Monday, February 25, 2013
Celaka Kerajaan Negeri Selangor merobohkan Rumah Rakyat...
Jangan terkejut.. Inilah dinamakan SEJARAH... jadi kita jangan lupa...
dan kita jangan termakan janji-janji manis mereka... semua janji manis sekarang ini
adalah sekadar untuk mereka mendapat kuasa semula.....
Hangpa sanggup bagi lagikah negeri PR kepada BN..
lihatlah apa mereka lakukan sewaktu berkuasa dahulu...
Kita jangan lupa JASA mereka lakukan kepada RAKYAT..
Ayuhhhh kita bekukan BN dalam peti ais biarkan mereka sejuk dalam tuu
dan kita berikan HARAPAN BARU kepada PAKATAN RAKYAT..
Kita berikanlah peluang walaupun sekali dan kemudian anda nilaikanlah
kerja buat mereka... Jika anda tidak suka anda buatlah pilihan lain...
Tiada siapa nak menghalangnya..
JANJI PERUBAHAN HENDAKLAH DILAKUKAN
Sunday, February 24, 2013
Guan Eng - 2 bukti awal Umnop-BN hina Islam, tidak DAP
Oleh LIM GUAN ENG
Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola.
Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi macam kroni Melayu UMNO.
Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam.
Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.
Sedutan kenyataan akhbar Lim Guan Eng
Andainya Ust Fadhil Noor masih ada.. apa jawapan yang anaknya akan jawab jika ditanya sebegini..??
oleh Bang Mat Kobah
Setelah sekian lama tak dengar khabar berita akan keluarga arwah Almarhum Ust Fadhil Noor tetiba timbul anak arwah dan bercakap bab politik negara terutama parti PAS yang diperjuangkan oleh bapanya dahulu...
Bila dilihat kebelakang saudara Ahmad Fauwaz ini bukanlah aktivis yang terlibat sepenuh masa atau separuh masa dalam politik negara terutama PAS...
Jadi sekarang mengapakah beliau muncul dikala peperangan akan bermula... siapakah beliau ini hendak bercakap bab penyatuan PAS-UMNO.... adakah kerana beliau anak Ust Fadhil Noor jadi kita harus terima apa yang dikatakan itu...
Maaf Ahmad Fauwaz.. kehadiran mu di kala peperangan akan bermula dan dikala suku sakat PERPADUAN sudah diterajang dan dibekukan dalam PAS... Anda jangan ingat kami akan lupa lagu dendangan perpaduan ini adalah merupakan lagu terakhir UMNO untuk bernafas dan dipersilakan jika anda sanggup menjadi pemberi nyawa disaat akhir kepada UMNO dan apabila UMNO kembali bernafas berdoalah semoga bapa anda berbangga dengan apa yang anda lakukan....
Itu jika belia berbangga tetapi apa akan jadi jika bapa anda menyanggah apa yang anda lakukan sekarang ini.... dan apa jawapan anda apabila bapa anda bertanyakan soalan sebegini:
- Lupakah kau anakku dengan kejadian MEMALI
- Lupakah kau anakku dengan kezaliman mereka menggangu gugat pentadbiran KELANTAN
- Lupakah kau anakku dengan mereka menukar ROYALTY jadi EHSAN di TERENGGANU
- Lupakah kau anakku mereka menyekat bantuan SAR
- Lupakah kau anakku mereka menghina hukum hakam Allah
- Lupakah kau anakku apa perlembagaan parti mereka
- Lupakah kau anakku sejarah kita pernah bersatu dengan mereka dahulu
- Lupakah kau anakku yang lagi PERPADUAN ini di dendangkan dikala mereka lemah
Ini baru 8..jika lagi banyak soalan ditanya apakah jawapan yang akan diberikan oleh anda wahai Ahmad Fauwaz.... Jadi berfikirlah dan renungkanlah satu video klip ini untuk enda lihat sendiri siapa yang khianat siapa dalam isu perpaduan ini....
Selamat maju jaya...
p/s - nak joint POLITIK ayuh masuk mai dalam gelanggang baru kita tahu siapa jaguh..!!!
Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.
Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.
"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.
Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.
14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat
Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.
Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.
"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.
14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;
- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.
BALA sudah buat sumpah lakhnat.. NAJIB bila lagik..!!!???
Sumpah PI Bala: SD1 yang benar
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar.
Balasubramaniam yang mengalirkan air mata ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.
“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.
SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.
Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.
Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.
Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.
Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi.
Balasubramaniam ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD kedua.
Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya.
Siapa jual tanah Melayu di Pulau Pinang? Umnolah siapa lagi!
Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI
| iklan... |
Sebenarnya, amanah orang Melayu di Pulau Pinang telah diseleweng bukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri, seperti dalam kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Omar Faudzar telah membeli 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu.
Tidak sampai empat bulan kemudian, tanah tersebut yang dibeli dengan jumlah harga RM8.6 juta telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.
Dengan kata lain, Dato’ Musa dan Dato’ Omar telah berjaya mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut.
Jadi, siapakah sebenarnya yang menggadai tanah Melayu demi keuntungan peribadi.
Sedutan kenyataan akhbar
Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, 20 Februari lalu
Jatuhnya regim BN maka ramai yang akan ke Penjara & Hospital Bahagia..!!!
Bukan Saja Ramai Ke Penjara, Ramai Juga Bakal Ke Hospital Bahagia...

Umno BN dilihat di dalam keadaan yang cukup tersedak di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.
Ini dipaparkan melalui perwatakan melampau dengan caci maki yang kesat diluahkan oleh gerombolan "syaitan dikenali" sehinggakan seperti sudah tidak ada iman lagi di dalam hati mereka.
Hal ini juga berlaku bukan saja di peringkat bawahan tetapi, Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, pernah memaki peneroka FELDA dengan "haramjadah" kerana tidak mempersetujui langkahnya untuk menyenaraikan FGVH.
Dari sudut psikologis, mereka yang sedemikian sebenarnya menggambarkan jiwa yang kacau bilau apabila minda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan sudah tiada lagi rasa malu, lantas mengeluarkan perkataan lucah, mencarut serta melakukan tindakan abnormal sebagai satu escapism.
Justeru itu, kita akan melihat nanti bahawa bukan sahaja ramai menteri dan ahli UMNO BN yang akan ke penjara selepas "kebenaran dan keadilan" dapat ditegakkan kerana rasuah, salahgunakuasa, kronisme dan lain-lain, tetapi tidak kurang juga ramai yang akan dihantar ke hospital bahagia untuk mendapat rawatan mental kerana perlakuan-perlakuan yang melampaui batas mereka. Termasuklah golongan blogger pencacai UMNO yang menjadikan perkara fitnah, lucah dan mencarut sebagai cara untuk melepaskan geram mereka.
Ini dipaparkan melalui perwatakan melampau dengan caci maki yang kesat diluahkan oleh gerombolan "syaitan dikenali" sehinggakan seperti sudah tidak ada iman lagi di dalam hati mereka.
Hal ini juga berlaku bukan saja di peringkat bawahan tetapi, Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, pernah memaki peneroka FELDA dengan "haramjadah" kerana tidak mempersetujui langkahnya untuk menyenaraikan FGVH.
Dari sudut psikologis, mereka yang sedemikian sebenarnya menggambarkan jiwa yang kacau bilau apabila minda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan sudah tiada lagi rasa malu, lantas mengeluarkan perkataan lucah, mencarut serta melakukan tindakan abnormal sebagai satu escapism.
Justeru itu, kita akan melihat nanti bahawa bukan sahaja ramai menteri dan ahli UMNO BN yang akan ke penjara selepas "kebenaran dan keadilan" dapat ditegakkan kerana rasuah, salahgunakuasa, kronisme dan lain-lain, tetapi tidak kurang juga ramai yang akan dihantar ke hospital bahagia untuk mendapat rawatan mental kerana perlakuan-perlakuan yang melampaui batas mereka. Termasuklah golongan blogger pencacai UMNO yang menjadikan perkara fitnah, lucah dan mencarut sebagai cara untuk melepaskan geram mereka.
Ruang dan dunia syaitan dikenali semakin sempit di ruang dan dunia yang memertabatkan kebenaran dan keadilan. Kita camkanlah perkataan dan tindakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti syaitan yang dikenali ini.....
Gambar-gambar ini menyaksikan pesakit-pesakit mental berkenaan.[greenboc]






Pertahan Kedah pemangkin perubahan ke Putrajaya
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
Karnival anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS itu mendapat sambutan hangat kalangan masyarakat Tionghua Kedah.
Kira-kira 2,000 kaum Cina sekitar Alor Setar menghadiri sambutan itu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran treler Jelajah Negara Berkebajikan
Turut serta dalam majlis yang bermula jam 9.00 malam itu ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Exco Kerajaan Negeri antaranya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Md Taulan Rasul, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Selain itu Pengerusi DHPP Pusat, Hu Phang Chow, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya dan pimpinan lain.Kira-kira 2,000 kaum Cina sekitar Alor Setar menghadiri sambutan itu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran treler Jelajah Negara Berkebajikan
Turut serta dalam majlis yang bermula jam 9.00 malam itu ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Exco Kerajaan Negeri antaranya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Md Taulan Rasul, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Dalam majlis tersebut, Ustaz Hadi diberi penghormatan untuk bersama-sama beberapa tetamu VIP bagi menggaul yee sang, selain menyaksikan persembahan kebuadayaan di akhir karnival itu.
Presiden PAS pada awal perasmian sempat berucap dalam bahasa Mandrin yang disambut dengan tepukan dari kaum Cina.
Beliau turut memberitahu atas sikap persefahaman dan kerjasama antara perlbagai kaum menjadikan PAS bersama-sama PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan kaum Cina merupakan undi penentu pada pilihanraya nanti dan ia perlu digunakan sepenuhnya.
Malah beliau juga berharap Kedah dapat dipertahankan agar ia menjadi pemangkin kepada perubahan di Putrajaya.
Beliau juga sempat beramah mesra dengan pada hadirin di sini yang mahu mengenali Presiden PAS itu.
Di akhir program, seluruh pemimpin bergambar di atas pentas treler Jelajah Negara Kebajikan yang diletakkan di sebelah pentas utama program bagi tujuan pameran.
Treler tersebut telah menjelajah Kedah bermula di Jerai sejak 21 Februari selepas dilancarkan Presiden PAS di Kuala Lumpur pada hari yang sama.
[WartaUtara]
BN Kedah diasak sampai ke hutan Pedu!
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diadakan secara bersiri di seluruh negara, hampir semuanya diadakan di bandar-bandar utama negeri masing-masing. Pada 12 Januari 2013, HKR terbesar diadakan di Stadium Merdeka juga ibukota utama.
Peliknya PAS Kedah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca #KL112 di kawasan hutan yang tiada penempatan manusia sekitar Tasik Pedu namun mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Lebih 15,000 hadir di tapak perladangan yang disensasikan BN kononnya telah musnah angkara kerakusan pembalakan.
Kenderaan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak tidak dapat masuk ke tapak himpunan lantaran kenderaan yang bersesak menutup setiap ruang jalan. Beliau terpaksamembonceng motorsikal lebih tiga kilometer.
Sebelum ini Perkasa dan Umno turut mengadakan perhimpunan di situ, namun sambutan rakyattidaklah sehebat itu walaupun mereka dikerah dan diupah. Himpunan anjuran PAS hanya untukmenyatakan sokongan padu rakyat terhadap projek kerajaan negeri serta menyanggahputarbelit pembangkang berhubung isu balak.
Mulanya nampak BN mengasak Pakatan tetapi akhirnya PAS pulak yang mengasak BN hingga ke hutan Pedu.
Rali panjang menuju PRU13 semakin menuju garisan penamat tetapi BN Kedah nampaknya masihterkial-kial mencuba pelbagai isu, tiada satu pun yang benar-benar utuh untuk membolospertahanan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
Minggu lalu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyerang lagi kerajaan negeri kononnyamembuat hutang hampir RM1 billion sepanjang tempoh satu penggal pentadbiran, lalumempersoalkan kemampuan kerajaan negeri untuk membayar balik.
Beliau sejak dahulu memang terkenal dengan pengumuman angka-angka bombastik yang tidak masuk akal. Cara kerjanya mudah saja, mengutip semua angka yang dijumpai di mana-mana bagi menampakkan kegawatan kerajaan negeri walhal sebahagian angka yang disebut tiada relevan dengan isu.
Misalnya, Keng Liang pernah mendedahkan angka-angka projek berkaitan negeri yang tidakdibuat melalui tender terbuka. Nampaknya berbilon-bilon, walhal projek yang disenaraikannya itu ialah projek pelaburan masuk, misalnya Sungai Limau Hidro Carbon Hub (SULIHH) bernilai RM83 billion dan Aman Central RM500 juta.
Mereka adalah syarikat korporat bukan GLC. Tender terbuka dibuat untuk mendapatkan nilai kos optimum terhadap projek yang membelanjakan wang negeri. Bagi pelaburan masuk, maka pelaburlah yang merancang kos yang paling optimum bukan pihak negeri yang membiayai kos! Ketua Pemuda Gerakan itu 'terpening' barangkali akibat ghairah bermain angka.
Begitulah persoalan hutang yang kononnya dibuat semasa pentadbiran Pakatan. Hutang yangditinggalkan BN pada Mac 2008 sudah mencecah RM2.2 billion. Hutang negeri biasanyadirujuk kepada hutang berkaitan pengurusan air, perumahan, logistik serta lain-lain yangberkaitan dengan pentadbiran negeri.
'Bijaknya' Ketua Pemuda Gerakan mencampuradukkan hutang GLC ke dalam senarai hutang negeri bagi menjadikan hutangnya mencecah hampir RM3 bilion. Tak pernah dibuat orang.
Sebahagian besar hutang yang ditinggalkan kepada Pakatan ialah hutan berkaitan air iaitusebanyak RM1.83 billion. Ia menimbulkan persoalan dan pertikaian mengapa projek berkaitanperkhidmatan air yang diberikan pusat dikira hutang bukannya geran.
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974 dan diperluaskan dibawah skim Accelerated Rural Water Supply di dalam RMK-2 (1971-1975) dan masih berterusan sehingga kini dan akan diteruskan dalam RMK-10.
Pada awalnya, dasar pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratusgeran kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri pada 31 Mei 2000 telah bersetuju pertukarandasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran Kerajaan Persekutuan.
Sewajarnya bantuan kewangan ini diberi dalam bentuk geran kerana ia adalah tanggung jawab kerajaan kepada rakyat, tambahan pula sumber duit kerajaan juga dari rakyat.
Kerajaan Negeri Kedah di zaman BN menolak status geran untuk membina Loji Pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman. Inilah ketidakcerdikan kerajaan lalu yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang sebanyak RM220 juta.
Antara projek besar lagi ialah saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Langkawi sejauh 46.4 km berserta sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.
RM150 juta itu 'dianggap' tanggungan oleh Syarikat Taliworks yang menguruskan air di Langkawi hingga menyebabkan jumlah caj pengurusan air terhadap kerajaan negeri lebih tinggi dari caj air terhadap pengguna.
Pihak yang tanggung beban ialah kerajaan negeri tetapi pihak yang kenyang besar ialah syarikat kroni yang diberi hak mengurus air.Sebahagian besar bebanan hutang adalah tinggalan BN. Penyelewengan dan rugi besar besar RM403 juta juga adalah tinggalan BN. Padanlah BN diasak hingga ke hutan Pedu.[WartaUtara]
Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi
Cuma ulasan 'jurucakap tak bertauliah'... tak boleh pakai tu
Hanya 'masalah kecil' di Kota Siputeh bukannya krisis PAS Kedah
ALOR SETAR – Perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan segelintir ahli PAS di kawasan DUN Kota Siputeh tidak boleh dianggap sebagai krisis PAS Kedah.
Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad (foto di atas) bagi mengulas laporan oleh pihak media kononnya 'krisis PAS Kedah' sudah meruncing.
“Tidak benar sama sekali, ia hanya melihatkan segelintir pihak di peringkat Unit Peti Undi (UPU) yang berbeza pandangan dalam isu tertentu yang lebih merupakan isu setempat,” ujarnya.
Menurut Musodak, dakwaan bahawa 11 DUN di Kedah menolak Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan hanya dibuat oleh seorang yang mendakwa pemegang jawatan di peringkat UPU.
“Beliau tiada hak untuk bercakap bagi pihak 11 DUN, sedangkan semua Majlis Tindakan DUN (MTD) di Kedah tidak pernah membuat apa-apa pendirian rasmi berhubung kedudukan Pesuruhjaya PAS Kedah,” katanya.
Setiausaha Perhubungan PAS Kedah itu memberitahu bahawa isu kecil yang melanda DUN Kota Siputeh itu akan dapat ditangani dengan baik kerana pihak Perhubungan telah memberi perhatian khusus mengenainya.
“Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi tetapi insyaAllah ahli PAS yang sering ditekankan aspek tarbiyah akan dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin sebelum PRU13,” terangnya.
Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak'
oleh Aspan Alias
Nampaknya politik semakin hari kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri asas manusia yang mukmin.
Menjadikan komen TGNA sebagai mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan penyokong-penyokong mereka seperti melalui saluran-saluran TV perdana. Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik.
Semuanya ini adalah kerana kemahuan nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang berimejkan agama yang kuat.
Tentunya tindakan kedua-dua pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu.
Benarlah kata-kata perbidalan, ‘yang baik itu untuk yang baik dan yang buruk itu untuk yang buruk’ sahaja. Benarlah apa yang dijanjikan oleh Najib yang beliau dan UMNO akan lakukan apa sahaja (at all cost) untuk mempertahankan Putrajaya. Tentulah ia termasuk melakukan kerja sebegini hina dan aib itu bagi menjamin Putrajaya itu dapat di pertahankan. Dengan janji-janji itu Najib bukannya bertindak untuk kebaikan rakyat dan negara beliau sebaliknya untuk kuasa semata-mata. Sesungguhnya sangat hebat pengaruh dan ajaran sesat politik Dr Mahathir ini, iaitu ‘lakukanlah apa sahaja asalkan berkuasa’…..tebalkan muka walaupun setebal tembok di tepi jalan.
TGNA jelas mengatakan pihak yang memberi BRIM itu seolah-olah hendak menjadikan manusia negara ini sebagai haiwan dengan memberikan makan dan selepas di beri makan manusia-manusia ini akan di sembelih seperti haiwan belaan. Itu maksud TGNA. Blog ini pun telah mengatakan perkara yang sama seminggu yang lalu yang menganggap UMNO mahu menjadikan kita semua sebagai haiwan belaan. TGNA tidak mengatakan mereka yang menerima BRIM itu sebagai haiwan.
Itu sebabnya rakyat sudah sedar yang mereka hendak dijadikan kita semua ini sebagai binatang belaan dan mereka menolak UMNO itu dengan hebat sekali sehinggakan UMNO hampir menjadi parti yang dipandang seperti haiwan kurap di tepi jalan sahaja. UMNO mahukan orang ramai seperti kerbau pembajak sawah yang luas dengan memberikan rumput-rumput dan rumbai sebagai makanan mereka (kerbau). Akhirnya hasil padi itu di masukkan kedalam kepuk padi bagi tikus-tikus gemuk memakannya dan kerbau itu disembelih untuk di jadikan rendang hari raya.
Kenyataaan maksud TGNA yang mengatakan UMNO cuba untuk menjadikan manusia sebagai haiwan dengan memberi BRIM itu di putar belitkan dengan mengatakan penerima BRIM itu adalah seperti haiwan. Kerja memutar-belitkan kata-kata Tok Guru itu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sendiri.
Betul lah, dan benarlah Najib ini sebagai seorang yang menepati janji-janjinya. Janjinya untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu benar-benar beliau lakukan walaupun dengan menjadikan rakyat seperti lembu dan haiwan belaan itu.
Najib dan Muhyiddin masih berfikir yang rakyat sekarang ini masih naïf dan tidak dapat membaca niat sebenar mereka dalam isu ini. Ketahui lah yang rakyat sudah pandai ‘menyelam air dalam tunggak’. Mereka (rakyat) tidak boleh diperbodohkan lagi…..
Aura UMNO itu sekarang sudah jatuh menjunam dan ia akan menjatuhkan penyokong-penyokong mereka sendiri….percayalah!
Kebakaran Ruamah Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati Pendang
RUMAH PUSAKA ALLAHYARHAM PAK CHU HIM
GAJAH MATI PENDANG HANGUS KEBAKARAN
Semalam jam 3 pagi , Isnin 24 Feb 2013
BANTUAN MASYARAKAT DIPERLUKAN !!!
Rumah Allahyarham Pak Chu Him Gajah Mati kini
milik Tuan Guru Hj Wan Izuddin hangus dijilat api dalam kebakaran pada jam 3 pagi semalam .
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa Tuan Guru Wan Izuddin dan isteri beliau baru pulang dari ceramah yang dianjurkan oleh pihak kawasan Pendang .
Rumah Tuan Guru Hj Wan Izuddin habis hangus dijilat api . Kitab pusaka peninggalan Allahyarham Pak Chu Him juga turut dijilat api .
Tuan Guru Hj Izuddin tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana pada masa itu beliau hanya bersama isteri sahaja dirumah , kereta beliau juga hangus .
Beliau bersama isteri dan anak-anak dalam keadaan sehelai sepinggang , kini mereka tinggal di surau .
Masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan sangat sangat dialu alukan .
Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalurkan terus kepada Tuan Guru Wan Izuddin di Pondok Gajah Mati Pendang atau
melalui Akaun Bank
BANK ISLAM
diatas nama
WAN MD IZUDDIN B HJ WAN IBRAHIM
NO AKAUN : 2011020710577
atau hubungi pembantu beliau
MAULANA ditalian 019 4315721
Selaian wang makanan , perkakas dapur , pakaian , selimut , bantal juga boleh disalurkan kepada keluarga Tuan Guru Hj Wan Izuddin Wan Ibrahim
TOLONG SEBAR SEGERA DALAM BLOG DAN FACEBOOK
Apa bukti DAP tindas agama Islam?
Lim Guan Eng
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.
Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.
Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.
Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.
Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.
Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.
Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?
Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.
Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.
Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.
LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang
RM100 bilion Bank Negara rugi ketika 22 tahun era Mahathir
Siasat skandal Bank Negara rugi RM30 bilion, RM100 bilion ketika 22 tahun era Mahathir
24 February 2013
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat (PR) patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Selain itu, katanya, Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, walaupun 13.3 juta pengundi pada PRU-13 belum membuat keputusan sama ada mereka menyokong cadangan itu, siasatan awam menyeluruh perlu dilakukan kerana kerugian RM100 bilion itu tiada langsung akauntabiliti dan ketelusan malah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berleluasa selama lebih tiga dekad itu.
“Saya memberi jaminan tidak mahu melihat Mahathir mengalami nasib sama seperti Mubarak atau Gadafi, atau ditahan di penjara tetapi perlu ada perakaunan penuh mengenai kerugian RM100 bilion skandal kewangan selama era Mahathir.
“Sebaliknya mahu melihatkan institusi penting negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Pejabat Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi dan tunduk mengikut perintah Perdana Menteri yang sehingga kini Malaysia masih belum lagi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 47 Hari Ke PRU-13, semalam.
Menurutnya, hanya selepas itu Malaysia boleh bermula dengan halaman baru iaitu membina bangsa Malaysia yang hebat yakni yang bersatu, harmoni, berdaya saing, progresif dan makmur.
Beliau berkata, sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menyatakan secara jujur dan berterus-terang sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan yang dilakukan dalam era pemerintahan Mahathir dengan keputusan kerajaan pada 2011 yang menghapuskan RM580 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang diselesaikan “luar mahkamah” antara Danaharta dan GLC lain dengan mengambil kira semua saman yang belum selesai antara mereka.
“Sebelum penyelesaian itu, Tajuddin mendakwa dalam afidavitnya bahawa Mahathir membuatnya membeli MAS pada 1994 bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian pertukaran wang asing secara besar-besaran berpunca daripada spekulasi pasaran sebagai “khidmat kepada negara” dengan “Overriding Agreement” untuk membayar gantirugi beliau terhadap sebarang kerugian yang ditanggung.
“Walaupun perkara ini dinafikan Mahathir, perlu ditentukan siapa yang bercakap benar, Mahathir atau Tajuddin dan siapa yang mesti bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 bilion MAS, RM1.8 bilion kerugian pembelian semula 29.09 peratus kepentingan Tajuddin dalam MAS pada harga RM8 seunit berbanding harga pasaran RM3.68 seunit ketika perjanjian ditandatangani pada 20 Disember 2000 diikuti laporan polis MAS dari 2002 bahawa Tajuddin menyebabkan pengangkutan negara kerugian melebihi RM8 bilion,” ujarnya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menggangarkan di Parlimen dua dekad lalu bahawa Bank Negara kerugian RM30 bilion daripada skandal pertukaran asing ketika pemerintahan Mahathir.
Bagaimanapun, katanya, Bank Negara mendakwa kerugian RM10.1 bilion pada 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993 sementara bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop tahun lalu di sebuah forum awam menganggarkan Bank Negara kerugian antara US$27 dan US$33 bilion, lima kali ganda melebihi rizab asingnya dan aset keseluruhan sebanyak US$20.7 bilion pada 1992.
“Terkini portal berita perniagaan yang baru berusia tiga hari, KiniBiz, Jose Barrock melaporkan “Syed Mokhtar eyes Malaysia Airlines” bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kerajaan persekutuan mengambil alih cabang pelaburan negara, 69.3 peratus kepentingan ekuiti Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines (MAS) termasuk sebahagian daripada subsidi minyak jangka panjang oleh kerajaan untuk 60 tahun.
“Rakyat Malaysia menanti pendedahan sepenuhnya perkembangan terbaru itu dalam kerumitan hubungan korporat-kerajaan, dengan “sumber yang dekat dengan Syed Mokhtar” menafikan terdapat cadangan untuk mengambil alih MAS dengan “dua sumber berlainan” mengesahkan bahawa urusan sedemikian sedang difikirkan,” tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, isu utama mengenai kebimbangan orang ramai terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia sama ada membabitkan skandal kewangan lama yang muncul daripada penswastaan secara menyeluruh dan khususnya mengenai penerbangan milik negara yang bermasalah.
“Selain itu, empayar perniagaan Syed Mokhtar dan hutang meganya membimbangkan sama ada ia akan diselamatkan (bail out) kerajaan menggunakan duit pembayar cukai dan sejarah korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam senarai panjang Umnoutra yang diselamatkan dengan tanggungan rakyat sejak berdekad lalu.
“PRU-13 adalah waktu paling sesuai untuk meninjau kembali isu yang membimbangkan orang ramai mengenai akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik.
“Walaupun Najib telah memberi keutamaan untuk akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), semua itu kekal sebagai slogan yang meniti di bibir memandangkan tiada yang berubah dalam bidang itu atau kedudukan rasuah Malaysia seperti digambarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) di bawah Najib lebih buruk berbanding Perdana Menteri sebelumnya – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah,” katanya.
“Skandal MAS di bawah Najib berterusan sebagaimana Barry Wain, dalam bukunya “Malaysian Maverick”, menggangarkan Malaysia kerugian RM100 bilion di dalam empat skandal kewangan ketika pemerintahan Mahathir.
“Pada PRU-13 nanti, pengundi Malaysia bukan saja perlu menghukum transformasi kosong Najib sepanjang empat tahun lalu, juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yang ketika ini begitu rancak berkempen,” katanya.-Roketkini.com
Subscribe to:
Posts (Atom)





