bonus, yang rakyat kedah dapat termasuk orang umno pun dapat, penyokong kuat Tok Bashah pun dapat.

Masa ada peluang dulu pasai apa umno tak buat menatang ni? Nampak sangat umno mana pikiag tentang kebajikan rakyat. Tok Bashah nak kata apa lagi.

Tok Bashah nampak gelabah sangat dengan buku pencapaian kedah sejahtera. Contoh Hasil balak setiap tahun meningkat,laporan peningkatan hasil balak bukan boleh muhong, laporan audit Negara 2009 hasil pengurusan hutan kedah meningkat 205%.

Pasai balak ni Tok Bashah nak belit rakyat kedah lagu mana.Kepada pemberita, Tok Bashah kata, dia masih ragu-ragu tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut,dia bagi tahu kepada pemberi, dia akan tanya dalam siding DUN pada bulan Julai ni tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut. Tiba–tiba esok didapati ada satu risalah bertajuk Kedah Tertipu, kandungan dalam risalah tersebut mengandungi fitnah, pembohongan jahat terhadap kerajaan pakatan rakyat. Lalu beberapa ahli Pas Alor Setar membuat repot polis berkenaan risalah tersebut.

Belum pun polis sempat menyiasat siapa penerbit risalah tersebut, Tok Bashah dan Othman Aziz dah buat penafian, mengatakan umno tidak terlibat dengan cerita-cerita fitnah yang terkandung dalam burisalah itu. Orang yang pi buat repot tu pun mana ada tuduh umno buat. Tapi semua yang baca risalah haram itu mengatakan ini kerja umno, kerja fitnah lagu ni, kerja buat umno, Dalam buku pencapaian kedah sejahtera juga menyebut, hutang-hutang kepada pemain bolasepak kedah sebanyak 5 juta semasa Tok Man Aziz jaga KFA, dah pun kerajaan pakatan rakyat selesaikan. Boleh beli bas lagi.

Nak selesai hutang KFA, mana ada sebut dalam manifesto PRU 12, tapi semua ini dilakukan atas dasar rasa tangungjawab. Paling syok, pakat-pakat mai sidang dewan bulan julai ni,kita tengok macamana Tok Bashah kelupog....

http://kedahla.blogspot.com

Ceramah BERSIH 2.0 di Seberang Jaya dihalang dengan Perintah Mahkamah!



Bagi aku ini satu tindakan yang bijak oleh pihak Polis Pulau Pinang, mereka menggunakan saluran yang betul untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung di Tapak Ekspo,Seberang Jaya malam ini.

Antara yang tertulis dalam perintah Mahkamah itu ialah..

DAN BAHAWASANYA : Telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa kamu(Dr. Tan Kim Woon, Mohammad Sabu,Ong Chin Wen, Mohd Hanif, Dato Ambiga,Lim Guan Eng, semua orang yang dikenal pasti oleh anggota dan pegawai polis) dan penyokong BERSIH 2.0 akan meneruskan Ceramah/Perhimpunan yang dicadangkan itu walau tidak ada kelulusan oleh Pihak Berkuasa.

Oleh yang demikian perhimpunan ini adalah dilarang..

Bagaimanapun perhimpunan tetap diteruskan dengan lokasi yang berbeza.. aku rasa SMS dah bertebaran keseluruh Pulau Pinang dah buat masa ini..

Dan ada pihak yang melaporkan kesesakan telah berlaku sepanjang 1.5km kerana pihak Polis telah mengadakan sekatan Jalan Raya menghala ke Seberang Jaya..

Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidi"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya.

Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan.

Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (bawah) (BN-Pasir Salak) yang bangkit pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan.

"Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?” soalnya.

NONEBeberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka.

Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang btidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haramtetapi juga melarang penggunaan kemenja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.