Showing posts with label Manifesto. Show all posts
Showing posts with label Manifesto. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Wednesday, August 1, 2012

Guru Quran dan Bidan kampung terus dihargai oleh Kjaan Negeri Kedah

BALING -  Seramai 115 Guru Al-Quran dan 191 Bidan Kampung dalam Daerah Baling menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri sempena majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar di Masjid Kampung Makbud, Charok Bemban, Kupang, di sini.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung di negeri ini.

“Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung oleh Kerajaan Negeri dan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).


Menurutnya, penghormatan yang tinggi perlu diberikan kepada guru-guru agama kerana mereka banyak membantu dalam meningkatkan ilmu agama di negeri ini.

“Peranan guru-guru agama amat penting dalam mendidik masyarakat agar celik Al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Baling, Abdul Shukor Abdul Ghani dalam ucapannya berkata, program ini merupakan program kali keempat yang diadakan di Daerah Baling sejak tahun 2009.

“Pada tahun 2009, program penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung diadakan di Dewan Tun Abdul Razak,” katanya.
Abdul Shukor menjelaskan, program itu diteruskan pada tahun 2010 di Masjid Kampung Panda, Mukim Bayu.

“Pada tahun 2011, program penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung diadakan di Kampung Gas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil,” ujarnya.

Tambahnya, Daerah Baling adalah Daerah yang paling ramai menerima sumbangan pada tahun ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, YB. Encik Johari Abdullah; ADUN Kuala Ketil, YB. Tuan Haji Md. Zuki Yusof dan Pengurus Besar YINK, Tuan Haji Abdul Rahman Ismail.

Thursday, August 4, 2011

Pakatan Kedah tunai janji pilihan raya, yakin rakyat terus beri mandat

ALOR SETAR, 4 OGOS – Semenjak mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tiga tahun lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah telah menunaikan manifesto Kedah Sejahtera dengan lebih 80 peratus daripadanya telah dilaksanakan.

Malah, usaha tambahan yang tidak terkandung di dalam manifesto itu juga dilaksanakan, termasuk pelancaran Skim Kafalah, pembinaan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, penubuhan Majlis Ketua Kampung/Komuniti serta mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk bantuan pendidikan di Kedah.

Selain itu, toleransi dan sifat penerimaan antara kaum juga bertambah positif, berbanding ketika pemerintahan UMNO dan BN.

Exco Kanan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Kedah telah memberi impak positif kepada rakyat.

Dengan itu, katanya, tidak mustahil Pakatan akan kekal sebagai keajaan di Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, masyarakat di negeri ini juga sudah mengamalkan toleransi yang kuat antara kaum dan agama.

“Bagaimana pun, kerajaan sentiasa berhati-hati agar isu-isu sensitif seperti tempat penyembelihan babi, dan kuota perumahan di sini tidak dimanipulasikan oleh UMNO-BN,” katanya kepada Roketkini.

Menurut Phahrolrazi, siatuasi di Kedah agak berlainan berbanding negeri Pakatan lain kerana mentaliti masyarakat di Negeri Jelapang Padi ini agak sensisitif berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan agama.

“Di Kedah lain sedikit dari negeri Pakatan yang lain. Contohnya di Pulau Pinang, (Lim) Guan Eng boleh selesaikan isu masalah babi tanpa rungutan oleh semua kaum, tetapi di Kedah agak sukar untuk menerangkan kepada rakyat, walau pun sebenarnya tujuan pemindahan pusat penyembelihan babi itu ialah berkaitan pencemaran, bukan kebencian atau sensisitiviti terhadap babi,” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah kerana BN telah menanam sifat sebegini sejak 50 tahun dahulu lagi ke dalam pemikiran rakyat.

“Bagaimana pun, perubahan untuk mengubah persepsi itu makin menaik hari ke hari dan secara rata-ratanya, rakyat dan pegawai-pegawai awam sudah dapat menerima corak budaya baru bawaan Pakatan,” katanya. – Roketkini.com

Tuesday, August 2, 2011

UMNO KEDAH dah tak tentu arah..dari dok tembak bab manifesto terus kalih ke isu Tabung Amanah Jalanraya..!!!

Manifesto PAS Kedah cemaskan BN

Oleh AZAMIN AMIN

Bagai menusuk ke mata sendiri, pedihnya tidak terkata. Laksana lipas kudung dan cacing kepanasan lagaknya tatkala melihat kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Pembangkang BN tak tentu arah. Asalnya merekalah meminta kejayaan yang dicapai disenaraikan dan setelah diedar sejumlah hampir 100,000 risalah 'Manifesto :Pencapaian Kita', mereka jugalah berdolak dalik mempertikaikannya pula. Lebih-lebih lagi bagi Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato Ahmad Basha yang cuba menjadi juara untuk meranapkan imej kerajaan negeri.

Dalam dia tak diam, dalam BN membuat bising dan meraung sini sana, sudah tiga tahun lebih Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dan membela nasib rakyat negeri ini. Sedar ataupun tidak sudah 82 peratus Manifesto telah terlaksana. Pakatan Rakyat khususnya PAS Kedah bukan kjenis yang mendabik dada atau menjaja sini sana, namun setelah berkali-kali BN 'menjual', PAS juga tidak segan silu 'membeli' dengan harga yang mahal!

Buktinya, lahirlah buku risalah Manifesto yang menyenaraikan 15 perkara utama yang telah dijanjikan oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke -12 yang lalu. Lebih telus lagi, risalah itu juga menyenaraikan 7 perakara yang belum dilaksanakan. Ini termasuklah 3 bahagian yang membicarakan 46 perkara yang telah dilaksanakan dan 3 perkara dalam proses.

Lebih menyebabkan BN semakin miang dan gatal-gatal tubuhnya, ialah 5 Pencapaian Cemeralang yang tidak tertulis atau berdasarkan Manifesto, juga tercapai matlamatnya. Antaranya Skim Kafalah untuk membantu golongan miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan politik.

Ini termasuklah kejayaan untuk membina Kampus Induk Kolej Insaniah di Kuala Ketil dengan nila RM330 juta yang dijangka siapa dua tahun lagi manakala berjaya mewujudkan 42 subjek pengajian berbanding hanya tujuh ketika diperintah kerajaan terdahulu.

BN semakin pening sambil tangan memicit kepala kerana beberapa usaha untuk mencalarkan imej kepimpinan Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat tidak langsung meninggalkan kudis kepada rakyat yang semakin cerdik menilai. Tidak perlu retorik kosong atau berapi ucapan, memadai fakta dan statistik yang tidak boleh disembunyikan.

Bayangkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 bahkan mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009) dan buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Sesuatu yang memalukan bagi BN dan tamparan hebat ke muka sendiri!

Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanayk 205 peratus hasil balak berbanding 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka.

Dalam pentadbiran tiada 'hidden cost' ataupun 'under table'. Semua orang kenal dengan ketegasan Ustaz Azizan berhubung rasuah malah motto pentadbirannya adalah 'Sifar Rasuah' membuktikan apa yang dicakap, dilaksanakan sebaiknya. Bukti, tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai sehingga kini. Jika ada kelak, hukuman berat menanti mereka dan pasti meraka tidak akan dilindungi, kata Ustaz Azizan.

Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar (MB) dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

GLC pula buat pertama kali dalam sejarah telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu kerajaan negeri 'rela' rugi kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25 sehingga 75 peratus sebaik megambil-alih pemerintahan.

Untuk rekod, elaun sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun.. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan MB meminumkan perjalanan ke luar negara dan hanya 3 kali sahaja sepanjang tiga tahun mentadbir.

MB tidak mempunyai jet khas dan tidak tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartment biasa yang disewa kerajaan negeri.

Hanya berdasarkan fakta ini sahaja, sudah cukup membuatkan BN tersa perit sehingga ke tulang sum-sum. Apatah lagi jika disenaraikan kesemua perkara dalam Manifesto. Sebab itulah meraka sedaya upaya cuba mengambus dan menimbus kelemahan mereka agar tidak dihidu rakyat yang boleh menilai kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama ini.

Tidak cukup dengan itu, Manifesto juga turut menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum.

Untuk itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang mengahdapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran.

Tiga fakta ini, telah memperlihatkan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mendiskriminasikan kaum di negeri ini. Begitu juga melibatkan sekolah agama rakyat yang tidak dibantu kerajaan, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan.

Kelas-kelas pengajian agama juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta.

Produk terbaru ialah mewujudkan sebuah Mahad Tahfiz Sains di Pualu Tuba di Langkawi yang akan memulakan sesi pengajian pada 2012 di Kulim buat sementara projek disiapkan.

Bagi melahirkan pembangunan Insan, Manifesto juga turut menyenaraikn penubuhan agensi Pembangunan Keluarga Bahagia bagi menangani persoalan dan masalah berkaitan keluarga. Ini termasuklah Program Bina Sahsiah yang telah menganjurkan Kem Bina Insan, Kem Anak Soleh dan Kem Bina Sahsiah untuk anak remaja sebagai generasi pemimpin pelapis masa depan.

Untuk mengukuhkan lagi jati diri anak-anak muda pelbagai kaum sebuah, Pusat Latihan Belia (Multi Etnik) telah diluluskan penubuhannya di Sungai Petani melibatkan kos RM3.5 juta.

Tidak lengkap, sekiranya tidak mebicarakan tentang projek pertanian dengan konsep ingin menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur'. Kerajaan Ngeri telah memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah bagi menggandakan usaha memajukan sektor ini. Kedah telah muncul sebagai negeri kedua pengeluar nanas terbesar di negara ini malah akan memiliki 10,000 ekar ladang itu menjelang 2015.

Manakala pusat pengumupulan, kilang memproses dan mengetin buah-buahan yang dibina di Sungai Petani sudah memulakan operasi pada bulan ini. Hasil daripada daya uasaha kerajaan negeri yangbtidak putus-putus, sudah pasti membantu banyak petani, peladang, penternak dan industri kecil dalam menambah pendapatan kehipan masing-masing.

Apalagi yang ingin dipertikaikan oleh BN, tatkala fakta 'sudah terang lagi bersuluh' ditampilkan. Mereka makin cemas kerana sepanjang BN diberi peluang memerintah di negeri ini, pencapaian dan siri-siri kejayaan Pakatan Rakyat, tidak pernah muncul dan dilaksana oleh mereka sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka meninggalkan kerajaan negeri dengan beban hutang yang banyak seperti penswastaan air di Langkawi sehinga tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Setelah meninggalkan sisa, mereka juga menambah tuduhan dengan 'meracun' fikiran rakyat dengan siri-siri 'gangguan' dan demonstrasi berkaitan kadar air naik, perumahan rakyat yang tertunggak bayaran sewa, menyeru imam-imam supaya tidak mematuhi arahan Majlis Agama Islam di bawah perkenan Sultan Kedah dan menuduh kerajaan negeri 'lepas tangan' ketika banjir besar yang melanda Kedah.

Semua episod-episod 'mengacau' oleh BN yang disifatkan 'Gila talak' ini, mati ditelan masa begitu sahaja kerana apa yang dilaungkan tidak sama seperti yang berlaku di depan mata rakyat. Semua jelas dan terzahir. Rakyat mengenali siapa Ustaz Azizan, kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti komponen yang ada, yang terbukti berkhidmat untuk rakyat dan negeri yang tercinta.

Maka Manifesto ini, sebagai menguatkan lagi tindakan serta usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama ini sekaligus menenggelamkan khayalan dan mimpi BN untuk berbulan madu ditampuk pemerintahan lama, yang semakin jauh di mata, jauh lagi di hati rakyat.

Monday, June 27, 2011

MB Kedah tunggu UMNO pulak bagi Jawapan pasai 'manifesto kedah'

MB tunggu buku jawapan UMNO

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menanti kemunculan buku jawapan daripada UMNO Kedah berhubung ketidakpuasan hati mereka terhadap buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’.

Katanya, sekiranya pemimpin UMNO tidak berpuas hati dengan penjelasan dalam buku berkenaan, mereka boleh menerbitkan buku jawapan untuk menidakkan kesahihan fakta dalam buku terbitan Kerajaan Negeri itu.

“Tidak apa jika ada pihak tidak puas hati penjelasan kejayaan manifesto itu, yang penting mesej kepada rakyat sampai. Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasarkan penilaian mereka,” katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mempertikai kesahihan fakta buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ yang memperjelas pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku itu dalam masa terdekat.

Azizan berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin UMNO yang ‘ghairah’ sebelum ini mahu kejayaan manifesto PRU-12 diedarkan untuk tatapan umum, namun apabila diedarkan, timbul pula persepsi lain.

“Dulu mereka juga yang beria-ia minta pencapaian itu diedarkan, bila kita hebahkan, timbul pula cerita lain dakwa ianya pembohongan,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat pemimpin UMNO yang akan membangkitkan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

“Itu hak mereka untuk bangkitkan apa jua soalan dalam Sidang DUN. Saya tiada masalah untuk buat penjelasan isu itu walaupun ianya telah jelas dalam buku itu,” katanya.

:Azizan berkata, pandangan parti pembangkang mengenai pencapaian manifesto itu seperti yang dipaparkan dalam buku berkenaan tidak penting, kerana penilaian rakyat adalah lebih utama.

“Yang penting rakyat tahu apa kita buat di Kedah. Biarlah rakyat buat penilaian, buku itu sekadar jadi rujukan. Malah saya andaikan kebanyakan daripada kejayaan manifesto turut melibatkan rakyat secara tidak langsung,” katanya.

Secara sinis, Azizan berkata, hanya ahli Pas yang tahu apa janji manifesto dan bukannya pihak luar, terutama parti lawan.

:Katanya, apa yang dipaparkan dalam buku itu semuanya berlandaskan fakta dan Kerajaan Negeri telus dalam perinciannya, ini dibuktikan apabila beberapa perkara yang belum dicapai dan dalam perancangan turut disertakan.

“Kita telus dan nyatakan apa yang telah dicapai termasuk tujuh perkara dalam manifesto yang belum dilaksanakan. Kita tidak berselindung dalam perkara ini,” katanya.

:Mengulas cadangan pertambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Azizan berkata, walaupun ia bawah bidang kuasa Pusat, namun Kerajaan Negeri menyokong penuh sekiranya dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri ini agar dapat dibuat rombakan kawasan supaya lebih efisien.

:“Kita sokong saranan PKR Kedah yang mencadangkan supaya sekurang-kurangnya Kedah diberi tambahan tiga kerusi Parlimen dan lapan DUN baru pada pilihan raya akan datang, namun ia luar bidang kuasa kita, Pusat yang patut lakukan,” katanya.[sinar harian]

Wednesday, March 30, 2011

Laporan Pelaksanaan dan Pencapaian Manifesto PAS

Laporan Pelaksanaan dan Pencapaian Manifesto PAS - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Adapun teori pentadbiran UMNO sepanjang penggal pilihanraya amat mudah, sebaik sahaja dapat kuasa lepas pilihanraya, masa untuk agihan, apa saja yang patut di agihkan sesama depa. Tahun pertama buat apa yang boleh menimbulkan keseronokan rakyat dan melaksanakan janji dalam pilihanraya.

Tahun kedua dan ketiga, tekan dan laksana dasar-dasar memaksa rakyat ikut kehendak kerajaan, seperti naik harga barang, naik yuran sekolah dan lain-lain. Tengok apa yang patut laksana dalam manifesto dan janji manis pilihanraya. Tahun ke empat, bermanis muka dan memberi gula-gula. Rakyat akan lupa manifesto dan bersedia menabur apa sahaja untuk hadapi pilihanraya seterusnya... Dalam tahun-tahun dekat pilihanraya ni jangan sesekali buat perkara yang menaikkan kemarahan dan kegelisahan rakyat. Hanya gula-gula.

Maka bila hilang kerajaan, depa sangka pengganti depa akan buat perkara yang sama dengan teori depa. Depa silap! Kerajaan PR memerintah dengan berusaha memajukan negeri dan rakyat sepanjang penggal. Kita buat apa yang betul dan patut untuk negeri dan rakyat sebagai sebuah kerajaan. Kita bekerja hingga ke hari terakhir sebelum pilihanraya tanpa gula-gula palsu kerana kita janjikan Kedah Sejatera, kita tidak bodohkan orang ramai dengan gula-gula.

Akhir-akhir ini, menjelang pilihanraya umum ke 13, BN Kedah menjerit kepada rakyat PAS tak laksanakan Manifesto Pilihanraya... tujuannya supaya rakyat Kedah yang dibuai teori UMNO itu selama 11 kali pilihanraya bangkit dari membuntoti teriakan depa.Tujuannya supaya PR tak sempat laksanakan apa-apa lagi kerana masa sudah suntuk.

Masalahnya, teori itu tiada dalam kamus PR. Kita laksanakan berdasarkan kemampuan kita selama 3 tahun ini apa kita tulis dalam manifesto, tanpa had masa dan tak kira dekat atau jauh lagi pilihanraya.

Selepas tiga tahun, saya perturunkan Laporan Pencapaian Dan Pelaksanaan Manifesto PAS yang dirujuk sebagai Manifesto PR untuk dinilai oleh rakyat. Pencapaiannya seperti berikut:

Sudah berjaya dilaksanakan (44 perkara) - 78.5%
Sedang dalam proses pelaksanaan (4 perkara) - 7.2%
Belum dapat dilaksanakan (8 perkara) - 14.3%

Berikut adalah butirannya:

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO

1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.

3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.

4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)

1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.

b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat

( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini


d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

2.HAL EHWAL ISLAM

a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah

Keterangan:

Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah.

Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar.


b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih.

Keterangan:

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat.

Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing.

Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah

c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah

Keterangan:

Elaun yang diberi kepada imamoleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.


d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian

Keterangan:

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.

3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing

Keterangan:

kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan di Kedah tanpa sebarang gangguan.
b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum

Keterangan:

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini).

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya:

a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak

c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

4.PENDIDIKAN

a)Memberi bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu.

Keterangan:

Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan sebanyak RM 2.1 juta kepada Sekolah Agama Rakyat sejak tahun 2008.
b)Menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Keterangan:

Kampus tetap KUIN sedang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Kuala Ketil dengan kos RM 330 juta yang mampu menampung sehingga 7000 orang pelajar serta meliputi pelbagai bidang dan kemudahan yang lengkap demi keselesaan pembelajaran pelajar.

Sehingga kini, penuntut KUIN telah mencecah angka 4492 orang termasuk pelajar-pelajar asing daripada 35 buah negara.

KUIN telah dimajukan dengan 42 program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dari Pengajian Asasi kepada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perhotelan dan pelbagai lagi.

Kerajaan juga telah memberi biasiswa dan insentif kepada pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka.

c) Melancarkan program pendidikan komuniti. Kumpulan sasaran terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab member kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab anggota masyarakat dalam proses pendidikan.

Ulasan/Cadangan:

Kelas-kelas pengajian telah dilaksanakan di banyak tempat termasuk di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok)yang mendapat sambutan hingga ribuan peserta.

5.EKONOMI

a)Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat.

Keterangan:

Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

b)Mewujudkan suasana ‘mesra pelabur’ dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Keterangan:

Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan .

Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion

Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

6.TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah.

b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.

Keterangan:

Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta.

Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan.

c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum.

Keterangan:

Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding tahun 2007.

Fakta: Kutipan hasil balak*

Purata 2004-2007 RM 9.5 juta

2008 RM 35 juta

2009 RM 38 juta

2010 RM 53 juta

*(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama)

d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Keterangan:

Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006.

Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat.

7.PERTANIAN

a)Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kedah yang akan ditubuhkan.

Keterangan:

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan 2008-2015 yang merangkumi pembangunan pertanian di Negeri Kedah.

Pelan hala tuju tersebut telah memberi fokus kepada projek tanaman padi, jagung, nanas, sayuran dan penternakan.

Selain itu, Kedah Agro dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) turut rancak menjalankan program-program merakyatkan pertanian. Antaranya memberikan pendedahan kepada penduduk kampung cara-cara menghasilkan cecair EM yang merupakan bahan utama dalam penghasilan Baja Kompos, Silaj, Baja Buah, Baja Daun dan penghalau serangga.

Julung kalinya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan wang tambahan berjumlah RM 13 juta kepada Jabatan Pertanian Kedah dalam membangun dan merakyatkan pertanian di Negeri Kedah.

Peruntukkan khusus seperti ini tidak pernah diberikan sebelum ini.

8.PEMBANGUNAN INSAN
a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan keluarga.

Keterangan:

Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh & Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah dan pembangunan insane para remaja.

b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut.

c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

Keterangan:

Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan.

Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN

a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar cukai.

Keterangan:

Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan keperluan penduduk.

Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.

b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Keterangan:

Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal.

Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana.

Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini.

Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong, dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam.

c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum.

Keterangan:

Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing.

Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing.

Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT.

d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat

Keterangan:

Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati munasabah serta tidak membebankan rakyat.

10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS

a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.

Keterangan:

Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera.

Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit.

Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi setinggan bandar .

b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.

Keterangan:

Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian.

Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan Jeniang.

c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.

Keterangan:

Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak.

Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan yang dibangunkan.

Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu:

a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri

b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi

c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa

d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang

e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah

* (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN)

11.HAL EHWAL WANITA

a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan bilangan anak.

Keterangan:

Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan kerajaan negeri sebelum ini.

b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Keterangan:

Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan:

a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi

b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI)

c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu

d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar

e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA)

f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA)

g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH)

h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI)

i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan

j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA)

k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik

l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling

m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA)

n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu

12.KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
a)Memperkemas fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mengkaji semula kadar bantuan bulanan dan kadar bantuan bencana.

Keterangan:

Setelah mengkaji kadar bantuan JKM, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 1 juta menjadi RM 13.5 juta untuk tahun 2010 kepada JKM bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diambil perhatian yang serius khususnya apabila berlaku bencana.
13.BELIA

a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Keterangan:

Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan.

Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS).

b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih.

Keterangan:

Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008.

c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan.

Keterangan:

Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan belia.

Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu:

a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI)

b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST)

c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah)

d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap

e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI)

f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK)

g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA)

h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu

i)Kelab Jerai Sejahtera

j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah

Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut.

14.SUKAN DAN REKREASI


a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan sukan.

Keterangan:

Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta.

Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010.

Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:-

a)Junggle Trekking Gunung Jerai

b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar

c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul

d)Perlumbaan ‘Sprint Test’ di Taman Jubli Emas, Alor Setar

e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar

f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar

g)Acara sukan arus deras ‘White Water Rafting’ di Sungai Sedim, Kulim

h)Perlumbaan ‘Cub Prix’ di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar

c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah.

Keterangan:

Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak.

15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN

a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan.

Keterangan:

Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan.

Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain.

b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar.

Keterangan:

Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan Bandar.

c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang.

Keterangan:

Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap Inn dan Regency Jerai Hills Resort.

d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah.

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG SEDANG DALAM PELAKSANAAN)

1.PENTADBIRAN

a)Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan

Ulasan/Cadangan:

Sedang dilaksanakan

2. TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep Ladang Rakyat

Keterangan:

Sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan, Kedah Agro mengikut kaedah Contract Farming.

Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat dimana tanah yang dimiliki adalah dalam bentuk saham syarikat yang mengusahakan tanah rakyat tersebut.

Pihak Kedah Agro masih dalam perancangan menyusun beberapa jenis pertaniah yang sesuai dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan iklim tanah yang dicadangkan.

1.PERTANIAN

a)Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-hub (pengkalan hasil pertanian) Negeri Kedah

Keterangan:

Gagasan YAB Mentei Besar Kedah sebagai Belanda Timur sedang giat direalisasikan khususnya pertanian di Lembah Jerai mengikut Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman 2008-2015.

Kerajaan juga optimis melalui teknologi serta pembangunan dan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian berdasarkan aktiviti pembuatan.

2.BELIA

a)Menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera di Seri Mentaloon Alor Setar sebagai salah satu langkah untuk menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia.

Modul khas berkaitan kekeluargaan Islam juga telah dirangka dan akan dilaksanakan di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) setelah memulakan operasinya di Sungai Petani.


LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG BELUM DILAKSANAKAN)

1. EKONOMI

a)Menubuhkan institusi Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) sebagai alternatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek.

Belum dilaksanakan

2.PERTANIAN

a)Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Belum dilaksanakan


3.HAL EHWAL WANITA

a)Mengiktiraf suri rumah sepenuh masa sebagai tenaga kerja produktif yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan mewujudkan peluang pekerjaan di rumah.

Belum dilaksanakan

b)Memberi cuti eddah kepada wanita yang kematian suami selama tiga puluh hari dan empat belas hari kepada suami yang kematian isteri.

Belum dilaksanakan

c)Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama.

Belum dilaksanakan


KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNA SOSIAL

a) Mewujudkan Tabung Bantuan Kemiskinan untuk membantu golongan miskin tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik.

Belum dilaksanakan

b) Memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.

Belum dilaksanakan

4.SUKAN DAN REKREASI

a)Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk golongan wanita dan kurang upaya.

Ulasan/Cadangan:

Belum dilaksanakan
HASIL LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

1.Perkara yang telah dilaksanakan : 44 (78.5%)

2.Perkara yang sedang dalam pelaksanaan : 4 (7.2%)

3.Perkara yang belum dilaksanakan : 8 (14.3%)

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB KEDAH

Friday, March 18, 2011

Mahdzir saran Kedah gugur slogan


KUALA NERANG - Slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ yang diguna pakai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) perlu digugurkan kerana kegagalan mereka memenuhi janji manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu menunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bulan depan untuk melengahkan penjelasan kerana Kerajaan Negeri terbukti mengingkari janji manifesto dengan melaksanakan kutipan cukai pintu di pekan-pekan kecil.

Menurutnya, daripada 15 janji manifesto yang dikemukakan sebelum ini, terdapat satu janji Kerajaan Negeri untuk menurunkan mana-mana cukai yang didapati membebankan rakyat, termasuklah cukai tanah dan pintu.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila penduduk kampung yang terletak berdekatan pekan kecil kini berasa terbeban disebabkan terpaksa membayar cukai pintu lebih kurang RM50 hingga RM60 setiap rumah bermula tahun ini.

“Saya hairan Kerajaan Negeri boleh mendakwa hampir 80.7 peratus janji manifesto terlaksana, sedangkan pelaksanaan cukai pintu itu membuktikan mereka memungkiri janji mereka sendiri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Mahdzir berkata, walaupun pembohongan Kerajaan Negeri berhubung isu pelaksanaan janji manifesto sudah terbukti, beliau bersedia mendengar penjelasan Azizan mengenainya di dalam sidang dewan.

“Sebenarnya, saya sudah pun menyiapkan beberapa soalan berhubung perkara itu untuk dijawab Azizan. Kini tunggu dan lihat apa yang hendak dibuat,” katanya.

Admin - Mana2 exco atau penerangan negeri yg baca artikal nie tolong jawab sat..!!