Saturday, April 30, 2011

BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG

Oleh: WFAUZDIN NS

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

Laksana Qazaf, tolak 'Sumpah Fitnah'!

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh semua pihak yang bersekongkol dalam ‘menjayakan’ upacara Majlis Sumpah Laknat semalam.

Tindakan ini telah dengan terang-terang mencemari kesucian rumah Allah dan mencabar kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ingin ditegaskan di sini, tiada istilah Sumpah Laknat di dalam Islam melainkan Sumpah Li’an dalam pembuktian tuduhan zina yang melibatkan suami-isteri.

Dalam kes ini, kegagalan pihak Datuk T mendatangkan 4 saksi yang layak, telah dengan jelas mensabitkan mereka dengan hukuman Qazaf (80 kali sebatan). (Rujuk Surah An-Nur: Ayat 4)

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar seluruh rakyat khususnya Umat Islam agar tidak mudah terpengaruh kepada propaganda terbaru tajaan UMNO ini yang dipentaskan demi memastikan mereka terus bernyawa. Jelas dalam kata lain, majlis yang diadakan semalam itu bolehlah dikelaskan sebagai perkara Bid’ah Dalalah (Pembaharuan dalam Islam yang menyesatkan) dan lebih tepat lagi, ia adalah hanya Sumpah Fitnah semata-mata.

Justeru, kami Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar Datuk T yang diketuai oleh Datuk Rahim Tambi Chik agar segera BERTAUBAT atas kesalahannya mencemarkan kesucian Islam & rumah Allah dalam majlis tersebut. Keengganan mereka untuk bertaubat adalah cerminan mereka sengaja mencabar kemurkaan & laknat Allah ke atas mereka bertiga dan semua pihak yang bersekongkol dalam rekayasa Sumpah Fitnah itu.

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden UMNO, ada ingatan untuk beliau. Kami ingin mengingatkan beliau agar tidak ambil sikap selesa & ‘cuci tangan’ di belakang peristiwa Sumpah Fitnah tersebut. Keterlibatan pihak berkuasa untuk ‘menjayakan’ pementasan fitnah tersebut tidak boleh hanya dilihat sebelah mata. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas aib yang ditanggung oleh Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya atas siri-siri ‘Kebodohan & Perlecehan agama’ yang terjadi dan ini amat mencalar maruah Islam & Negara!

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) suka ingatkan Datuk Seri Najib, bahawa kes ini bukan kes peribadi. Ia tidak lebih hanyalah kes Fitnah yang mencabar kemarahan rakyat. Ia juga adalah secara terang-terangan, satu rekayasa fitnah ‘Politically Motivated’ untuk menjatuhkan musuh utama politik UMNO-Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, demi membuktikan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, AMKPP di sini dengan tegas MENCABAR Perdana Menteri untuk;

1) Kes ini segera DIADILI di Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang Qazaf.

2) Menggesa pihak Polis tanpa lengah, SEGERA menangkap Datuk T atas kesalahan melanggar Seksyen 292 (A) atas kesalahan memiliki & menayang video lucah.

3) Menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dengan segera menggunakan kuasa MENGHALANG penyiaran klip video fitnah dari terus tersebar di blog dan televisyen arus perdana.


Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

BN sapu duit PKB untuk PRU 12 macam reta meredak tok nenek depa

Oleh: Tok Senapi

Tak habih lagi cerita di zaman BN. Permodalan Kedah Berhad (PKB) adalah syarikat GLC di bawah Menteri Besar Diperbadankan.

Antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

PKB bukan badan kebajikan. Anehnya menjelang pilihanraya umum ke 12, PKB menjadi begitu pemurah berbelanja wang kononnya kepada fakir miskin, dalam program-program politik BN. Itu cuma yang tertera di atas kertas, tetapi hakikat itu wang itu diguna untuk 'membeli undi' BN.

PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk BN menghadapi pilihanraya umum. Di mana tanggungjawab pihak atasan, PKB sebagai sebuah syarikat korporat yang besar telah membuat pemberian tunai tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pengesahan penerimaan dan pembayaran?

Sewaktu pilihanraya itu juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Kerja-kerja sosial yang dimaksudkan ialah membekal peralatan pilihanraya BN dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.

'JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN'

Laa Najib nie.. Orang Tak kelapaq pun dok nak mengorat situ laa..

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak

KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.

“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Oleh G Manimaran - Malaysian Insider

Menangani masalah e-jenayah


Mangsa hanya perlu klik dan memasukkan maklumat peribadi dan sekelip mata segala wangnya berpindah tangan. - Gambar hiasan.

Apa saja namanya jenayah siber atau jenayah elektronik (e-jenayah) sasarannya hanya satu untuk menipu orang ramai dengan mendapatkan maklumat peribadi bagi memudahkan mereka merompak wang mangsa tanpa disedari.

Kes-kes jenayah elektronik merentasi sempadan kerana penjenayah tidak perlu berada di tempat kejadian seperti yang berlaku pada kejadian jenayah biasa.

Segalanya berlaku di hujung jari. Mangsa hanya perlu klik dan memasukkan maklumat peribadi dan sekelip mata wangnya berpindah tangan.

Walaupun tidak melibatkan nyawa tetapi e-jenayah melibatkan kerugian mencapai angka trilion di seluruh dunia dan jika tiada langkah sewajarnya diambil, ia akan merebak menjadi wabak.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga mayat terbujur di depan kita seperti jenayah biasa," kata Setiausaha Agung Anti Phishing Working Group's (APWG), Peter Cassidy semasa sidang media sempena Sidang Kemuncak Counter-e-Crime Operations ke 5 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 April di Kuala Lumpur.

Kesedaran

Beliau menambah, syarikat keselamatan komersial, organisasi kerajaan dan antarabangsa, agensi penguatkuasa undang-undang dan persatuan industri di seluruh dunia sedang mempertingkatkan usaha mencari jalan bagi menyatukan usaha dan berkongsi maklumat agar dapat membantu siasatan dan melindungi pengguna.

Sidang berkenaan merupakan anjuran bersama Cybersecurity Malaysia - sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan APWG bagi mengumpulkan pejuang dan pembanteras e-jenayah seperti golongan profesional, pakar keselamatan siber sehingga kepada penggubal dasar dari seluruh dunia.

Apa yang penting jelas Cassidy adalah kesedaran di kalangan pengguna Internet.

"Semua golongan profesional perlu bekerjasama membantu orang ramai bagi menangani masalah e-jenayah yang semakin meruncing.

"Dibandingkan dengan lapan tahun lalu, senario e-jenayah kini boleh dikategorikan sebagai satu industri yang semakin membesar dengan struktur organisasi yang lebih sistematik," katanya.

Jika dulu sasaran bagi jenayah phishing disasarkan kepada kumpulan besar tetapi kini hanya pada satu organisasi yang kecil.

Pengarah Keahlian merangkap Timbalan Setiausaha Agung APWG, Foy Shiver bercerita mengenai e-jenayah yang mensasarkan Credit Union di universiti atau organisasi dengan menghantar e-mel phishing bagi cubaan mendapatkan maklumat atau nombor akaun perbendaharaan.

Bagaimanapun statistik kerugian tidak dapat diperolehi dengan tepat kerana ramai pengguna Internet yang tertipu hanya beberapa ratus atau ribu (Ringgit Malaysia) dan mungkin ramai tidak melaporkannya.

"Tetapi sebenarnya aktiviti penipuan di Internet melibatkan mungkin trilion dolar Amerika Syarikat di seluruh dunia berdasarkan kepada bilangan mangsa," katanya.

Kini e-jenayah bukan lagi jenayah tempatan tetapi jenayah yang merangkumi sempadan dan mereka yang terlibat begitu mudah melarikan diri dengan menggunakan domain lain di negara lain.

Foy menambah, kempen kesedaran e-jenayah adalah penting sama kerajaan membasmi perebakan virus atau bakteria bagi penyakit berjangkit.

"Langkah-langkah pencegahan yang patut diambil sama seperti memastikan slogan APWG iaitu stop, think, connect digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia," katanya.

Beliau berharap slogan akan dijadikan rutin seharian apabila membuka Internet sehingga menjadi warisan generasi di masa depan.

Justeru Sidang Kemuncak CeCOS, para profesional siber akan berkumpul bagi saling bertukar pengalaman dan pandangan serta menjalin rangkaian kerjasama untuk membanteras e-jenayah.

Antara topik menarik yang akan dibentangkan di Sidang Kemuncak CeCOS ke-5 adalah:

nKajian kes antarabangsa oleh ahli e-Crime dan pakar keselamatan mengenai eCrime di negara masing-masing

nTeknologi dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber

nKeburukan media sosial

nPenyalahgunaan domain atasan dalam penipuan dan serangan e-Crime

nStrategi yang berkesan untuk melindungi pengguna daripada jenayah elektronik

Sidang kemuncak CeCOS ke 5 mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa syarikat gergasi seperti Hitachi Information System, Microsoft, MarkMonitor, Google serta Global Transit Communications.

Utusan Malaysia

Liga Malaysia : Perak 1 Vs 3 Kedah

perakkedah





Kenduri Kampung Sinar Harian dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Padang Terap

Kenduri Kampung Sinar Harian meriah

PADANG TERAP - Matlamat Sinar Harian di dalam usaha untuk memupuk masyarakat setempat untuk bersatu-padu di bawah Program Karangkraf Peduli Muafakat dapat diterjemahkan melalui Jom Kenduri Kampung Sinar Harian di Kampung Baru dan Kampung Pasir Puteh Mukim Tualak, Kuala Nerang, semalam.

Lebih 1,000 penduduk setempat hadir bermula pagi untuk menyertai acara gotong-royong menyediakan bahan masakan kenduri manakala kanak-kanak pula mengikuti acara sukaneka yang disediakan,

Terdahulu, malam sebelumnya, penduduk kampung turut mengadakan bacaan Yasin sempena program itu dan penduduk kampung juga tidak keberatan membantu skuad Promosi Sinar Harian menyediakan tempat program pada keesokan harinya.

Muafakat di antara penduduk jelas kelihatan apabila mereka masing-masing bergilir-gilir memasak gulai, membakar ayam berempah dan sebagainya.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Padang Terap kemudiannya bersambung selepas solat Jumaat dan turut diadakan program sumbangan kepada 30 keluarga yang dipilih oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) setempat.

Sumbangan berkenaan diberikan oleh Beras Faiza Sdn Bhd, Restoran Nasmir Nasri Kandar, Syarikat Serbuk Kari Fairos, Syarikat Jeruk Pak Ali, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), RRM Marketing dan Serbuk Pencuci Mama.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.